‘Demon Core’ merupakan Teras Plutonium digunakan didalam pembangunan senjata nuklear yang ketiga iaitu bakal digugurkan di Jepun, tetapi setelah Jepun menyerah kalah, ia digunakan untuk kegunaan kajian nuklear.
Pada asalnya, teras tersebut dibuat untuk menguji tahap letupan nuklear sebelum b0m atomik yang sebenar diletupkan. Asal nama teras itu dikenali sebagai Rufus, tetapi mengapa namanya bertukar menjadi ‘demon core’, anda haruslah membaca artikel ini untuk memahaminya.
Kaedah kajian dilakukan adalah dengan mengukur tahap keupayaan tenaga dihasilkan oleh teras plutonium untuk mencapai tahap ‘super-kritikal’ iaitu dimana tindak balas berantai akan memancarkan radiasi yang membawa maut. Meskipun saintis di Los Alamos sedar mereka bermain dengan bahaya dengan melakukan eksperimen tersebut, mereka tetap meneruskannya.
Kejadian berkenaan berlaku di makmal Los Alamos pada tahun 1945 dan 1946, kemalangan ini telah menyebabkan keracunan sinaran akut dan kem4tian dua orang ahli fizik yang muda iaitu Harry Daghlian, 24 tahun dan Louis Slotin, 35 tahun.
Pada malam 21 Ogos 1945, Harry Daghlian menuju ke makmal setelah selesai makan malam, untuk cuba melakukan ujikaji tanpa seliaan saintis lain. Yang berada dengan beliau, hanyalah seorang pengawal keselamatan yang bernama Private Robert J. Hemmerly. Beliau langsung tidak mempunyai apa-apa ilmu mengenai teknologi nuklear, apatah lagi memahami bahaya yang bakal meragut nyawanya satu hari kelak.
Sebelum memulakan eksperimen. Daghlian menutup teras Plutonium berbentuk sfera itu dengan blok-blok diperbuat dari Tungsten Karbida, langkah itu dibuat Harry agar neutron terpantul semula ke teras itu sehingga mencapai keadaan kritikal.
Lama-kelamaan, makin banyak blok tungsten yang memantul ini diletakkan disekeliling teras, sehinggakan peranti memantau tahap neutron itu menunjukkan aras yang teras itu akan mencapai tahap super-kritikal jika beliau terus melakukannya.
Dengan tidak sengaja, beliau menjatuhkan blok tungsten itu di atas teras Plutonium, teras itu mencapai super-kritikal lalu menghasilkan satu kilauan cahaya yang terang bewarna biru serta haba yang panas. Tersedar dengan kesilapan maut dilakukan, beliau tangkas mengalihkan blok berkenaan namun semuanya telah terlambat.
Blok Tungsten Karbida secara tidak sengaja jatuh di atas teras Plutonium, mencetuskan “super criticality”
Di dalam masa yang begitu pantas, beliau menerima dos penuh radiasi membawa maut dari teras Plutonium itu, tangannya mengeletar dan kebas. Tidak lama selepas itu, tangan nya melepuh seakan terkena api dan kemudiannya beliau koma.
25 Hari kemudian, beliau maut akibat koma berpanjangan serta menanggung sakit dan muntah yang melampau. Pengawal keselamatan yang bersama dengan Daghlian pada malam kejadian itu iaitu Private Robert J. Hemmerly pula maut akibat kanser darah iaitu Leukimia pada usia 62 pada tahun 1978.
Meskipun kem4tian Daghlian yang menyakitkan, tidak banyak prosedur keselamatan yang dilakukan sebelum melakukan ujikaji terhadap teras Plutonium itu untuk mengelakkan perkara sama berulang.
Tidak selesai dengan ujikaji membawa maut itu, sekali lagi ‘Demon Core’ itu dibuat ujikaji. Pada 21 Mei 1946, rakan sekerja Daghlian dan juga seorang ahli fizik iaitu Louis Slotin melakukan ujikaji kritikal sepertimana mendiang kawannya Daghlian, kali ini pula menurunkan kubah Berilium di atas teras Plutonium berkenaan.
Idea asal beliau, dengan mengunakan kubah Berilium itu akan memastikan neutron dari teras Plutonium kekal terpantul semula, memangkin teras tersebut menuju keadaan kritikal. Prinsip yang sama seperti blok tungsten digunakan mendiang Daghlian. Pemutar skru digunakan untuk mengangkat kubah itu dengan menghasilkan jurang kecil, bertindak sebagai ‘pintu keluar’ neutron untuk memastikan neutron dapat keluar
Pada awalnya, ujikaji itu kelihatan berjaya sehinggalah satu kecuaian berlaku. Kali ini, Louis mengunakan pemutar skru untuk menahan kubah itu dari tertutup sepenuhnya, serta mengelakkan teras itu menjadi super-kritikal dengan membenarkan sedikit neutron keluar.
Pemutar skru itu terlepas dari genggaman Slotin secara tidak sengaja, lalu kubah Berilium berkenaan menutup sepenuhnya teras itu. Neutron yang terperangkap didalam kubah Berilium itu melantun-lantun sehingga mencapai tahap super-kritikal.
Bersama dengan Slotin adalah saintis lain yang turut berada didalam bilik ujikaji yang sama bernama Raemer Schreiber. Sewaktu malapetaka itu berlaku, beliau berpaling ke arah bunyi berkenaan dan terkejut bahawa insiden sama lagi sekali berulang, pada masa yang sama turut terlihat kilauan cahaya biru yang amat terang.
Di dalam laporan Schreiber tulis, “Kilauan bewarna biru jelas kelihatan di dalam Bilik walaupun ia (bilik) itu diterangi cahaya matahari melalui tingkap” Slotin bertindak balas dengan cepat dengan menterbalikkan kubah Berilium itu keluar dari teras itu untuk mengelakkan ia dari mengganggu pancaran sehingga menjadi super-kritikal ”
Meskipun tindakan Slotin dianggap pantas di dalam memperbaiki kesilapan maut yang beliau lakukan, tetapi semuanya telah terlambat
Slotin , dan tujuh orang lain di dalam bilik – termasuk seorang jurugambar dan seorang Pengawal Keselamatan – semuanya terdedah kepada sinaran radiasi, walaupun Slotin merupakan antara individu yang menerima dos maut sepenuhnya iaitu 1,000 rad, dos diterimanya jauh lebih besar daripada yang diterima oleh mendiang Daghlian.
Selepas terkena pancaran radiasi berkenaan, Slotin merasa loya dan muntah, selepas dikejarkan ke hospital. Pada mulanya, kesihatan beliau seolah-olah kelihatan makin pulih, namun beberapa hari kemudian beliau mengalami kehilangan berat badan, sakit perut, dan mula menunjukkan tanda-tanda kekeliruan mental. Sembilan hari kemudian, Slotin meninggal dunia.
Semenjak dua kemalangan ujikaji yang membawa maut berkenaan, barulah mereka para saintis di Los Alamos segera sedar akan perlunya langkah berjaga-jaga didalam melaksanakan ujikaji dengan bahan nuklear. Kali ini pula, pengunaan mesin dengan kawalan dari jauh untuk mengawal ujikaji dikenakan terhadap teras tersebut pada iarak yang selamat.
Disebabkan kemalangan tersebut, teras Plutonium itu tidak lagi dinamakan sebagai ‘Rufus’, ia ditukar nama menjadi ‘demon core’ bukan kerana sifat dari teras Plutonium itu. Ia berasal dari sifat manusia yan terburu-buru menghasilkan senjata pemusnah yang mampu membvnuh jutaan manusia tanpa belas ehsan.
RUJUKAN:
The Chilling Story of The ‘Demon Core’ And The Scientists Who Became Its Victims. https://www.sciencealert.com/the-chilling-story-of-the-demon-core-and-the-scientists-who-became-its-victims-plutonium-b0mb-radiation-wwii
The Demon Core and the Strange Death of Louis Slotin. https://www.newyorker.com/tech/annals-of-technology/demon-core-the-strange-death-of-louis-slotin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih