Pada tahun 2009, seniman Datuk Aziz Satar telah menerima satu panggilan telefon dari sebuah ‘talent agency’ yang berpusat Singapura. Wakil agensi tersebut bertanggungjawab mencari bakat dari rantau Asia bagi mengisi watak untuk satu filem terbitan antarabangsa.
Nama Aziz Satar menjadi pilihan mereka dan mahu berbincang dengannya lebih lanjut. Satu pertemuan telah diadakan di Singapura untuk membincangkan tentang watak, skrip, jadual penggambaran, pembayaran dan sebagainya. Selepas perbincangan selesai, Aziz Satar diberi masa untuk membuat keputusan samada menerima tawaran tersebut atau sebaliknya.
Watak yang diberikan hanyalah satu ‘scene’ sahaja, tetapi memerlukannya untuk berada di lokasi penggambaran di Bali selama lebih kurang dua minggu. Jika Aziz Satar ingin membawa seorang pembantu, ia tidak dibiayai oleh pihak produksi, sebaliknya segala perbelanjaan adalah atas tanggungan sendiri. Seperti yang kita sedia maklum, Bali merupakan sebuah pulau yang mempunyai banyak gunung-gunung berapi yang masih aktif. Mengenangkan perkara itu, Aziz Satar agak khuatir dengan keselamatannya berada di sebuah tempat berisiko tinggi berseorangan buat jangka waktu yang agak lama. Memandangkan usianya ketika itu sudah pun menjangkau 84 tahun dan sudah pasti beliau memerlukan seorang pembantu dikalangan ahli keluarga. Di Bali juga agak sukar untuk mendapat makanan halal, walaupun ada, tetapi tidak banyak. Namun masalah bayaran langsung tidak difikirkannya. Dan setelah memberi pertimbangan yang sewajarnya, Aziz terpaksa melepaskan peluang tersebut.
Filem yang dimaksudkan adalah filem Hollywood “EAT, PRAY, LOVE” lakunan Julia Roberts. Watak yang sepatutnya diberikan kepada Aziz Satar adalah sebagai ‘medicine man’ Ketut Liyer. Jika tidak, Aziz Satar merupakan seniman kedua era filem Melayu hitam putih selepas Ibrahim Pendek yang berpeluang berlakun dalam filem Hollywood. Walaupun seniman Salleh Melan pernah turut berlakon dengan produksi filem Gold Snake dari Italy, tetapi ianya tidak ada kena mengena dengan Hollywood. Turut terpilih membintangi filem ini adalah pelakon senior dari Indonesia iaitu Chistine Hakim.
Pada tahun 2013 pula, satu lagi syarikat produksi menghubungi Aziz Satar untuk menawarkan satu watak bagi filem terbitan Singapura. Wataknya seorang atuk yang memberi dorongan kepada cucu perempuannya menceburi sukan tinju. Namun kali ini perbincangan lanjut tidak sempat diadakan kerana Aziz Satar telah menolak terlebih awal. Antara alasannya adalah beberapa perkara mengenai pengurusan yang dianggap tiada tara baginya sebagai seorang seniman veteran. Sekali lagi peluang membintangi filem antarabangsa terpaksa dilepaskan. Akhirnya watak di dalam filem berjudul Banting itu telah diberi kepada Osman Zailani yang juga sahabat baik kepada Aziz Satar.
Soal wang tidak pernah menjadi ukuran dalam menjalankan tanggungjawab. Dalam membuat satu-satu keputusan tentang tawaran, perkara lain selain daripada bayaran diambil kira dahulu. Walaupun dalam beberapa situasi, wang perlu diambil kira, namun secara dasarnya semangat dan ‘passion’ melebihi segalanya. Itulah dia seniman sejati.
Sumber: Sandakiah Azez (Anak)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih