“Sekarang kalian mesti mempertimbangkan apa yang akan terjadi akibat dari perintah ini!”

Itulah antara petikan nota tindakbalas yang cukup agresif dari pemerintah Empayar Uthmaniyah, Sultan Abdülhamid II kepada British, ketika pementasan teater drama komedi yang menghin4 Nabi Muhammad S.A.W. dilaporkan sedang dirancang di London selepas gagal di Perancis.

Dalam kesusasteraan Eropah, Islam telah diberikan tanggapan buruk dan digambarkan sebagai elemen yang menakvtkan pada abad ke-16, dipengaruhi oleh Gereja. Imej Islam, Uthmaniyyah dan Turki dipergunakan secara bergilir-gilir dan disajikan sebagai gambaran ketakvtan.

Walaupun Uthmaniyyah selaku sekutu Perancis telah memberikan banyak konsesi perdagangan terhadap negara itu, persepsi burvk pihak Gereja terhadap Islam tetap berterusan sehinggalah penaklvkan Uthmaniyyah berhenti.

Sebagaimana hubungan perdagangan dan diplomatik menerima momentum di seluruh dunia pada abad ketujuh belas, Perancis dan Eropah secara beransur-ansur mengatasi sifat prejudis mereka.

Sehinggakan dengan pengaruh Turki yang dibawa duta besar Uthmaniyyah, mereka menggelarkan budaya Turki sebagai Turquerie di mana ketika itu budaya Turki mempengaruhi kehidupan sosial masyarakat di seluruh Eropah. Ia bermula buat pertama kalinya di Perancis dan kemudian di negara-negara Eropah yang lain.

Lukisan cat air karya arkitek dan pelukis Perancis, Antoine Meunier yang menunjukkan bahagian dalam Teater Comedie-Française di Paris.

Zaman Pembaharuan dan Pencerahan, ketika pengaruh Gereja dilemahkan, ia menimbulkan idea “memahami Timur dengan tepat” di kalangan intelektual Barat. Hasilnya, ia meningkatkan rasa simpati terhadap Islam, estetika, dan budaya Uthmaniyyah. Oleh itu, banyak karya dihasilkan dari usaha mengendali dan menerima berita tentang Timur dari pelbagai bidang seni dan budaya.

Namun, dipengaruhi oleh adat istiadat sosial dan politik, permvsuhan fanatik sentiasa wujud di antara masyarakat dan intelegensia.  Di Eropah, gambaran dan persembahan yang berunsur menentang Islam atau Uthmaniyyah adalah contoh yang menggambarkan permvsuhan ini.

Terdapat banyak dokumen dari Arkib Uthmaniyyah yang menyatakan bahawa pementasan teater sebegini dilarang dari dimainkan di pentas atau tidak dilakukan sama sekali atas desakan Sultan melalui duta besar Uthmaniyyah dengan kaedah diplomatik.

IKLAN: Beli buku sejarah Uthmaniyyah bersama dengan Soviet di webstore kami. Pautan: t.ly/a74N atau klik gambar ini.

Usaha Sultan Abdül Hamid II

Empayar Uthmaniyyah berusaha keras untuk menghentikan fanatisme berkala ini, kerana bimbang akan membahayakan negara fanatik itu dan orang-orang Muslim. Sultan Abdülhamid II, yang sangat mementingkan usaha dalam menjaga nilai murni agama Islam selaku Khalifah ketika itu sangat peka dalam hal ini.

Abdülhamid II adalah seorang sultan yang akan melanggan dan membaca hampir semua surat khabar Eropah setiap hari dalam usaha baginda untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di dunia. Penulis drama terkenal Perancis, Marquis Henri de Bornier, menulis sebuah drama bernama “Mohamet”, yang memiliki kandungan dan jalan cerita yang jelas menghin4 keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam.

Sultan Abdülhamid II

Setelah membaca tentang pementasan teater ini melalui sebuah surat khabar Perancis yang menyatakan bahawa drama teater ini akan dipentaskan di Paris, Sultan Abdülhamid II segera mengirim surat perintah kepada kedutaan Uthmaniyyah di Paris pada tahun 1888.

Memandangkan persembahan teater yang menghin4 Islam itu akan ditayangkan di Teater Komedi Perancis di Paris, ia jelas bahawa persembahan seperti itu, yang akan memberikan kesan buruk terhadap imej umat umat Islam serta membahayakan Perancis, sama sekali tidak akan dipersetujui oleh pemerintah negara Perancis juga.

Duta besar Uthmaniyyah pada waktu itu di Paris, Mahmoud Esaad Pasha, bertemu dengan birokrat Perancis, dan usahanya terbukti berhasil dalam menunda pementasan jijik tersebut selama satu tahun. Namun, pada bulan Mac 1890, krisis diplomatik tercetus apabila Reater Komedi Perancis sekali lagi kembali memasukkan teater tersebut dalam senarai tayangannya.

Kementerian Luar Negeri Perancis mengumumkan bahawa tidak ada unsur dalam pementasan tersebut yang bersifat menghin4 Islam dan Nabi Muhammad, dengan menekankan bahawa pementasan itu tidak akan dipersembahkan di Algeria dan Tunisia, yang merupakan tanah Muslim dibawah jaj4han Perancis pada masa itu.

Sementara itu, Sultan Abdülhamid II secara peribadi memanggil Gustave Olivier Lanes de Montebello, duta besar Perancis ke Istanbul untuk datang menghadap baginda di istana, baginda berkeras untuk menuntut agar pementasan itu tetap dihentikan. Setelah itu, duta besar yang sangat menyedari akan kesan buruk dari pementasan tersebut telah menyampaikan amaran Sultan itu kepada Perdana Menteri Charles de Friesenier.

Perancis akhirnya melarang pertunjukan itu dari dilangsungkan, tidak hanya dalam teater komedi Perancis tetapi di seluruh Perancis. Bahkan, hampir semua para pelaku pementasan yang menghin4 itu dihukum dengan diasingkan keluar dari Perancis termasuklah Bornier sendiri. Mereka dihantar ke England semenjak itu.

Henri de Bornier

Ekoran larangan terhadap pementasan itu berkuatkuasa di Perancis, Bornier bersepakat dengan Lyceum di London untuk meneruskan pementasan itu di England, negeri yang dianggap lebih maju dalam konteks kebebasan ‘bersuara’.

Setelah beberapa lama, Sultan menerima berita bahawa pementasan teater menghin4 Rasulullah S.A.W. yang sama akan mula dipersembahkan di London pula. Sultan Abdülhamid II bertindakbalas terhadap berita ini dengan menulis sepucuk surat kepada pemerintah Inggeris dengan tuntutan yang serupa, baginda memberitahu mereka bahawa drama itu telah dilarang di Perancis. Inggeris membalas dengan menyatakan “Ini bukan Perancis. Kami mempunyai kebebasan bersuara di dalam sempadan kami.”

Setelah menerima respon Inggeris, Sultan Abdülhamid II yang naik marah telah bertindakbalas secara agr3sif terhadap British dengan menulis surat berikut:

“Nenek moyang beta menggadaikan nyawa mereka tanpa ragu-ragu demi kepentingan dan kejayaan Islam. Dalam keadaan ini, beta dengan tegas akan menyediakan perintah khas kepada umat Islam di seluruh dunia dan memberitahu mereka tentang sikap angkuh dan kegigihan kalian yang berterusan dalam membiarkan pementasan teater yang tidak sopan ini diteruskan. Sekarang kalian mesti mempertimbangkan apa yang akan terjadi akibat dari perintah ini!”

‘Perintah khas kepada umat Islam di seluruh dunia’ yang dimaksudkan itu dipercayai perintah selaku Khalifah supaya umat Islam yang menjadi penduduk di wilayah-wilayah jajahan Inggeris seperti India, bertindak samada melancarkan pember0ntakan atau boik0t.

Pada waktu itu, Setiausaha Ratu Victoria adalah Robert Gascoyne Cecil, yang juga dikenali sebagai Lord Salisbury amat terkenal dengan hubungan baiknya yang dijalin dengan Empayar Uthmaniyyah.

Beliau amat mengenali keperibadian Abdülhamid dan menyedari bahawa Sultan itu tidak bercakap kosong. Sekali lagi, atas desakan Sultan, duta besar Turki membuat tuntutan tegas kepada Salisbury sehingga berjaya melarang pementasan itu diteruskan di seluruh British.

Lord Salisbury

Pementasan Bornier Bukan Yang Terakhir

Pementasan teater ini bukan satu-satunya penghin4an yang ditentang oleh Sultan Abdülhamid II bagi mencegah ia ditayangkan di pentas dengan cara diplomatik. Pada tahun 1893, Sultan diberitahu bahawa sebuah drama yang berjudul “Mehmed II” akan dipentaskan di Rom, dan dia memerintahkan pentadbirannya untuk menemui Menteri Luar Negeri Itali dan mendesak agar persembahan tersebut dihentikan jika mengandungi unsur penghin4an, sebarang gambaran mengenai Sultan Mehmed II yang juga dikenali sebagai Mehmed Al Fatih, atau apa saja gambaran buruk mengenai Islam.

Apabila pengusaha teater ingin mementaskan drama nukilan penyair Inggeris dan penulis drama abad pertengahan, iaitu William Percy yang berjudul “Mahomet and His Heaven” (1601) di Paris pada tahun 1900, tajuk drama ini dan sebarang unsur anti-Islam, yang dapat menyebabkan salah faham telah diubah dan dipertimbangkan setelah menerima campur tangan dari pihak Uthmaniyyah.

Akan tetapi, harus diingat bahawa tidak ada satu pun krisis teater yang menerima campur tangan Empayar Uthmaniyyah ini pernah menimbulkan kekec0han di seluruh dunia atau menyebabkan pengisytiharan per4ng, malahan, tidak ada orang Islam bertindak melulu dengan menyer4ng pihak yang menulis plot dan skrip semua pementasan drama tersebut.

IKLAN: Beli buku sejarah Uthmaniyyah bersama dengan Soviet di webstore kami. Pautan: t.ly/a74N atau klik gambar ini.

Black Mark Dinamakan Sempena Voltaire

Di tengah-tengah semua propaganda yang berlaku melalui pementasan drama di Perancis, terdapat ahli falsafah dan sastera Perancis bernama Voltaire (telah meningg4l dunia pada tahun 1778). Penulis tersebut dianggap sebagai salah seorang dalang pada Zaman Pencerahan, menulis sebuah drama berjudul “Le Fanaticism, ou Mahomet le Prophete”.

Dalam drama ini, Voltaire cuba menarik perhatian ramai dengan unsur permvsuhan fanatik. Walaupun dia kemudian mengubah sebahagian besar ideanya mengenai Islam, bahkan menghargai dan memuji Nabi Muhammad S.A.W, drama ini, yang penuh dengan maklumat yang salah, adalah salah satu faktor terpenting dalam prakonsepsi dan salah tanggapan awam terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad di Eropah.

Voltaire

Drama ini dengan tidak bertanggungjawab telah menggambarkan perkahwinan Rasulullah dengan Zainab binti Jahsyi dengan cara yang tidak sopan, keterlaluan dan memfitn4h. Dalam surat kepada Raja Frederick dari Prussia ketika karyanya dicetak, Voltaire mengakui bahawa drama itu tidak ada kaitan dengan fakta sejarah. Dia mengatakan bahawa tujuannya adalah untuk menyampaikan apa itu kej4hatan intoleransi dan dia percaya bahawa toleransi beragama akan mewujudkan ikatan persaudaraan.

Ketika drama Voltaire dipentaskan pada tahun 1742, pada tahun yang sama ia diterbitkan, ia pada mulanya diser4ng oleh golongan hom0s3ksual penganut Jansenisme Katolik, yang menekankan prinsip d0sa asal, korvpsi manusia, dan perlunya rahmat Tuhan serta ketentuan takdir dalam gerakan teologi mereka, dengan alasan bahawa ia mengganggu agama.

Ketika telah jelas bahawa sikap ketaksuban di sini adalah sikap penganut Kristian, reaksi orang ramai mula meningkat dan drama itu dikeluarkan dari pentas. Walaupun sebagai pihak lawan, Voltaire membuat pementasannya dikagumi oleh Paus Benedict XIV yang anti-Jansenian dan terselamat dari masalah itu. Sultan Abdülhamid II juga turut melarang sebarang penerbitan karya Voltaire di tanah Uthmaniyyah.

Karya fanatik Voltaire dikritik oleh ramai para pemikir Eropah. Dalam autobiografinya, “Aus meinem Leben: Dichtung und Wahrheit” (From My Life: Poetry and Truth), Johann Wolfgang von Goethe menganggap tingkah laku Voltaire sebagai “menipu.” Berdasarkan maklumat yang dia perolehi mengenai Nabi Muhammad S.A.W., dia menegaskan bahawa dia tidak pernah menemui sebarang bukti yang boleh menyifatkan Nabi sebagai seorang penyamar. Dia bahkan menyiapkan karya pentas utama yang juga dinamakan sebagai “Mahomet” pada usia 23 tahun sebagai tindak balas kepada Voltaire, tetapi ia tidak dicetak.

Abdülhamid II semasa masih seorang Shehzade

Kritikan paling keras terhadap karya Voltaire mengenai agama dibuat oleh Wolfgang Amadeus Mozart. Mozart, yang tidak dapat menemukan apa yang didakwa oleh Voltaire mengenai toleransi beragama dan kebebasan kepercayaan yang tulus, telah membuat kenyataan semasa kem4tian Voltaire: “Voltaire si penj4hat telah m4ti seperti anjing.

Begitu juga dengan para pemikir Uthmaniyyah yang hebat menganggap apa yang dilakukan oleh Voltaire sebagai menghin4. Sebagai contoh, penulis Uthmaniyyah, Namik Kamal mengatakan bahawa Voltaire menipu dirinya sendiri kerana kesalahannya yang jelas dalam perkara ini. Golongan positivis Turki juga turut merasa terkejut kerana seseorang yang berwawasan tinggi telah menulis drama pementasan yang k3ji sebegitu rupa. Mereka menyatakan bahawa karya itu tidak ada kaitan dengan kebenaran dan merupakan ‘Black Mark’ atau titik hitam pada nama Voltaire.

Ironinya, kini Perancis tidak lagi merasa takvt atau memiliki rasa bimbang akibat dari kesan menghin4 Islam atau Rasulullah S.A.W. Mungkin kerana pada zaman sekarang, umat Islam sudah tidak lagi memiliki pemimpin yang digeruni mvsuh seperti Sultan Abdülhamid II

Semoga roh baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada.

RUJUKAN:

Kilinc, Tekin. (2012). Osmanli’dan Torunlarina Yol Rehberi (In English). Akis Kitap.

———-

Kalau anda berminat dengan sejarah Uthmaniyyah, kami nak cadangkan anda membeli Uthmaniyyah Di Hujung Jari, boleh dapatkan pada pautan di bawah. Beli sekali bersama dengan Soviet Di Hujung Jari.  Beli di webstore kami. Klik sini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.