Sebut sahaja nama Manchester United, hampir setiap makhluk yang bergelar manusia tahu akan nama ini. Pada masa kini, mungkin peminat-peminat ‘baharu’ pasukan yang cukup dikenali dengan nama ‘Red Devils’ hanya mengetahui akan kewujudan derbi-derbi seperti ‘Manchester Derby’ dan ‘North-West Derby’. Namun, terdapat sebuah lagi derbi yang berasal daripada sebuah peperangan pada beberapa abad yang lalu.

Perang Bunga Ros

Perang Bunga Ros ini terjadi apabila berlakunya perebutan takhta kerajaan Inggeris di antara Keluarga Lancaster (Lambang Bunga Ros Merah) dengan Keluarga York (Lambang Bunga Ros Putih). Perebutan ini bermula apabila Raja Henry V yang juga merupakan Ahli Keluarga Lancaster mangkat pada tahun 1422 dan tidak meninggalkan waris yang mampu menaiki takhta dan memerintah negara iaitu Putera Henry VI yang masih lagi kecil. Justeru itu, seorang bangsawan daripada keluarga York menuntut takhta kerajaan inggeris dan berlakulah ketidakpuashatian di antara kedua-dua belah keluarga bangsawan tersebut.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Putera Henry VI ditabal menjadi Raja England pada usianya yang begitu muda iaitu 4 bulan. Henry VI kemudian ditabalkan sebagai Raja Perancis beberapa minggu selepas ditabalkan sebagai Raja England. Hal ini terjadi seiring dengan kemangkatan datuknya, Raja Charles VI mengikut Perjanjian Troyes 1420. Raja Henry VI tidak diakui kemampuannya memerintah kerana usianya yang muda sehinggalah pada tahun 1437 apabila Henry VI dianggap sudah cukup umur dan mampu memerintah negara.

Terdapat kata-kata yang mengatakan Raja Henry VI merupakan seorang yang keras kepala dan tidak teratur dalam pemerintahannya. Dalam pada masa itu, dia juga dikatakan hanya memberi perhatian kepada perihal keagamaan dan yayasan pendidikannya iaitu Eton’s College di Windsor dan King’s College di London.

Raja Henry VI mengalami masalah mental daripada tahun 1453 sehingga penghujung tahun 1454. Harapan Keluarga York untuk menaiki takhta menggantikan Henry VI ranap dengan kelahiran Edward, Putera Wales pada 13 Oktober 1543. Sekembalinya Raja Henry VI pada tahun 1455 menjadikan peperangan tidak dapat dielakkan lagi.

Penculikan Raja Henry VI oleh Keluarga York di Northampton pada tahun 1460 menyebabkan terjadinya persetujuan Richard, Duke of York sebagai peneraju takhta kerajaan Inggeris, bukan waris Raja Henry VI itu sendiri, Putera Edward. Richard kemudian mati dibunuh pada 30 Disember 1460 di Wakefield dan Raja Henry VI diselamatkan oleh pihak Lancaster pada Pertempuran Kedua St. Albans pada 17 Februari 1461. Lalu pewaris Richard, Edward IV mengambil alih takhta kerajaan Inggeris.

Raja Henry VI bersama dengan isteri dan anaknya berpindah ke Scotland sebelum kembali ke England 3 tahun kemudian pada tahun 1464 untuk membantu dan menyokong kebangkitan keluarga Lancaster yang tidak berhasil.

Malangnya, pada tahun berikutnya, dia ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak Keluarga York di Menara London. Perkelahian antara Richard Neville, seorang komander tentera dengan Raja Edward IV membawa kepada kejatuhan Raja Edward IV daripada takhta dan Raja Henry VI dinaikkan semula ke atas takhta Kerajaan Inggeris.

Raja Edward kemudian berpindah ke luar negara dan kembali ke England pada tahun berikutnya. Dia kemudian membunuh Richard Neville. Selepas itu, Putera Edward memimpin bala tentera dalam menentang Raja Edward IV dalam Pertempuran Tewkesbury pada 4 Mei 1471. Malang sekali, pihak Putera Edward tewas dan Putera Edward terkorban di dalam pertempuran itu.

Keluarga York kemudian memegang takhta selama berpuluh tahun lamanya sehinggalah Raja Richard III terkorban dalam Pertempuran Bosworth dengan Keluarga Lancaster yang dipimpin oleh Henry Tudor yang kemudian menaiki takhta. Henry Tudor kemudian mengahwini anak perempuan Raja Edward IV, Elizabeth dari Keluarga York. Ikatan pernikahan ini kemudiannya menamatkan perseteruan di antara kedua-dua belah pihak keluarga yang berlansung selama berpuluh tahun lamanya.

‘Roses Derby’ dan Perang Bunga Ros

Pertemuan antara kelab Manchester United dan Leeds United atau lebih sinonim dengan nama ‘The Roses Derby’ tidaklah begitu berkait dengan sejarah Perang Bunga Ros ini. Perseteruan kedua-dua buah kelab ini terhasil dari siri peperangan dari Perang Bunga Ros di antara Keluarga York dan Keluarga Lancaster.

Perseteruan kedua buah kelab ini dikatakan disinonimkan dengan Perang Bunga Ros disebabkan oleh kedudukan dua-dua buah kelab yang berpangkalan di Lancashire dan Yorkshire. ‘The Red Devils’ yang berada di Bandar Manchester yang merupakan sebahagian daripada sejarah Lancashire. Manakala, Leeds United yang juga dikenali dengan nama The Peacocks berada di Barat Daerah Yorkshire.

Dalam pada masa sama, dikatakan yang perseteruan kedua-dua kelab bolasepak ini bermula pada sekitar tahun 1965 ketika kedua-dua mereka sedang memburu gelaran double di dalam kejohanan domestik. ‘The Peacocks’ dan ‘The Red Devils’ bertemu di peringkat separuh akhir Piala FA England di mana permainan tampak keras dan tegang. Pusingan Kedua Separuh Akhir beberapa hari selepas itu membawa kepada Leeds United melayakkan diri ke peringkat akhir. Manchester United pula memenangi Liga Divisyen 1 mengatasi Leeds United yang terpaksa berpuas hati berada di tangga kedua liga.

‘The Roses Derby’ kini sudah jarang dapat kita lihat atas sebab Leeds United yang bermain di EFL Championship iaitu peringkat kedua Liga Bolasepak England. Kali terakhir mereka bertemu adalah pada bulan lepas itupun hanya pada perlawanan pra-musim di Perth, Australia. Kali terakhir mereka bertemu adalah pada perlawanan Piala Liga England pada tahun 2011 di mana pasukan ‘The Peacocks’ dibenam oleh ‘The Red Devils’ di laman sendiri.

Ulasan Penulis

Perseteruan-perseteruan ataupun derbi-derbi begini dapat memeriahkan dan mewarnai lagi landskap bolasepak di sesebuah kejohanan domestik mahupun kejohanan dunia. Ia mungkin tampak kasar dan ganas, namun bagi saya, itulah yang membuatkan peminat lebih tertarik untuk melihat sesebuah derbi tersebut. Tanpa derbi-derbi sebegini, sesebuah kejohanan bolasepak mungkin tidak dapat dirasai kemeriahannya. Wallahualam.

Artikel dikirimkan oleh Sang Taming Marhaen untuk The Patriots.

RUJUKAN:

1. Britannia.com (2019). Henry VI : KING OF ENGLAND. https://www.britannica.com/biography/Henry-VI-king-of-England

2. History On The Net (2019). The War of the Roses History. https://www.historyonthenet.com/the-tudors-the-war-of-the-roses-history

3. BBC UK (2000). The War of the Roses. https://www.bbc.co.uk/programmes/p00546sp

4. Kompasiana (2016). Sejarah Perang Bunga Mawar. https://www.kompasiana.com/toko-bunga-jakarta/56c3f2b1e422bd3005aadab4/sejarah-perang-bunga-mawar

5. Faten Monster High (2015). Perang Bunga Ros. http://fatenmonsterhigh.blogspot.com/2015/11/bunga-ros-bunga-kebangsaan-england.html

6. SEJARAH IS HISTORY (2015). ENGLAND : PERANG BUNGA MAWAR or THE WARS OF THE ROSES. http://sejarahishistorystpm.blogspot.com/2015/11/england-perang-bunga-mawar-or-wars-of.html

7. PANDITFOOTBALL.com (2016). Roses Derby, “Derby” yang Melibatkan Sejarah Panjang bagi Manchester United. https://www.panditfootball.com/cerita/202237/RDK/160322/roses-derby-derby-yang-melibatkan-sejarah-panjang-bagi-manchester-united

8. talkSPORT (2019). ROSES RIVALRY Manchester United vs Leeds United: Why do the two clubs have such a fierce rivalry?. https://talksport.com/football/448749/manchester-united-leeds-rivalry-explained/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.