Teknologi mengecas telefon menggunakan bunyi berasaskan bahan piezoelektrik — menuai elektrik daripada tenaga mekanikal.
Dapat menuai tenaga daripada bunyi (salah satu daripada tenaga mekanikal) amat menakjubkan sebab getaran bunyi lemah dan tidak konsisten, jadi susah untuk dituai. Selepas ini, ada saja bunyi, telefon boleh caj dengan sendirinya.
Secara fundamentalnya, apabila bahan piezoelektrik ditarik ataupun ditekan, ia akan menjana tenaga elektrik. Gula, tulang, DNA, enamel pada gigi, berlian dan banyak lagi apabila ditekan akan menjana elektrik.
Gula pasir yang sering digunakan dalam masakan dan minimun kalau ditekan pun sebenarnya menjana elektrik. Tetapi tidaklah begitu kuat. Malah, tidak rasa pun.
Kenapa sesetengah bahan ada sifat piezoelektrik, sesetengah bahan tiada sebenarnya bergantung pada struktur kristalnya. Setiap objek pepejal yang berada di sekeliling kita sebenarnya terdiri daripada struktur kristal. Kristal yang umum faham tidak sama maksudnya dengan kristal yang ahli fizik bahan faham.
Teknologi berasaskan bahan piezoelektrik ini sebenarnya sudah lama. Pembesar suara (speaker), jam tangan quartz, pencetak (printer), teknologi sonar adalah antara teknologi berasaskan bahan piezoelektrik.
Tetapi teknologi sedia ada ini banyak gunakan kesan piezoelektrik terbalik (reverse piezoelectric) iaitu salurkan elektrik untuk menggetarkan bahan piezoelektrik dan getaran itu diaplikasikan dalam teknologi-teknologi yang saya sebutkan tadi.
Yang kita mahu capai ialah, kita mahu jana elektrik melalui getaran (seperti bunyi), bukan sebaliknya. Perkara ini sukar sebab getaran di sekeliling kita tidak konsisten dan tidak dapat salurkan dalam jumlah yang besar macam tenaga elektrik. Jadi, teknologinya masih terbatas.
Ada teknologinya, tetapi tidak banyak. Misalnya pemetik api. Pemetik api moden sekarang kalau tekan, ia menyala. Tekanan itu sebenarnya kita menekan bahan piezoelektrik di dalamnya lalu menjana elektrik. Elektrik bertemu gas, api menyala.
Jadi, bahan piezoelektrik yang cekap perlu dihasilkan supaya input yang lemah di sekeliling dapat hasilkan output yang cemerlang. Supaya lebih banyak teknologi menjana elektrik daripada tenaga mekanikal dapat dihasilkan.
Sefaham saya syarikat Xiaomi sedang patenkan teknologi ini. Jadi, tidak pasti sejauh mana keberkesanan teknologi yang mereka hasilkan. Tetapi tidak mustahil pun.
Penyelidikan bahan piezoelektrik memang popular dan tinggi tarikannya sebab sumber tenaga mekanikal terlalu banyak, malah ada di sekeliling kita. Tinggal untuk dituai sahaja untuk menjana elektrik.
Di masa depan nanti, hentakan kaki hasil daripada berjalan kaki pun sudah boleh menjana elektrik. Kita bercakap pun sudah boleh menjana elektrik.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih