Pernah anda melihat gambar ini? Jika tidak mesti pelik apasal mereka ketawa besar semacam lagi-lagi yang tengah tu.
Siapa dia di tengah-tengah yang ketawa besar tu?
Itulah dia Tan Sri Melan Abdullah. Okay kita cerita sikit siapa Tan Sri Melan Abdullah ni.
Pak Melan atau Tan Sri Melan Abdullah adalah bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia. Kehebatannya dalam dunia penulisan menjadikan beliau rapat dengan ramai pemimpin negara terutama dengan Tunku Abdul Rahman sewaktu almarhum menjadi Perdana Menteri.
Sewaktu konfrotasi, Tan Sri Melan terlibat di dalam sebuah demostrasi menentang pemimpin Parti K0munis Indonesia D.N. Aidit dan Menteri Luar Indonesia, Subandrio yang menjadi dalang dasar konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.
Okay kita sambung balik, apa yang berlaku di balik gambar ni.
Pada Mei dan Jun 1963, Tan Sri Melan pada ketika itu bertugas untuk membuat liputan bagi sebuah rundingan kerajaan Malaysia dan Indonesia di Tokyo. Namun, persidangan ini tidak mencapai kata sepakat.
Apabila keluar dari persidangan itu jurugambar akhbar dan juga wartawan-wartawan asing telah berebut untuk mengambil gambar Sukarno dan Tunku manakala Tan Sri Melan di tengah-tengah mereka.
Tunku dan Sukarno tidak menunjukkan wajah gembira sekalipun diminta tersenyum beberapa kali oleh jurugambar dengan berkata cheese
Setelah didesak berkali-kali, Tunku akhirnya mencarut dengan perkataan Melayu yang terkenal dengan empat huruf menyebabkan Sukarno meletus ketawa dan Tunku sendiri ketawa. Mereka kini tidak lagi tersenyum tetapi ketawa besar!
Ketawa mereka menjadi semakin hebat apabila seorang wartawan bertanya is that cheese, Tunku?
Tunku menjawab, “ya ya, something smell like cheese.”
Itulah cerita di balik gambar Tunku, Tan Sri Melan dan Sukarno ketawa besar yang begitu ikonik.
RUJUKAN:
Maidin, Z. (2011). Hari itu sudah berlalu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih