Apakah benar Bumi ini datar dan rata?

Adapun pada satu ketika, Ajis datang kerumah Sudin terkocoh-kocoh dengan basikal Raleighnya sambil kain pelikat diselempangkan kebahu.

Sudin yang sedang membaca akhbar Utusan Jawi di anjung rumah.

Lalu mereka pun bersapalah antara satu sama lain bertanya khabar :

Sudin : Eh Ajis, kenapa kau ini kelam kabut macam Yahudi mabuk bawa basikal.

Ajis : Assalamualaikum Sudin!

Sudin : Waalaikumusalamwarohmatullah.

Ajis : Aku ini baru pulang dari pekan, ada berita yang aku mahu tanyakan pada kau ini Sudin memandangkan kau itu sekolah tinggi sampai ke Singapura.

Sudin : Apa yang kau mahu tanyakan pada aku Ajis. Eh, marilah naik dulu.
Normah tolong bikinkan satu lagi kopi, ni Ajis datang ni..!!!

Ajis : Sudin, aku mau tanya sama kau adakah Bumi ini bulat atau leper?

Sudin : Apa soalan kau tanya ini Ajis. Sudah tentu bukan bulat dan leper, tapi ianya berbentuk oblate spheroid, yakni hampir sfera. Kalau bulat itu juga boleh jadi leper seperti bulatan diatas kertas tapi sfera itu juga bulat namun dalam ertikata seperti kita melihat bola. Macam pandangan tiga dimensi lah.

Ajis : Apa bukti kau kata Bumi ini spe..spe…apa spe..?

Sudin : Sferoid ya Ajis…Ikut mulut aku, Se…

Ajis : Se…

Sudin : Fe…

Ajis : Fe…

Sudin : Roid…

Ajis : Roid….jadi bunyinya sferoid lah ya…Apa aku ini dengar dari ada orang-orang dari luar pekan, membuat rapat umum ajak orang ramai dengar syarahannya tentang Bumi yang dikatanya leper dan rata. Aku ini sudah pening lah Sudin. Kau terangkanlah pada aku.

Sudin : Ajis, kau lihat ia leper seperti diatas meja, tapi hakikatnya kita ini diatas jasad yang punyai lengkungan Ajis.

Ajis : Tapi syarahan itu sepertinya benar. Kalau lihat diufuk nampak rata.

Sudin : Pandangan mata kita ini terhad Ajis. Masa aku berlayar dengan orang putih dulu, aku nampak macam mana bumi ini sebenarnya bukan rata. Bila hari siang cerah tidak berawan, aku perasan yang kapal aku naik itu seperti ada dibawah mangkuk yang terbalik. Dan sekeliling aku sepertinya dalam satu bulatan walaupun garis ufuk melintang. Dulu cikgu aku ajar, lihatlah bintang-bintang kerana bukti Bumi ini diciptakan Tuhan dalam bentuk seperti bebola wujud disana. Maka aku pun ikutlah kapal, berlayar 3 tahun merata-rata tempat seantero dunia.

Masa aku berlayar itu, satu hari diwaktu malam – aku nampak bintang-bintang berkelipan cerah. Aku berlayar kelasi saja Ajis, tapi pegawai aku Ramli banyak mengajar aku. Ditunjukkan aku buruj-buruj atau gugusan bintang.

Ajis : Buruj apa yang kau nampak tu Sudin? Banyak kah?

Sudin : Yang aku perasan, masa aku di utara menghala ke Jepun, aku nampak buruj yang nama mat sallehnya Ursa Majoris dan Ursa Minoris. Pada buruj itu ada satu bintang utara yang dipanggil Polaris letaknya di penjuru Ursa Minoris. Kata si Ramli pegawai geladak aku itu, bintang Polaris ini hanya dapat dilihat di kawasan belahan bumi di utara (hemisfera utara) kerana ia duduk tepat di kutub utara.

Lagi ada banyak bintang-bintang lain pada buruj itu, macam Dubhe, Alkaid, Merak, Alioth dan Mizar.

Ajis : Nama-namanya macam bunyi Arab ye Sudin.

Sudin : Benar Ajis. Orang Arab dulukala yang beri nama.

Ajis : Jadi apa kaitan bintang itu dengan bentuk Bumi kita ni Sudin?

Sudin : Haaa….ceritanya masih belum habis. Semasa berlayar itu aku tanyakan Ramli, kenapa buruj-buruj belahan bumi di selatan (hemisfera selatan) tidak nampak diutara.

Kata si Ramli memang tidak nampak sebab kedudukan kita diutara dan bintang yang kita nampak hanya bintang yang ada di belahan bumi utara sahaja. Lagipun bumi ini bentuknya seperti bebola maka orang di selatan tidaklah dapat melihat apa yang ada dilangit utara.

Aku seperti tidak faham.

Lalu Ramli ambil satu bola, kemudian diambil carta bintang – disuruh aku pegang bola itu sementara Ramli memegang carta bintang sambil bertanyakan aku : Sudin, carta ini terbahagi dua antara utara dan selatan, kau lihatlah mana bintang selatan yang ada diselatan sahaja dan bintang utara yang hanya diutara sahaja.

Aku tenung-tenung, lalu aku faham Sudin.

Selepas kami siap punggah barang di Jepun, kapal kami berlayar ke Amerika Selatan.

Apa yang dikata Ramli benar. Bintang Polaris, Alioth, Alkaid, Mizar, Merak dan Dubhe yang membentuk buruj Ursa Major dan Ursa Minoris semuanya tidak lagi kelihatan Sudin.

Tapi aku nampak bintang-bintang dan buruj-buruj baru yang sebelum ni aku tak nampak semasa berlayar di Jepun.

Aku nampak buruj Crux (Southern Cross) dan bintang Acrux dan Gacrux yang mana bintang-bintangnya menunjuk arah kutub selatan dan bintang-bintang dan buruj ini tidak kelihatan di utara Ajis.

Ajis : Jadi kau tak nampak bintang yang selatan diutara dan bintang utara diselatan begitu?

Sudin : Benar Ajis. Dan aku selalu nampak buruj Orion dengan bintang-bintang Betelgeuse, Bellatrix, Alnitak, Alnilam, Mintaka, Rigel dan Saiph dimana-mana langit malam tapi waktu terbit dan terbenamnya berbeza-beza mengikut garis lintang dan garis bujur kapal aku berada.

Ajis : Tapi aku seperti masih tak yakinlah Sudin dengan keterangan kau. Kau mungkin tipu aku mana tahu. Iyalah aku ni tidak sekolah tinggi, tak berlaya seperti kau Sudin.

Sudin : Kau ni merepek lah Ajis. Nah kalau begitu, kau masih tak percaya – siang dan malam wujud kerana apa?

Ajis : Siang dan malam wujud kerana matahari mengelilingi kita kan.

Sudin : Kalau benar mengelilingi kita, kenapa ahli falak purba dari Mesir, dari Inca, dari China dan India dahulu mencerap planet Utarid dan Zuhrah melintasi matahari? Orang Maya dizaman purbakala dulu merekodkan planet Zuhrah melintasi matahari dan mereka mencerapnya serta mencatit kejadian tersebut.

Ajis : Tapi syarahan yang aku dengar dari orang itu matahari itu dekat, tidak jauh. Dalam puluhan kilometer saja.

Sudin : Kalau puluh-puluh batu, dan kita tahu matahari itu sangat terang mesti seluruh dunia ini terang tanpa malam. Kalau ikutkan kata-kata orang syarahan yang mengatakan dunia ini rata dan datar tidak ada lengkungan.

Ajis : Aku fikir begitulah.

Sudin : Mari sini aku tunjukkan kau. Ambil lampu suluh aku di pangkin depan sana.

Lalu Ajis pun turun ke pangkin laman rumah Sudin, mengambil lampu suluh dan dibawah naik ke anjung.

Ajis : Apa kau mahu buat dengan lampu ni Sudin.

Sudin : Kau lihat ni Ajis, aku gantung lampu ini diatas meja kopi kita. Apa kau nampak?

Ajis : Seluruh meja terang,

Sudin : Nah banding dengan bola ini, aku suluhkan lampu ini pada permukaan bola. Apa kau nampak?

Ajis : Tempat disuluh lampu terang.

Sudin : Yang tidak disuluh?

Ajis : Gelap din.

Sudin : Jadi apa yang kau nampak?

Ajis : Kalau bumi ini datar, mustahil ada siang dan malam tapi siang dan malam wujud bila muka bumi ini berbentuk oblate spheroid macam bola tu.

Sudin : Cuba kau pusingkan lampu tu keliling meja macam kononnya siang dan malam.

Ajis : Eh eh Sudin, betullah. Aku pusing pusing lampu ni semua tempat terang tak ada yang gelap.

Sudin : Jadi kau dah nampak kan apa yang berlaku sebenarnya. Mari aku tunjuk lagi satu bukti yang Bumi ini bukan datar dan rata seperti orang yang bersyarah dipekan tu.

Ajis : Kita nak kemana ni Sudin?

Sudin : Kau ikut sajalah Ajis. Kita nak tengok bulan. Kebetulan imam beritahu yang malam ni gerhana.

Ajis : Malam ni gerhana bulan?

Sudin : Ya Ajis. Tu kau tengok di sana. Hari ni 15 hari bulan, malam bulan purnama. Nah kau lihat bulan itu Ajis. Apa yang kau nampak.?

Ajis : Bulan tu menjadi bulan sabit.

Sudin : Kau tahu tak apa maksud gerhana?

Ajis : Yang bila Bumi dan Bulan melintasi antara satu sama lain, betulkah?

Sudin : Hampir tepat Ajis. Dalam satu-satu masa, Matahari, Bulan dan Bumi akan berada pada satu garisan lurus. Bila matahari, bulan berada antara kita dan matahari manakala bila gerhana bulan, Bumi kita berada antara matahari dan Bulan. Sekarang kita lihat, bentuk bulan sekarang seperti sabit kan?

Ajis : Ya bentuk sabit.

Sudin : Jadi jika bumi ini datar, rata dan leper adakah boleh terjadi gerhana sebegini, adakah bulan akan menjadi bentuk sabit?

Ajis : Tak mungkin, mesti bayang-bayang bumi menjadi garisan yang lurus dan bukan bulatan.

Sudin : Benar sekali Ajis. Eh itu Abu kan?

Abu : Apa kau orang dua orang bikin dalam gelap malam-malam ni.

Sudin : Melihat gerhana bulan. Ajis bertanya tentang Bumi samada bentuknya datar atau seperti bebola maka aku bantu menjelaskan.

Abu : Ah…bumi itu ugama sudah cakap seperti hamparan. Mana boleh bentuknya bebola. Itu dakyah yahudi.

Ajis : Apa pulak maksud kau ni Abu?

Abu : Kau lihatlah, yahudi dan illuminati mengatakan bumi itu seperti bebola supaya kita semua menidakkan Al Quran. Mereka semua tentera dajjal, menipu manusia dan menyesatkan. Graviti itu bohong, satelit itu bohong, bumi itu datar dan bentuk bebola itu bohong.

Ajis dan Sudin : FACEPALM!!!

Sudin : Itulah kau. Bumi kita ini ada 180 garisan bujur atau longitud yang mengunjur dari utara ke selatan. Setiap satunya terbahagi kepada dua hemisfera, yakni barat dan timur. Kalau di Malaysia garisan bujur yang merentasi kita adalah garisan 101 darjah Timur dan garisan ini mengunjur dari utara ke selatan bertemu di titik kutub bumi.

Abu : Kamu temberang. Apa ini garis garis bujur lintang ini. Kau lihat tiada kan garis-garis yang melalui langit. Kenapa di ada adakan?

Sudin : Ya kamu ini apalah. Garis itu adalah garisan panduan yang menentukan kedudukan atau koordinat. Seperti contoh kedudukan atau koordinat kita sekarang adalah pada garis lintang 04 darjah 33.9 minit Utara dan garis bujur 114 darjah 03.2 minit Timur. Garisan ini adalah bayangan yang melalui permukaan bumi dan lautan dalam menentukan kedudukan kita.

Abu : Jadi apa kaitan garis garis itu dengan Bumi itu spe…spe…apalahah spespe itulah.

Sudin : Kaitannya, tiap garis itu samada lintang atau bujur akan ketemu titik asalnya tidak kira dimana atau kearah mana kamu bergerak. Kalau kamu berkelana dari kedudukan garis lintang dan garis bujur kita sekarang ini dan menghala ke barat dalam satu garisan lurus nescaya kamu akan kembali semula kesini dari arah timur.

Abu : Mana mungkin. Itu semua pembohongan dan fitnah Dajjal.

Sudin : Kamu ni Abu dengarlah dahulu. Pelayar zaman dahulu kala sudah membuktikannya. Garisan lintang ini adalah hasil perkiraan para pelaut zaman dahulu. Begitu juga garis bujur. Mereka ketahui kedudukan dengan mencerap matahari dan bintang dan kemudian melakukan perkiraan hisab untuk mendapatkan kedudukan kapal mereka pada darjah dan minit yang tepat. Pelayar zaman sekarang pun membuktikannya melalui kiraan matematik.

Abu : Bohong. Kedudukan itu dibuat-buat dengan satelit dan gelombang telefon.

Sudin : Aduh kamu ini. Itu sekarang. Walaupun ada satelit, ada sistem penentukedudukan global, asas kepada sistem-sistem itu masih datang dari cara pencerapan objek samawi yang menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur.

Abu : Siapa yang ketemukan semua itu dahulu.

Sudin : Pelayar laut bangsa Eropah menemukan garis bujur.

Abu : Ah mereka semua itu konspirator dan sengaja mahu sesatkan orang Islam.

Sudin : FACEPALM!!!

Abu : Bumi ini bukan berbentuk seperti bola. Aku yakin kerna ada ahli ugama yang kata sedemikian.

Sudin : FACEPALM!!!

Abu : Semua yang kita belajar sains ini dahulu dakyah yahudi mahu sesatkan manusia. Mahu kita jauh dari Allah. Kau kena sedar dan buang ilmu tu. Itu ilmu kafir.

Sudin : FACEPALM!!!

Abu : Nah terbukti aku benar dan Bumi ini rata, bukan bulat dan ia leper. Aku pernah naik pesawat dan aku lihat benar memang Bumi ini rata dan bukan bulat seperti yang disebut-sebut Sains yang percaya pada beruk menjadi manusia.

Sudin : Abu, kamu terlalu buru-buru dalam mempercayai sesuatu.

Abu : Ugama sudah kata Bumi ini bukan bulat atau spe apa yang kau sebut tadi. Aku yakin kerana disebutkan “dahaha” yakni bermaksud hamparan.

Sudin : Baiklah Abu, aku akan menyangkal kata-kata kamu itu.

Menurut ilmuwan Mesir kontemporari, Zaghlul an-Najjar, beliau menyatakan bahwa pada awal penciptaan langit dan bumi, kecepatan putaran bumi pada paksinya amatlah tinggi sehingga dalam setahun melebihi 2200 hari dengan panjang siang dan malam kurang dari 4 jam. Pada saat itu bumi belum “dihamparkan”. Makhluk hidup belum dapat hidup dipermukaannya. Setelah itu, Allah mulai proses “penghamparan” bumi.

Apa yang dimaksudkan disini adalah berkenaan penciptaan awal Bumi.

Yang menarik dari surah An-Naazi’at ayat 30 ini adalah kata “dahaha” yang banyak menjadi perdebatan. “Dahaha” di sini dimaksudkan dengan “dihamparkan”, hanya muncul sekali yaitu di ayat ini, dari sekian banyak ayat Al-Qur’an yang mengatakan “dihamparkan / dibentangkan”.

[79:30] Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya (dahaha).

“Dahaha” berasal dari kata kerja “daha” yang diturunkan dari kata kerja “dahu” yang dapat bererti membentangkan, mendorong, melemparkan, menggerakkan. Ibnu Barri mengatakan “Daha al-Ardh” berarti mendorong bumi sehingga bergerak. Disini An-Naazi’at ayat 30 dapat diartikan “Dan sesudah itu bumi Allah gerakkan (didorong sehingga berputar) hingga akhirnya menjadi (terasa) datar”. Juga dapat dilihat berdasarkan asal katanya “dahraj” yang berarti bergerak berputar atau berguling.

Saat ini pergerakan bumi (peredaran dan putaran) diketahui sebagai penyebab adanya kuasa graviti dan juga menyebabkan bentuk bumi menjadi lebih panjang di khatulistiwa (bulat pipih), sesuatu yang telah disampaikan Allah melalui Al-Qur’an 15 abad silam, wallahu a’lam.

[77:25] Bukankah Kami menjadikan bumi (tempat) berkumpul (Kifaatan)
[77:26] yang hidup dan yang mati

“Kifaatan” pada surah Al-Mursaalat ayat 25 diatas diertikan dengan “berkumpul”, berasal dari kata “kafata” yang berarti “mengumpulkan ke suatu tempat”. Ayat ini mengindikasikan adanya suatu kekuatan pada bumi yang menarik segala sesuatu yang hidup maupun yang mati di bumi untuk kembali berkumpul di bumi (baca : gravitasi). Kerana Allah menjadikan bumi “tempat berkumpul” lah, sehingga manusia merasakan bahwa bumi itu datar, padahal sebenarnya bumi itu relatif bulat yang “dihamparkan” Allah dengan cara di “daha” kan.

[70:40] Maka aku bersumpah dengan Tuhan Yang memiliki (semua) timur (masyaariq) dan (semua) barat (maghaaribi), sesungguhnya Kami benar-benar Maha Kuasa.

Al-Ma’aarij (70) ayat 40 di atas menyatakan secara jelas bahwa bumi memliki banyak timur (masyaariq, bentuk jamak) dan banyak barat (maghaaribi, bentuk jamak), sesuatu yang tidak mungkin apabila bumi itu datar. Banyak timur dan banyak barat memungkinkan apabila bumi itu berbentuk bulat ataupun elipsoid, sehingga untuk setiap titik di bumi, barat dan timurnya berbeda-beda dikarenakan matahari yang menjadi acuan timur dan barat terlihat pada posisi yang berbeda-beda saat terbit dan terbenamnya apabila bumi berbentuk bulat, dan seharusnya terlihat sama apabila bumi itu memang datar.

Masyaariq dan Maghaarib dalam bahasa arab juga dapat berarti “tempat terbit matahari” dan “tempat terbenam matahari” sebagaimana yang dipakai di surah Ar-Rahmaan ayat 17 :

[55:17] Tuhan yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan yang memelihara kedua tempat terbenamnya.

Surah Ar-Rahmaan ayat 17 di atas menyatakan bahwa Allah menjadikan bumi memiliki dua tempat terbit matahari (masyariqayn) dan dua tempat terbenam matahari (magharibayn). Ayat ini secara simbolik menyatakan bahwa bumi itu bulat dan beredar / berputar pada paksinya. Jika di suatu tempat telah mengamati bahwa matahari terbenam, pada saat yang sama di belahan bumi yang berlawanan mengamati bahwa matahari baru terbit, sehingga secara pengamatan, ada dua tempat terbit matahari dan dua tempat terbenamnya, yang mengindikasikan bahwa bumi itu bulat dan berputar pada paksinya. (1)

Abu : ………………………………………………………..

Sudin : Mahu aku jelaskan lagikah Abu?

Ajis : Luas sungguh pengetahuan kamu Sudin. Aku tetap masih sudi mendengar hujah kamu.

Sudin : Baiklah, maka banyak lagi petanda-petanda yang jelas dilangit dan dibumi yang membuktikan rupabentuk muka bumi ini.

Salah satunya adalah pergerakan arus lautan yang setiap darinya bergerak pada arah mengikut jam di belahan utara Bumi dan arah melawan jam di belahan selatan Bumi. Kenapa ia bergerak dengan sifat sedemikian kerana jika sekiranya bumi ini datar seperti yang kamu katakan, ia pastinya tidak mempunyai apa-apa pergerakan langsung.

Tahukah kamu Abu, yang ribut tropika dan taufan kesemuanya bergerak dengan lengkungan menghala ke kutub walaupun bermula dengan pergerakan lurus. Kenapa ia terjadi sebegitu? Kerana sifat permukaan bumi yang berbentuk lengkungan dan kelajuan putaran bumi pada paksinya mewujudkan daya coriolis. Daya coriolis hanya wujud dan bertindak pada objek yang bergerak berputar pada kelajuan tinggi pada permukaan yang mempunyai lengkungan.

Abu : Nah putaran Bumi itu adalah satu pembohongan. Nasa dan yahudi membohongi mengenai kelajuan putaran Bumi. Kalau benar kenapa kita semua tidak tercampak.

Ajis : Putaran bumi pada paksi juga pembohongan?

Sudin : Tidak. Putaran bumi pada paksi bukan pembohongan malah ia telah dibuktikan oleh ilmuan Islam pada abad ke-10 oleh Al Biruni. Al Biruni menyebut berkenaan ciptaan Abu Sa`id Al Sijzi yang menciptakan Al Zuraqi -sejenis astrolabe berdasarkan pemikiran kontemporari beliau yang percaya “bahawa pergerakan yang sedang kita lihat dilangit adalah disebabkan putaran Bumi dan bukan samawi yang bergerak. Tus dan Qushji juga adalah antara ilmuan Islam yang membincangkan tentang pembuktian mengenai pergerakan membulat Bumi pada paksinya.

Al Biruni dan Abu Sa`id saling membincangkan tentang perkara berkaitan putaran bumi pada paksinya dan sangat memuji ciptaan astrolad Al Zuraqi dan menyebut :

“Saya telah melihat astrolabe yang dipanggil Zuraqi dicipta oleh Abu Sa’id Sijzi. Saya suka sangat dan memuji buatannya, kerana ia berdasarkan idea yang dilontarkan oleh beberapa ilmuan yang bermaksud bahawa usul yang kita lihat adalah disebabkan oleh pergerakan bumi dan bukan pergerakan dari langit. Demi saya, ia adalah masalah yang sukar dalam penyelesaian dan penyangkalan. Kerana ia adalah sama ada anda mengambil ia bahawa Bumi adalah dalam gerakan atau langit. Kerana, dalam kedua-dua perkara, ia tidak memberi kesan kepada Sains Astronomi. Ia adalah hanya untuk ahli fizik untuk melihat jika ia boleh disangkal.”

Sehingga abad ke-13, kajian mengenai pergerakan Bumi berterusan dikalangan muhandissin atau pakar geometri yang mana mereka mengakui dan mengukuhkan lagi kajian Abu Sa`id dan mereka menyebut bahawa Bumi senantiasa berada dalam pergerakan membulat.

Kajian mengenai putaran Bumi pada paksinya dibuat di balai cerap Maragha dan Samarkand.

Abu : Aku tetap mengatakan ia adalah pembohongan kerana jika Bumi ini berputar, dan ia berputar pantas seperti yang dikatakan oleh saintis saintis kuffar.

Sudin : Berapa kelajuan putaran Bumi Abu?

Abu : 1600km/j. Kita sepatutnya sudah terpelanting keluar tetapi kita masih teguh berdiri. Nah itu bukti yang bumi ini datar, tidak berputar dan matahari serta seluruh alam mengelilingi bumi ini.

Sudin : Namun adakah kamu tercampak keluar bila kamu berada didalam pesawat. Sedangkan ia sedang bergerak pada kelajuan 700km/j. Kenapa kamu tidak tercampak keluar dari kereta yang sedang bergerak.

Abu : Ah itu tidak ada kena mengena.

Ajis : Apa yang kau cuba maksudkan Sudin?

Sudin : Aku ambil contoh bekas air yang tidak bertutup dan ia diikat dengan tali. Kemudian kau putarkan ia dalam satu pusingan yang mana kau adalah pusat putarannya. Cubalah eksperimen yang aku beritahu itu kerna nescaya kau akan dapati semakin laju putaran kau, air didalam bejana itu tidak tumpah.

Atau kau cuba melompat diatas kereta atau lori atau kereta api yang sedang bergerak kerna nescaya kau akan dapati yang bila kau lompat kau akan kembali ke tempat asal kau melompat dan bukan beralih tempat ditinggalkan kenderaan.

Kau tak percaya maka kau cubalah. Dan bilamana kau melompat diatas muka bumi ini yang kau kata tidak bergerak maka kau bandingkan ia dengan eksperimen yang aku sebutkan tadi. Dan kau akan mendapat jawapan.

Abu : Eksperimen lompat lompat. Haha kau takkan dapat tipu aku Sudin. Itu semua permainan Dajjal dan yahudi.

Sudin : Maka sesungguhnya kau adalah manusia yang rugi dan tidak dibuka matanya untuk melihat kekuasaan Allah.

Graviti adalah kekuasannya dan bilamana kau mengatakan ia pembohongan maka kau secara tidak langsung menidakkan ciptaan Allah SWT.

Allah telah menyebut bagaimana alam semesta ini ditabdir dan diatur susun dengan sedemikian rupa dan ia tidak kucar kacir. Adakah kau tidak mampu melihat?

Abu : Aku mampu melihat cuma kau sahaja yang dibutakan oleh sains.

Sudin : Islam tak mengajar untuk menjadi jumud. Islam mengajak ummahnya menjadi pemikir.

Abu : Aku juga berfikir.

Sudin : Kalau kau berfikir kau tidak akan bercakap seperti apa yang kau cakap tadi.

Ajis : Jadi apa lagi pembuktian bahwa Bumi ciptaan Allah ini adalah berbentuk dan bersifat sedemikian rupa Sudin.

Sudin : Banyak lagi Ajis. Sifat pasang surut lautan adalah bukti adanya graviti bilamana Bulan dan Bumi saling berinteraksi daya gravitinya lalu menyebabkan jasad yang cecair tertarik dan tertolak.

Bulan itu sendiri yang menjadi satelit semula jadi Bumi kita itu adalah bukti adanya satu kuasa yang menangkap dan meletakkan bulan di tempatnya sekarang.

Sifat siang dan malam di kawasan polar yang siangnya panjang sehingga 6 bulan dan malamnya juga sehingga 6 bulan menidakkan kata kata Abu yang percaya akan bumi datar. Nah kenapa siang dan malam di Bumi ini semuanya tidak sekata walhal sepatutnya ia sekata tetapi ia tidak sebegitu. Dari utara ke selatan dan dari barat ke timur kitaran waktu antara setiap satunya berbeda.

Kenapa adanya 4 kitaran musim. Perkaitannya dengan peredaran Bumi dan putaran Bumi pada paksinya.

Banyak yang boleh aku sangkal mengenai dakwaan kau Abu dan percayalah pada aku Sudin sesungguhnya orang yang memberi syarah itu salah bidang ilmunya.

Abu : Aku tetap katakan yang Bumi ini datar dan ia tidak bergerak malah berputar.

Masakan ia berputar sedangkan Kaabah di Mekah disebutkan selari dengan Baitul Makmur.

Sudin : Dan pernahkan kita melihat rupa baitulmakmur?

Adakah kau merasakan yang baitulmakmur itu hanya sebesar kaabah atau sebesar masjidilharam lalu kau katakan yang ia mesti selari dan untuk itu Bumi mesti statik.

Kau terlalu memperkecilkan kekuasaan Allah sehinggakan kau menjadi jumud.

ALLAH SIFATNYA MAHA BESAR

Maka sudah tentulah segala ciptaannya melangkaui capaian akal manusia biasa. Dan pastinya bila kamu anggap baitulmakmur itu sedemikian maka fikiran kamu masih belum nampak kekuasaannya.

Jika besar baitulmakmur itu melangkaui keluasan alam semesta yang kita ketahui ini adakah perlu Allah menjadikan bumi statik dan datar.

Bumi dan manusia ini hanya debu di alam ciptaan Allah ni. Bandingkan debu yg sebesar dan kau letakkan ia dilautan. Kau rasa debu itu perlu statik untuk terus selari dengan lautan yang maha luas.

Maka begitulah perumpamaannya.

Ajis : Aku rasa benar apa yang dikata Sudin. Luas alam ini pikiran kita juga tidak terjangkau.

Abu : Ah persetan dengan kata kata sudin. Aku yakin dia tersesat dan telah dipengaruhi fitnah dan pembohongan roth dan yahudi dan dajjal. Mereka semua mahu sesatkan kita. Kau sesat. Aku tak sesat. Baik aku jauhkan diri dari kau.

Ajis : kemana kau mau pergi Abu?

Sudin : yalah mana kau mahu pergi?

Abu : Aku tak mahu berkawan dengan ejen yahudi seperti kau. Baik aku balik.

Astaghfirullah…….

Lalu tinggallah Sudin dan Ajis seperti terkaku melihat Abu.

Melihatkan hari semakin lewat, Ajis memohon mengundur diri pada Sudin.

Maka tamatlah dialog pada malam itu.

Adapun admin FJ (Faris Jamaluddin) adalah seorang navigator dan pelaut tegar, telah berlayar hampir suku dari lautan milik Allah, dan melihat sendiri dengan mata kasar dan mata hati akan alam, baik yang di langit dan dibumi. Penulisan ini dibuat berdasarkan pemahaman dan pengalaman yang ditimba selama mencari rezeki di lautan lepas – dan Alhamdulillah beliau tidak pun pernah ketemu penghujung dunia yang di canang penganut bumi datar.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

1 Comment

  1. Cuba lihat lautan…air sifatnya rata..bkn cembung..mcm air dlm botol..jd mcmmna boleh jd lengkungn air..sedangkn 70% bumi adalah air

Leave A Reply