Sejak 12 000 tahun yang lalu, manusia menggunakan ganja bagi tujuan perubatan dan keagamaan. Menurut sebuah jurnal yang disiarkan pada 14 Mei lalu, tumbuhan ini dipercayai berasal dari Dataran Tinggi Tibet.
Menerusi jurnal yang bertajuk, ‘Cannabis in Asia: its center of origin and early cultivation, based on a synthesis of subfossil pollen and archaeobotanical studies’, John Mc Partland dan rakan sepasukannya dari Universiti Vermont mengemukakan bukti bahawa tumbuhan ganja telah wujud di Dataran Tinggi Tibet sejak 28 juta tahun lalu.
Berikutan kekurangan bahan ujikaji berupa fosil dedaunan ganja pada batu-batuan di lokasi berkenaan, para penyelidik tidak berupaya untuk menyebutkan lokasi tepat bagi asal-usul tumbuhan berkenaan walaupun umum mengetahui ia berasal dari Asia Tengah.
Bagi menyelesaikan permasalahan ini, McPartland dan rakan-rakannya mengkaji fosil debunga ganja berbanding menggunakan fosil dedaunan. Pun begitu, kaedah ini mempunyai kerumitan tersendiri. Hal ini kerana para pengkaji sejak sebelum ini telah pun mencampur-adukkan di antara debunga ganja (subspesis Cannabis) dengan tumbuhan yang mirip dengannya iaitu debunga Hop (subspesis Humulus).
Hasil uji kaji ke atas 155 buah fosil debunga berjaya membenarkan McPartland dan pasukannya membezakan antara debunga Cananabis dan Humulus. Begitu juga dengan lokasi kewujudan asal mereka di Asia. Menurut kajian tersebut, didapati bahawa ganja pertama kali tumbuh dan bercambah di bahagian timur laut Dataran Tinggi Tibet yang berlokasi berhampiran Tasik Qinghai. Hal ini berlaku pada kira-kira 28 juta tahun lalu.
Tambahnya lagi, lokasi percambahan ini tidak begitu jauh dengan petempatan subspesi Homo Sapiens, iaitu Denisovan yang dipercayai pernah menetap di Gua Baishiya Kast pada 160 000 tahun lalu. Keadaan ini membuatkan para penyelidik mengandaikan terdapat perkaitan antara Denisovan dan percambahan ganja.
Menurut sebuah artikel daripada Live Science, artikel dipercayai tersebar ke Eropah kira-kira 6 juta tahun lalu. Kemudian, ia tiba di Cina pada 1.2 juta tahun dahulu sebelum pada ribuan tahun kemudian, ganja mula bercambah ke seluruh dunia. Melalui Afrika, tumbuhan ini memasuki Amerika Syarikat pada abad ke-19 lalu menembusi Amerika Syarikat pada awal kurun ke-20.
Sepanjang percambahannya selama 28 juta tahun dan digunakan oleh manusia sejak kira-kira 30 000 tahun, tumbuhan ini mula diharamkan menjelang tahun 1931 di sekitar 29 buah negara. Seabad kemudian, pengharaman ke atas tumbuhan ini mula dilonggarkan di beberapa buah negara, sebagaimana yang disenaraikan di laman Thrillist.
Menerusi kajian yang dilakukan oleh McPartland ini, kelihatan pada kita bahawa ganja tidak hanya berupaya menerbangkan manusia hingga ke bulan. Malah, ia juga mampu membawa kita kembali ke sejarah ribuan malah jutaan tahun yang lampau, merangkumi pelbagai bangsa dan negara di dunia termasuklah supspesies manusia Denisovan.
RUJUKAN
Agata
Blaszczak-Boxe. (17 Oktober 2014). Marijuana’s History: How One Plant Spread
Through the World. Live Science.
https://www.livescience.com/48337-marijuana-history-how-cannabis-travelled-world.html
Ashley Cowie.
(22 Mei 2019). Research Traces Cannabis Plant Origins to the Tibetan Plateau 28
Million Years Ago. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/news-general/cannabis-plant-0011944
Clare Wilson. (1
Mei 2019). Major discovery suggests Denisovans lived in Tibet 160 000 years
ago. New Scientist.
https://www.newscientist.com/article/mg24232283-700-major-discovery-suggests-denisovans-lived-in-tibet-160000-years-ago/
Mindy
Weisberger. (20 Mei 2019). We May Finally Know Where the Cannabis Plant
Originated. Live Science.
https://www.livescience.com/65517-cannabis-asia-originated.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih