Jika diperhatikan, apa yang berlaku sekarang, sama seperti apa yang dialami oleh Empayar Uthmaniyyah menjelang hari-hari terakhir kewujudan tamadun mereka.

Dalam satu penulisan, Empayar Uthmaniyyah pada senja kewujudannya digelar sebagai ‘Sick Man of Europe’ kerana kelemahan dan ‘penyakit’ yang dialami rata-rata masyarakatnya ketika penghujung hayat empayar tersebut.

Translasi kelemahan imunisasi mental dan ketidakmampuan masyarakat dari segenap pelusuk empayar menyerap perubahan yang cuba dibawa oleh pimpinan Uthmaniyyah tidak diterima oleh beberapa kelompok rakyat, seterusnya membawa kepada krisis kepimpinan Sultannya yang dilihat lemah. Wilayah2nya mula menjauhi pentadbiran pusat empayar dan memberontak melepaskan diri.

Kepimpinan Uthmaniyyah yang terakhir pula misalnya dibanding-bandingkankan dengan kegemilangan sultan-sultan sebelumnya, ditambah dengan sabotaj ekonomi dan pentadbiran dari dalam empayar itu sendiri.

Modernisasi ekonomi dan sosial yang cuba dibawa juga ditolak oleh segelintir rakyat yang masih seronok dibuai kegemilangan lalu oleh kepimpinan terdahulu Uthmaniyyah.

Sedangkan krisis luaran, ekonomi, tekanan antarabangsa dan empayar pesaing ketika itu menekan dan mendesak supaya Uthmaniyyah menjadi lebih relevan ketika itu.

Reformasi pentadbiran kerajaan dan modernisasi ketenteraan pula ditolak oleh sebahagian besar kumpulan elit di dalam masyarakatnya ketika itu. Ini kerana pembaharuan ini dilihat mengancam status quo dan kelebihan yang telah mereka dapat dan bina selama ini.

Ringkasnya kerajaan sebagai cerminan rakyat adalah manifestasi sesuai menggambarkan keadaan Empayar Uthmaniyyah ketika itu. Empayar Islam terakhir tersebut kian tenat.

Ini ditambah dengan faktor pengembangan tamadun lain di persekitaran empayar, selain kelemahan aspek keselamatan dan ketenteraan ruang lingkup empayar.

Beberapa siri rusuhan agama, perang saudara yang terhasil dari konflik agama mengesahkan penyakit yang dihadapi masyarakat di dalam empayar tersebut.

Imunisasi lemah, kekurangan ubat dan ketiadaan doktor merawat kegilaan ini kemudiannya bertambah parah dengan berlakunya Perang Dunia Pertama. Ianya telah merobek saki baki kewangan, kekuatan, budaya, maruah dan kewarasan yang masih kekal dalam Empayar Uthmaniyyah untuk terus lenyap dari muka bumi.

Sekurang-kurangnya, Empayar Uthmaniyyah masih dikenang-kenang di dalam lipatan sejarah melalui buku-buku dan bacaan. Menjadi rujukan dan sebutan sebagai pencipta dan pelopor banyak kaedah-kaedah di dalam kaji bintang dan pemetaan langit, juga geografi dan peta dunia moden. Sekstan, kartografi, balai cerap adalah antara jasa2 besar Empayar Uthmaniyyah kepada perkembangan ilmu duniawi.

Jika tiada inipun, sekurang-kurangnya mereka juga dikenali dan diingati sebagai pencipta sofa atau bangku kecil Ottoman. Memenuhi ruang tamu rumah-rumah moden kini dan mudah dibeli di IKEA, misalnya.

Harapnya, kita tidaklah sampai begitu. Tapi awas, sejarah boleh berulang semula. Dengan penciptaan dan perkembangan media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan lain2, kesan gandaan dan ripple effect nya pasti lebih hebat.

Jika tidak kita mengambil iktibar, siapa lagi?

Di bawah ialah petikan dari kajian bertajuk The Ottoman Empire:Its Rise, Decline and Collapse oleh Ahmad Fuad Fanani.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Leave A Reply