Tidak ramai benar-benar tahu bahawa Soviet adalah sebuah negara haram. Bunyinya memang pelik. Tetapi kalau tengok balik macam mana negara ini terbentuk, boleh faham logik di sebaliknya. Soviet secara jujurnya berfungsi seperti empayar yang menundukkan 14 buah negara dibawah dominasi Rusia.

Dua peristiwa penting menjadi punca penubuhannya – Perαηg Saudara Rusia (1918-20) dan Perαηg Dunia Kedua. Pada mulanya, Soviet menjalinkan hubungan bersama Jerman. Dua negara ini takkan kacau satu sama lain dan buat kerja sendiri. Dibawah perjanjian ini, Soviet mendapat lampu hijau Jerman untuk ambil Estonia, Latvia dan Lithuania.

Terduduk Stalin Apabila Tahu Jerman Mungkir Janji

Memandangkan Jerman berpaling tadah, tiga negara Baltic ini anggap perjanjian automatik terbatal. Patutnya memang terbatal… kerana Soviet tidak pernah hak untuk ambil tiga negara ini.

Cuma Soviet pandai main propaganda, kononnya pada tahun 1945 – mereka sendiri yang mahu sertai kesatuan. Mereka menafikan propaganda ini dan mendakwa dirampas Soviet. Jadi satu pihak cakap ini; satu pihak cakap itu. Asasnya, Soviet sudah berfungsi secara haram kerana ambil negara tanpa kerelaan.

Api Semakin Panas

Setiap tahun, ada saja pihak yang menggemburkan hasrat untuk memerdekakan negara-negara Baltic. Selepas zaman Joseph Stalin, Soviet bergelumangan dengan kemelesetan ekonomi selama 30 tahun. Jadi suara kebebasan bertambah lantang pada ketika kuku kerajaan menjadi tumpul.

Lithuania merencanakan sebuah petisyen yang berjaya mengumpul 2,000,000 tandatangan… meminta angkatan Soviet berambus keluar daripada negara mereka.

Melihat perkembangan sebegini dαhsyαt, Parti Komunis Lithuania mempertimbang untuk berpisah daripada Parti Komunis Kesatuan Soviet (Janusauskiene, 2011).  Manakala Estonia juga ada agenda tersendiri, ingin mengharamkan bangsa Rusia daripada undi dalam pilihan raya.

Kemelut ini semakin rancak apabila kerajaan Soviet Lithuania sendiri membuat pengumuman: pengambilan Lithuania pada tahun 1940 adalah haram, kerana berpunca daripada rundingan Soviet-Jerman. Melihat perkembangan ini, rakyat Baltic bertambah lantang.

Bangsa-bangsa Baltic di rantauan dalam blok Barat mula menganjurkan demonstrasi di London, New York dan Perth sebagai tanda solidariti. Jadi rakyat Baltic pun takkan berdiam diri. Kerajaan tempatan mengizin; mereka apa lagi.

Demonstrasi 600 Kilometer

Kalau bercakap pasal perhimpunan awam, jumlah hadirin memang penting untuk menyampaikan satu pernyataan jelas.

Penganjur demonstrasi mahukan sebuah banjir manusia… tetapi secara terkawal. Sementara negara lain buat demonstrasi di satu tempat khas, mereka merancang sebuah rantaian manusia melintasi semua bandar penting. Syarikat-syarikat bas pun masuk sekali beri sokongan.

Tambang bas dimansuhkan kepada sesiapa saja yang ingin menyertai demonstrasi (Alanen, 2004). Sesetengah majikan siap menyediakan pengangkutan lagi… pastikan pekerja masuk sekali.

Tetapi ada majikan enggan. Maka kerajaan Estonia pantas mengisytihar cuti umum, bekerjasama dengan pihak radio untuk memastikan semua tahu dan mampu.

Dan pada 23 Ogos 1989, 50 tahun selepas termeterai perjanjian Soviet-Jerman, seramai 2,000,000 orang turun berdemonstrasi. Mereka tidak berhimpun… mereka hanya beratur membuat sebuah rantaian manusia sepanjang 600 kilometer.

600 Kilometer

Tema demonstrasi ini jelas: “Baltic bukan Soviet republics, sebaliknya hanya koloni.” Pada hari itu, mereka mendapat perhatian dunia sampai Soviet tidak berani buat apa-apa pada mereka. George H.W. Bush dan Helmut Kohl mula buat pengumuman – memuji kegigihan mereka dan menggalakkan pembaharuan politik demi kesaksamaan semua.

Negara-negara Baltic pilih tarikh sangat sesuai untuk berdemonstrasi… kerana beberapa bulan kemudian, sesuatu berlaku di Moscow yang memudahkan mereka berpisah terus menjadi negara merdeka.

Untuk tahu pasal “sesuatu yang berlaku”, kalian dijemput beli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA. Sesuatu yang dimaksudkan sememangnya penting untuk diketahui bagi memahami isu berbangkit di Ukraine hari ini.

Putin: Tsar Moden Russia

RUJUKAN:

Alanen, I. (2004). Mapping the Rural Problem in the Baltic Countryside: Transition Processes in the Rural Areas of Estonia, Latvia and Lithuania. Ashgate. Halaman 100

Janusauskiene, D. (2011). Post-Communist Democratization in Lithuania: Elites, Parties and Youth Political Organizations, 1988-2001. Rodopi. Halaman 30.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply