Bayangkan satu makhluk purba, berbentuk bujur, berjalur simetri halus seperti ukiran tenunan, perlahan-lahan meliang-liuk di dasar laut cetek berbilion tahun lalu. Tiada mata, tiada mulut, tiada kaki. Hanya tubuh leper yang bergerak perlahan mencari makanan.
Inilah Dickinsonia, makhluk aneh berusia 558 juta tahun yang kini diiktiraf sebagai haiwan pertama yang pernah wujud di muka bumi.
Penemuan ini menamatkan perdebatan panjang dalam dunia sains. Selama berdekad lamanya, ahli paleontologi bertelingkah sama ada Dickinsonia ini haiwan, kulat, atau sekadar organisma aneh dari dunia purba.
Namun kajian terbaru pada fosil Dickinsonia yang ditemui di Australia akhirnya mengesahkan statusnya. Melalui analisis biomolekul, saintis menemui kolesterol, sejenis molekul lemak yang hanya terdapat dalam haiwan secara tepatnya dalam tisu fosil tersebut. Ini bukti kukuh bahawa Dickinsonia adalah benar-benar haiwan.
Dickinsonia hidup semasa zaman Ediacaran, lebih 85 juta tahun sebelum ledakan kehidupan Kambrium yang membawa kepada kemunculan haiwan kompleks seperti trilobit dan moluska.
Dengan panjang badan mencecah sehingga 1.4 meter, ia menjelajah dasar laut prasejarah dengan gaya hidup yang sangat asas, mungkin menyerap nutrien dari alga mikro atau filem bakteria di dasar lumpur.
Tubuh Dickinsonia terdiri daripada segmen-segmen berulang, menyerupai rekabentuk geometri mudah. Tiada rangka keras, tiada organ dalaman kompleks.
Dickinsonia mewakili langkah pertama evolusi haiwan multiselular iaitu nenek moyang jauh kepada semua haiwan hari ini, termasuk manusia.
Apa yang membuatkan Dickinsonia begitu penting bukanlah semata-mata usianya, tetapi maknanya. Ia membuktikan bahawa kehidupan kompleks sudah pun bermula lebih awal daripada yang selama ini difikirkan.
Sebelum ini, saintis percaya haiwan hanya muncul selepas ledakan Kambrium 541 juta tahun lalu. Dickinsonia mengubah sepenuhnya garis masa itu.
Fosil Dickinsonia ditemui dalam batuan pasir kuno di Rusia dan Australia, terawet dengan begitu baik hingga corak permukaannya masih kelihatan jelas. Ia memberikan gambaran dunia Ediacaran yang aneh dan asing, dunia tanpa pokok, tanpa mamalia, hanya organisma pelik di dasar laut yang mungkin tenang.
Dickinsonia membuktikan bahawa kehidupan kompleks di bumi bermula dari bentuk yang paling asas dan sederhana. Ia menjadi tanda betapa Allah menciptakan kehidupan secara berperingkat, dari dunia yang sunyi kepada kepelbagaian makhluk yang menghidupkan bumi seperti yang kita lihat hari ini.
Di sebalik tubuh leper Dickinsonia yang kaku itu, tersembunyi rahsia agung: permulaan kepada kisah panjang makhluk hidup di bumi. Dari satu bentuk hidup purba ini, mengalir perjalanan evolusi yang akhirnya membawa kepada ikan, burung, mamalia, dan lain-lain.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ilmu, inspirasi, makna, ketepatan, dan keindahan.

Comments are closed.