Ada orang nak cari gaduh dengan kawan kau. Jadi, dia tanya kau kat mana kawan kau. Kau tahu kawan kau kat mana. Tapi kalau kau beritahu, nanti kawan kau kena belasah. Lebih baik tipu cakap tak tahu. Kalau diam tak jawab, kau pula kena bantai. Kant kata dalam situasi ini, kau tak boleh tipu walaupun apa pun sebabnya. Kant ini menolak agama sebagai sumber moral. Dia kata, agama dan moraliti ini tak boleh duduk dekat-dekat. Mungkin ada kaitan dengan perbualan Socrates dengan kawan dia siapa entah tak ingat.
Jadi, penalaran (reason) adalah sumber moraliti. Jadi, Kant ini ada bagi panduan macam mana nak tentukan perbuatan kau itu bermoral ataupun tidak berdasarkan akal manusia. Jadi dia ada timbulkan prinsip ‘Perintah Mutlak’ (Categorical Imperative). Perintah Mutlak ini macam undang-undang moral. Undang-undang yang kau kena patuh. Konsepnya macam dalam Islam, kita ikut wahyu, tapi yang ini kita ikut akal. Perintah Mutlak ini ada empat jenis, aku kongsi satu sajalah. Malas nak tulis panjang-panjang.
Jenis yang pertama ini konsep dia, sebelum kau nak buat sesuatu, tentulah kau fikir dulu kan benda itu boleh tak nak buat. Kalau ada wahyu dah senang, Tuhan dah bagitahu itu ini. Apa yang boleh, apa yang tidak. Kalau ikut formula Kant, contoh macam kes yang aku bagi tahu kat atas. Kau nak tipu sebab kau tak nak kawan kau kena belasah. Kiranya kau ‘approve’ tindakan menipu itu boleh dibuat pada masa itu. Kalau kau ikut formula Kant, apabila kau menghalal perbuatan menipu ini, kau kena sejagatkan (universalize) perbuatan itu.
Sejagatkan ini macam mana?
Sejagatkan ini kalau kau boleh menipu, maknanya kau juga boleh benarkan orang lain menipu kau jugak tak kira masa tak kira tempat. Kalau kau rasa tindakan mencuri itu betul, kau kena ‘approve’ juga bahawa barang kau boleh dicuri. Kalau kau tak dapat sejagatkan, maksudnya perbuatan itu tidak bermoral dan salah. Kemudian, Kant juga menggariskan panduan bahawa melakukan tindakan bermoral adalah sebuah tanggungjawab, bukan main-main ikut perasaan. Kalau ada orang minta sedekah dan kau bagi dia sedekah atas sebab kesian adalah perbuatan yang kurang bermoral. Sebab kau buat benda itu ikut emosi, bukan ikut undang-undang. Jadi, bagi Kant, orang yang bersedekah sebab ‘reason’ adalah lebih bermoral. Kalau tak kesian, kau tak tolong. Kalau kau guna ‘reason’, kau boleh fikir nak juga ada orang tolong kau. Kau tak kesian pun, kau tolong juga sebab tanggungjawab.
Bagi Kant, orang yang bertindak atas dasar perasaan adalah orang yang tak bebas kerana dikawal oleh perasaan. Kau bertindak atas dasar kepentingan pun bukan juga orang yang bebas. Orang yang bebas, adalah orang yang bertindak hasil daripada berfikir. Jadi, macam kes aku bagi tadi, kau bertindak untuk cakap benar dan tak menipu. Kemudian, kawan kau kena bantai. Menurut Kant, dalam hal ini kau tak bertanggungjawab ke atas hal itu.
Tapi kau bertanggungjawab kalau penipuan kau membawa kepada pembantaian kawan kau tadi. Bagi Kant, apa yang berlaku disebabkan oleh tindakan kita adalah tidak relevan macam utilitarianism. Tindakan itu salah, ya salah, tak kira akibatnya macam mana. Tapi ada perbincangan lain pula kalau diberikan kes-kes tertentu. Tetapi secara umumnya macam inilah.
Ini baru satu jenis daripada Perintah Mutlak. Ada lagi tiga iaitu melibatkan kemanusiaan, autonomi dan kerajaan. Nanti bincang lain-kali-lah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih