“Titah baginda, “Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas.” Maka sembah Demang Lebar Daun, ”Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan Hamba Melayu, dibinasakan Allah NEGERINYA dan TAKHTA kerajaannya.”

(Dialog ‘perjanjian’ antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana, Sulalatus Salatin)
.
.
Daulat raja Melayu terletak di mana? Di kepalanya? Di dadanya? atau dilututnya?

Daulat raja-raja Melayu TERLETAK PADA RAKYAT MELAYU.

Rakyat Melayu yang bertanggungjawab penuh atas kelangsungan takhta raja-raja Melayu. Secara praktikalnya, raja-raja Melayu survive kerana didokong oleh rakyat Melayu mereka. Tanpa rakyat Melayu, raja-raja Melayu akan disepak seperti bola ke sana ke mari seperti zaman imperialisme dahulu. Malah ada raja Melayu yang terpaksa meminta takhta kepada orang asing macam raja Siam dan ada yang meminta restu British, oleh Queen untuk mengabsahkan dia naik takhta, memerintah rakyat Melayu.

Tanpa rakyat Melayu, raja-raja Melayu useless. Tiada fungsi. Raja menjadi simbol tertinggi politik di masa itu, apabila didukung oleh perjanjian antara raja dan rakyat, semacam ‘magna carta’ yang diwakili oleh Seri Teri Buana (raja) dan Demang Lebar Daun (rakyat). Tanpa perjanjian ini, raja bertakhta tanpa waad, tanpa restu rakyat.

Kini raja-raja Melayu sepenuhnya simbol sahaja, dan sepenuhnya daulat mereka dipegang oleh rakyat Melayu mereka.

Oleh itu, apalah gunanya raja-raja Melayu tetapi tidak membela nasib orang Melayu?

Pendapatan mereka dibayar oleh wang rakyat. Keselamatan keluarga mereka juga dijaga oleh polis dan tentera yang juga rakyat dan dibayar lagi dengan wang rakyat. Jika raja-raja Melayu tidak bersuara dengan prioriti kepada nama rakyat Melayu, maka siapakah raja-raja Melayu ini? Bolehkah seorang raja Melayu survive di tengah-tengah populasi rakyat Melayu sekiranya mereka menjadi minoriti?

Semua raja-raja Melayu kena tanya dan cermin diri sendiri.

Kita perlukan raja Melayu yang cakna masalah rakyat Melayu, yang benar-benar berjiwa rakyat, bukan retorik bukan nak ampu-ampu lagi. Kita tidak perlukan raja Melayu yang sesukahati serang rakyat dia, hina dan tuduh macam-macam pada rakyat dia malah mengancam punca rezekinya dan mengarahkan perniagaan rakyat itu ditutup.

Bagaimanakah akhlak seorang raja Melayu kepada rakyat Melayu yang dianggap raja melakukan kesalahan tertentu?

“…Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia difadihatkan, dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku; jangan duli tuanku aibi.”

(Demang Lebar Daun kepada Seri Teri Buana, Sulalatus Salatin)

Rakyat itu jangan dinistakan, jangan dijelekkan, jangan diaibkan. Raja Melayu mesti mencemar duli, turun padang bersemuka dengan rakyat Melayu itu dan tanya apa masalahnya dan beri penyelesaiannya yang mesti dalam situasi menang-menang antara raja dan rakyat. Raja kena menyantuni rakyat bukan berkasar menuduh yang bukan-bukan kepada rakyat.

Bahasa raja Melayu kena halus dan lemah lembut terhadap rakyatnya. Perlukah kita menyimpan raja Melayu yang kasar, berani dan sombong kepada hanya rakyat Melayunya sahaja tetapi sebaliknya lemah lembik kepada bangsa lain? Jika raja-raja Melayu tidak membela rakyat Melayu, siapakah yang kita nak harapkan? Ahli politik?

Sebagai RAKYAT Melayu, mereka kena sedar kuasa di tangan mereka. DAULAT. Di zaman drone ini, rakyat Melayu kena pandai ‘eksploitasikan’ kedudukan raja-raja mereka, untuk manfaat dan kepentingan mereka. Hantar memorandum, desak raja-raja ini untuk benar-benar ‘berjiwa rakyat’ turun padang fight apa jua isu mereka. Masalah mereka.

Majlis Raja-raja jangan hanya timbul apabila nak membela satu dua raja yang terbabit dalam satu-satu isu, selama ini tidak pula keluarkan apa-apa kenyataan pasal anak-anak rakyat Melayu yang tidak mampu membeli rumah, gerai-gerai rakyat Melayu yang disita tapi gerai warga asing dibiarkan, masalah scammer berleluasa menipu rakyat Melayu, kampung-kampung Melayu dimusnahkan atas nama pembangunan, kedai-kedai arak, judi dan maksiat yang berleluasa tanpa kawalan dan 1001 masalah rakyat Melayu.

Jika benar-benar ingin mengecop diri dengan kata-kata ‘berjiwa rakyat’ mesti buktikan dengan tindakan bukan mengharapkan romantis zaman Tok Kaduk menang sorak kampung tergadai.

Konon raja dan rakyat berpisah tiada, ini memang benar kerana hakikatnya DAULAT sang raja dipegang oleh si rakyat. Tanpa rakyat Melayu, nasib sang raja akan disepak macam bola dan dipusing macam gasing.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Leave A Reply