Tamadun Yunani Kuno ialah tamadun yang banyak mempengaruhi dunia walaupun bukanlah antara 4 tamadun terawal. Tamadun ini menjadi pelopor kepada kelahiran tamadun Barat yang dimiliki oleh Eropah. Tamadun ini juga melahirkan cendekiawan-cendekiawan terkenal dengan bidang sains, matematik, dan falsafah khususnya.

Namun, pernahkah kita tertanya-tanya apakah diet pemakanan orang Yunani Kuno ini sehingga melahirkan masyarakat yang menjadi contoh kepada kemajuan tamadun di sekitar Laut Mediterranean? Artikel ini membincangkan tentang diet pemakanan mereka.

Kita mulakan dari kisah kehidupan warga lelaki Yunani bernama Agis yang menetap di kota Athens bersama keluarganya. Pada waktu pagi, mereka bersarapan dengan menu yang ringkas: roti barli, wain tanpa gula sebagai pencicah roti, bersama buah zaitun dan ara.

Tetapi isteri Agis bersarapan dengan ‘kykeonas’, iaitu sejenis minuman yang diperbuat dari bijiran barli yang telah direbus dan diperisakan dengan daun pudina atau thyme (sejenis daun herba sekeluarga dengan pudina). Minuman ini mempunyai khasiat untuk tubuh badan. Terdapat banyak jenis kykeonas atau kykeon bergantung cara pemakanan seperti dalam bentuk bubur atau minuman arak yang hanya dinikmati oleh rakyat biasa.

Masuk waktu tengah hari, menu tengah hari Agis agak berat: lauk ikan seperti kerisi laut, belanak merah, sardin, dan belut; kekacang seperti kacang hijau, kacang merah, dan biji-bijian. Roti, keju, buah zaitun, telur, dan buah-buahan juga termasuk dalam menu makanan tengah hari.

Setibanya waktu malam, biasanya kita memakan jumlah yang sedikit apabila menikmati makan malam. Berbeza dengan Agis sekeluarga, mereka menganggap waktu makan malam seperti waktu kenduri dengan menyediakan menu makanan yang banyak

Menu utama makan malam ialah daging lembu dan khinzir. Mereka jarang memakan daging kambing kerana kambing tidak banyak diternak. Agis gemar berburu. Jadi jika beliau dapat menangkap rusa atau burung puyuh, itulah makan malam mereka.

Mereka juga sajikan lauk siput. Laut siput agak istimewa untuk keluarga isteri Agis kerana mereka berasal dari Pulau Crete yang rakyatnya memakan siput sejak kelahiran tamadun Minoa pada 2,000 SM.

Buah-buahan juga termasuk dalam menu makan malam. Mereka sediakan buah pear, delima, ara, beri, ceri, dan plum. Hanya buah-buahan Ini saja mereka sediakan kerana buah selain ini tidak pernah ditanam pada waktu itu seperti pisang atau buah mandarin.

Sayur-sayuran juga keluarga Agis sajikan dan biasanya sayur-sayuran ini mereka peroleh dari kebun sendiri seperti daun salad, timun, kacang pea, seleri, daun pudina, dan sayur artichoke. Cendawan, asparagus, dan daun adas juga mereka sajikan namun sayur ini mereka petik dari sungai atau padang rumput.

Jangan lupa roti, makanan ruji orang Yunani Kuno. Keluarga Agis sediakan masakan yang terkandung dengan roti seperti laganas dan roti semolina. Akhir sekali, mereka sajikan pencuci mulut bernama ‘teagimata’ yang diperbuat dari buah kering atau segar seperti buah ara, kacang walnut, dan anggur, kemudian campurkan dengan madu sebagai pemanis.

Cara orang Yunani Kuno memasak makanan ialah mereka menggunakan oven buatan sendiri. Sebarang masakan harus menggunakan oven. Mereka juga suka perisakan makanan mereka dengan rempah-ratus seperti oregano, pudina, basil, thyme, ketumbar, dan bijan.

Setiap sajian yang dihidang wajib disediakan bersama dua sajian utama: wain dan buah zaitun kerana kedua-dua sajian ini ialah makanan milik dewa-dewi. Seperti pokok zaitun milik dewa Athena yang telah kalahkan dewa Poseidon dalam memiliki kota Athens, kemudian hadiahkan buahnya kepada rakyat Athens.

Walaupun menu masakan Yunani Kuno begitu pelbagai, mereka hanya memakan kuantiti yang sikit kerana mereka percaya makanan hanya hilangkan kelaparan, bukannya untuk kenyangkan perut. Sebab itu kita jarang jumpa mana-mana warga Yunani Kuno yang alami obesiti!

Lagi satu, orang Sparta mempunyai diet pemakanan yang berbeza dengan warga-warga Yunani lain kerana kehidupan mereka sebagai tentera yang lasak. Menu masakan mereka biasanya hanya secawan ‘Sup Hitam’ bersama sekeping roti.

Sup Hitam ialah sejenis sup yang diperbuat dari daging khinzir dan darah yang telah direbus dan diperisakan dengan garam dan cuka. Sup ini boleh dijadikan sebagai makanan ruji tentera atau untuk jamuan menyambut hari kejayaan. Apabila menyambut hari kejayaan, orang Sparta menikmati daging khinzir rebus, wain, dan memakan pai.

Inilah diet pemakanan kaum yang membangunkan tamadun menjadi tamadun yang gah dan dikenali oleh generasi kini!

RUJUKAN:

DChristopoulou, V. (14 August 2021). What did the Ancient Greeks eat every day? Greek City Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.