Anda obses dengan sebaris gigi yang putih bersinar bak mutiara? Mungkin anda patut baca dahulu kenapa gadis purba Jepun lebih obses dengan gigi yang hitam sebagai penanda aras kejelitaan mereka!

Ohaguro, adalah satu adat Jepun dengan menghitamkan gigi bagi jebanyakan wanita yang sudah berkahwin, wanita bangsawan serta golongan samurai. Ia dianggap sebagai satu simbol status untuk mempunyai gigi yang hitam.

Jadi, kenapa perlu menghitamkan gigi untuk dianggap cantik?

Salah satu sebab utama kenapa ohaguro ini menjadi adat dan amalan selama berabad-abad lamanya adalah objek hitam pekat dianggap sebagai sangat cantik. Jadi, memang menjadi satu kewajaran bagi mereka pada zaman itu untuk mencari kecantikan melalui sesuatu yang hitam, sama seperti wanita hari ini yang gemarkan sesuatu yang putih dan mulus.

Bahan yang digunakan untuk menghitamkan gigi ini dipanggil kanemizu, iaitu larutan yang diperbuat daripada serbuk besi, cuka dan tanin yang diambil daripada sayur-sayuran serta teh.

Amalan ini biasanya dilakukan bagi menyambut kedatangan umur dewasa seseorang. Ketika itu, kanak-kanak perempuan dan lelaki, sekitar umur 15 tahun akan mencelupkan gigi mereka dengan larutan hitam ini sebagai tanda mereka telah dewasa.

Pada akhir era Heian, amalan ohaguro juga dilakukan oleh golongan bangsawan dewasa, lelaki dan perempuan, hampir pada setiap hari.

Pada zaman Edo, ohaguro kebanyakannya dilakukan oleh wanita berkahwin yang berstatus kaya-raya. Ketika ini, amalan ini sangat menonjol bagi golongan geisha. Malah, jika kita lihat pada hari ini, apabila berjalan-jalan di sekitar Kyoto, anda masih boleh bertemu dengan maiko yang mempunyai gigi yang hitam pekat.

Namun, ketika permulaan era Meiji, dan apabila orang Barat mula memasuki tanah Jepun, pandangan terhadap amalan ohaguro ini mula berubah. Mereka menganggap seolah-olah wanita Jepun mempunyai kebersihan mulut yang teruk atau ada gigi yang reput.

Meskipun hari ini, ia tidak lagi diamalkan secara meluas, namun masih ramai lagi gadis yang cuba menghidupkan kembali amalan ohaguro sebagai tanda kebebasan hidup mereka dan penanda aras kematangan mereka.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.