Qin Shi Huang ialah maharaja pertama bagi Dinasti China yang bersatu, pengasas Dinasti Qin, yang memerintah dari 246 SM hingga 210 SM. Makam baginda yang dibina selama 38 tahun turut memiliki keistimewaan serta rahsia tersendiri.
Pembinaan makam Maharaja Qin ini telah bermula sejak baginda menaiki takhta dan ia adalah sebuah kompleks besar yang kini terletak di Daerah Lintong, Xi’an, Shaanxi.
Ia terletak di bawah satu timbunan kubur setinggi 76 meter (249 kaki) berbentuk seperti piramid terpotong. Susun atur makam dimodelkan pada susun atur Xianyang, ibu kota Dinasti Qin, yang dibahagikan kepada bandar dalam dan luar.
Menariknya, makam ini hanya diteroka pada tahun 1974 apabila sekumpulan petani yang cuba menggali telaga di Xiyang, iaitu sebuah kampung di Daerah Lintong. Pada kedalaman kira-kira dua meter, mereka menemui tanah yang mengeras, kemudian tembikar merah, serpihan terracotta, anak panah gangsa, dan batu bata terracotta.
Inilah permulaan para ahli arkeologi untuk terus menggalinya dan menemui kira-kira 7,000 tentera terracotta dan kuda, dan kira-kira seratus kereta perang kayu serta senjata di dalam makam ini.
Namun, di sebalik penemuan tentera terracotta dan pelbagai senjata ini, ada lagi bahan lain yang ada di dalam makam ini. Perangkap maut dan racun merkuri adalah sebahagian daripada kebimbangan yang dihadapi oleh ahli arkeologi yang terlibat dalam penggalian makam maharaja Qin Shi Huang.
Persoalannya, dari mana datangnya merkuri ini?
Pada awal tahun ini, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa merkuri di makam maharaja mungkin berasal dari lombong sinabar Xunyang, kawasan perlombongan dan peleburan yang ada sejarah yang lama.
Kajian yang dijalankan pada 2016 merekodkan kepekatan merkuri yang tinggi di dalam dan sekitar makam, jauh melebihi norma serantau, menyokong dakwaan daripada teks sejarah yang menyatakan makam ini diselaputi merkuri yang banyak.
Ahli arkeologi telah menemui laluan yang membawa mereka ke lombong sinabar, bijih sulfida merkuri, yang dilombong dan dilebur pada zaman purba, dalam usaha mereka untuk mengesan merkuri kepada sumbernya.
Dalam tinjauan yang dijalankan di Xunyang, tiga lokasi penting, Shimiaogou, Chuantangping dan Guojiawan yang dikaitkan dengan perlombongan dan perdagangan sinabar telah ditemui.
Hubungan antara lombong sinabar Xunyang dan makam maharaja ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman tentang kompleks pengebumian Qin Shi Huang tetapi juga memperincikan bagaimana rangkaian komersial dan teknologi perlombongan awal menyokong pembinaan tapak seperti makam besar ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih