Denmark menunjukkan kepada dunia kalau mereka mahu melawan impak ekonomi yang Covid-19 tinggalkan, mereka perlu contohi Denmark. Denmark yang paling kedepan dalam stimulus ekonomi.
Bila kuarantin draconian yang dijalankan seperti di China dah mula digunapakai oleh negara-negara lain, mereka kena sedar bahawa mereka bakal membekukan pengerakan ekonomi negara mereka. Kuarantin tidak akan berjalan kalau orang kelaparan. Kelaparan akan membawa kepada anarkis.
Negara-negara di dunia macam Denmark dah nampak apa yang akan berlaku dan datang dengan solusi. Contohnya, Denmark telah membayar untuk tempoh 3 bulan bagi 75 peratus daripada gaji-gaji pekerja semua syarikat di Denmark.
Ini ialah respons Denmark selepas dasar lockdown yang diperkenalkan oleh kerajaan. Syarikat-syarikat di seluruh Denmark mula memecat pekerja-pekerja mereka sebab tak dapat buat sales sepanjang proses kuarantin.
Tapi kalau pekerja ni kena buang kerja, kelaparan, ekonomi runtuh, dan seumpama dengannya akan berlaku. Jadi, apa yang kerajaan Denmark lakukan?
Kerajaan cakap jangan pecat separuh pekerja kamu. Kami sanggup bayarkan 75 peratus dalam tempoh 3 bulan. Bagi cuti kepada mereka untuk mereka kekal dalam rumah mereka. Biar mereka tak resah bila tak bekerja, dan nanti mereka tak buat benda bodoh keluar rumah.
Lepas tu, kerajaan cakap yang mereka akan jadi penjamin kepada setiap pinjaman-pinjaman yang syarikat-syarikat dan entiti perniagaan yang terkesan dek Covid-19.
Bila Covid-19 ni menyerang dunia, pelabur-pelabur semua bawa lari duit mereka, segala pelan perniagaan semua terbantut, kerugian mencanak. Pinjaman kerajaan ini akan membantu pasca Covid-19 nanti dan ketika wabak Covid-19.
Kerajaan siap tawarkan untuk bayarkan kos operasi setiap syarikat sepanjang Lockdown ni berlangsung. Kerajaan akan tampung setiap kehilangan jualan dan untung untuk syarikat-syarikat ini.
Kalau dulu 1 billion sales syarikat, lepas tu Covid-19 menyerang, jatuh ke 100 million. Maka biar 90 peratus kerugian dibantu oleh kerajaan. Tak cukup dengan tu, syarikat-syarikat ini tak perlu bayar cukai sampailah ke musim luruh tahun ini.
Jadi, tak akan ada syarikat yang takut mereka akan bankrap, dan tak akan ada operasi pembuangan kerja bagi kebanyakan pekerja-pekerja di Denmark.
Dan mereka yang tak dapat kerja, menganggur, akan diberikan terus segala manfaat penganggur di Denmark sebelum ini dapat. Karenah birokrasi, proses pembuktian yang melecehkan tu dihapuskan sementara.
Kalau sebelum ni nak dapat manfaat tu mereka perlu buktikan dah minta kerja kat syarikat-syarikat tertentu dalam beberapa percubaan, untuk kali ni, para penganggur tak perlu buat dah. Datang nak mintak tu, kerajaan akan approve on the spot.
Jerman pun buat benda yang sama dengan Denmark. Jerman bayar gaji pekerja-pekerja yang tak dapat pergi bekerja dan terpaksa duduk rumah sepanjang lockdown Covid-19 berlangsung.
Malaysia juga, kalau kerajaan nak lanjutkan Perintah Kawalan Pengerakan ini kalau dah sampai 31.3.2020 ni keadaan masih belum pulih, maka perlu contohi Denmark.
Pertama, kerajaan kena membantu syarikat-syarikat yang terpaksa membayar gaji tanpa boleh beroperasi seperti biasa.
Ini bukan masa untuk takut berhutang, takut dengan rating agensi-agensi kewangan atau takut dengan defisit dalam belanjawan. Bayar, kalau tak keseluruhan, separuh atau suku pun dah cukup! Ringankan beban mereka untuk bagi mereka mudah berurusan dengan kerajaan. Kalau nak kapitalis mesra dengan kuarantin kerajaan, bantu mereka menghadapi krisis ini.
Kedua, buka BRIM atau BSH untuk semua lapisan. Tak terhad kepada golongan tertentu sahaja. Adanya BSH ini akan meringankan beban kepada individu-individu yang terperangkap dalam rumah mereka.
Ketiga, bantu kos operasi yang terpaksa ditanggung oleh syarikat-syarikat di Malaysia. Kos sewa, kos bil air api dan seumpama dengannya. Ini meringankan beban syarikat-syarikat dan kebajikan pekerja mereka akan terjaga.
Keempat, beri pinjaman tanpa perlu melalui karenah birokrasi yang melampau. Longgarkan syarat, pump duit, jadi penjamin kepada bank-bank bagi setiap syarikat yang terkesan yang mahu meminjam!
Kelima, tampung bil api, eletrik, air dan internet rakyat yang dalam kuarantin. Itali dah buat semua ni. Nak kunci mereka dalam rumah, tanpa kerja, gaji, perlu ada subsidi berkaitan dalam hal yang aku sebut. Bila dah memerap 24 jam dalam rumah, bil atas tu semua dah meningkat berganda dari waktu semua orang pergi kerja, lepak luar dan sebagainya. Angka 2 peratus yang diperkenalkan TSMY sangat-sangat tidak cukup dan hanya menjadi jenaka pembangkang. Angka itu haris dinaikkan.
Kalau dulu krisis 2008-2009, DS Najib sampai pump 60 billion ke dalam ekonomi untuk membantu ekonomi negara, aku merasakan bahawa situasi Covid-19 ni akan membawa kepada sesuatu yang lebih dasyat. Pakar-pakar ekonomi dah meramalkan lebih banyak yang akan bankrap daripada yang mati.
Apa yang kerajaan sediakan sekarang ni tak cukup kalau tempoh kuarantin ini berterusan. Syarikat-syarikat diluar sana dah mula tamatkan kontrak-kontrak pekerja mereka, dan staff-staff sepenuh masa akan mula merasai impaknya kalau tempoh kuarantin terus bertambah.
Dan dek kerana kejayaan dasar Denmark ini, dasar lockdown yang diperkenalkan ke negara mereka tampak berjaya apabila Denmark hanya berada pada paras 1,326 kes sahaja, dan memiliki penambahan dalam 71 kes baru hari ini.
11 Mac Denmark telah berada dalam lockdown. Ketika itu kes di Denmark mencecah 514 buah kes. Pada waktu itu, terdapat 252 kes harian di Denmark. Sepanjang 10 hari lockdown Denmark, peningkatan kes berjaya diratakan. Ada satu hari tu, Denmark hanya mencatat angka 32 kes harian sahaja sejak lockdown.
Dasar lockdown yang diperkenalkan serentak dengan pakej rangsangan ekonomi yang hebat, Denmark berjaya mengelakkan negara mereka jatuh ke kancah malapateka seperti negara Eropah yang lain.
Kita dah ambil pengajaran daripada kesilapan Iran dan Itali. Kita dah belajar cara kuarantin China, efisyennya sistem perubatan Korea Selatan, ini giliran kita belajar dasar ekonomi Denmark pula hari ini. InsyaALLAH, sama-sama kita keluar dari dugaan ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih