Kebanyakan orang, apabila tiba masanya untuk mereka bersara, mereka akan menerima imbuhan dalam pelbagai cara, pesara kerajaan mendapat pencen, manakala di barat ada budaya menghadiahkan jam tangan emas. Tetapi mungkin insan yang bernama James Harrison ini berhak mendapat lebih daripada itu.

James Harrison, yang dikenali sebagai “Man With the Golden Arm,” telah menderma d*rah hampir setiap minggu selama 60 tahun sepanjang hidupnya. Akhirnya, lelaki Australia berusia 81 tahun itu “bersara” dari rutin mingguannya pada tahun 2018. Acara ini menandakan berakhirnya satu babak monumental kehidupan.

Menurut Australian Red Cross Blood Service, sumbangan James Harrison telah membantu dalam menyelamatkan nyawa lebih dari 2.4 juta bayi di Australia.

NOTA BERKENAAN ANTIBODI

D*rah Harrison mengandungi sel antibodi melawan penyakit yang unik dan telah digunakan untuk mempelopori penyelidikan dan penghasilan sejenis program suntikan yang dikenali sebagai suntikan Anti-D, iaitu sejenis suntikan yang membantu memerangi penyakit rhesus.

Gejala penyakit rhesus adalah sebuah keadaan di mana d*rah wanita hamil mula menyerang sel-sel d*rah bayinya yang belum lahir. Lebih memburukkan lagi keadaan, ia boleh mengakibatkan kerosakan otak, atau kem*tian terhadap bayi dalam kandungan ibu.

Risiko gejala penyakit itu meningkat apabila seorang wanita yang hamil memiliki d*rah rhesus-negatif (RhD negatif) dan bayi di dalam rahimnya mempunyai d*rah positif rhesus (positif RhD) yany diwarisi dari bapanya.

Sekiranya seorang ibu mengandung telah disensitisasi terhadap d*rah positif rhesus, (proses peningkatan tindak balas neurologi terhadap rangsangan kerana tindak balas terhadap rangsangan sekunder) kebiasaannya semasa kehamilan sebelumnya dengan bayi positif rhesus, dia mungkin menghasilkan antibodi yang memusnahkan sel d*rah “asing” bayi. Itu boleh membawa m*ut kepada bayi.

BAGAIMANA HARRISON MENGUBAHNYA

Berdasarkan maklumat tentang sejarah perubatan dari rekod Australian Red Cross Blood Service, anugerah istimewa yang luar biasa berada di dalam d*rah Harrison mula dikenalpasti ketika dia menjalani pembedahan dada sewaktu dia baru berusia 14 tahun.

Nyawa Harrison berjaya diselamatkan, antara perkara yang menyumbang kepada kejayaan pembedahan itu adalah hasil sumbangan d*rah yang diterima Harrison. Menyedari kepentingan menderma d*rah atas dasar kesedaran dan kemanusiaan, Harrison berikrar untuk menjadi seorang penderma d*rah yang aktif.

Beberapa tahun kemudian, para doktor mendapati d*rahnya mengandung sejenis antibodi yang boleh digunakan dan sesuai untuk menghasilkan formula suntikan Anti-D, jadi dia beralih untuk mula membuat sumbangan plasma d*rah bagi membantu masyarakat seramai yang mungkin.

Doktor tidak pasti mengapa Harrison mempunyai jenis d*rah yang jarang ditemui ini, tetapi mereka mengandaikan ia mungkin kesan dari proses transfusi – iaitu proses pemindahan d*rah yang diterimanya ketika dia berusia 14 tahun, selepas pembedahannya. Dia merupakan salah seorang daripada tidak lebih daripada 50 orang di Australia yang dikenalpastii memiliki sel antibodi.

Setiap kantung d*rah adalah amat berharga, tetapi d*rah James sangat luar biasa. d*rah dia secara teknikalnya digunakan sebagai penawar yang mampu menyelamatkan nyawa, ia diberikan kepada ibu yang d*rahnya berisiko menyerang bayi mereka yang belum lahir.

PELOPOR PROGRAM SUNTIKAN ANTI-D

Setiap penerima suntikan dari kumpulan Anti-D yang pernah dilakukan di Australia, semuanya berasal dari d*rah James. Dan lebih daripada 17% wanita di Australia adalah berisiko, jadi secara tidak langsung James telah membantu menyelamatkan banyak nyawa manusia.

Anti-D, dihasilkan dengan menggunakan antibodi dari James Harrison, mencegah wanita yang berisiko memiliki d*rah negatif rhesus daripada mengembangkan antibodi RhD semasa kehamilan. Lebih daripada tiga juta jenis Anti-D telah dihasilkan untuk ibu-ibu di Australia yang dari golongan d*rah negatif semenjak tahun 1967.

Malahan, anak perempuan Harrison sendiri turut diberi vaksin Anti-D sekaligus menyebabkan kedua-dua cucunya lahir dalam keadaan yang sangat sihat. Ia membuatkan Harrison merasa lega dan gembira kerana telah menyelamatkan banyak nyawa.

Penemuan antibodi Harrison juga telah menjadi pengubah permainan secara mutlak, di Australia, hingga sekitar tahun 1967, statistik menunjukkan ribuan bayi m*ti pada setiap tahun, para doktor tidak tahu mengapa, dan keadaan ini amat menakutkan.

Wanita mengalami keguguran atau bayi dilahirkan dengan kerosakan otak dalam bilangan yang amat tinggi, Jemma Falkenmire, dari Australian Red Cross Blood Service, menerusi satu kenyataannya kepada CNN pada tahun 2015 :

“Australia adalah negara pertama yang menemui penderma d*rah dengan antibodi unik ini, jadi pada waktu itu boleh dikatakan revolusi perubatan telah berlaku.”

Menurut Australian Red Cross Blood Service lagi, Harrison dianggap sebagai wira negara di Australia berdasarkan bilangan nyawa yang diselamatkan mencecah jutaan orang hasil daripada kesungguhan Harrison menderma d*rah setiap minggu. Harrison telah melakukan lebih 1000 kali pemindahan d*rah sepanjang hidupnya.

Oleh kerana penderma plasma d*rah adalah berbeza dengan menderma d*rah secara normal, ia dapat didermakan sekerap 2 minggu sekali, dia mencapai sumbangan yang ke-1000 pada bulan Mei 2011. Ini menghasilkan purata satu sumbangan setiap tiga minggu selama 57 tahun.

James Harrison telah memenangi banyak anugerah atas jasa dan kemurahan hatinya, termasuk Medal of the Order of Australia, salah satu pingat penghormatan paling berprestij di negara itu.

“Hanya ini lah sahaja yang mampu saya lakukan. Ia merupakan salah satu bakat saya, mungkin satu-satunya bakat yang saya ada adalah dengan menjadi penderma d*rah.”

Setelah Harrison memberikan sumbangan d*rah terakhirnya (di Australia anda tidak dibenarkan lagi menderma d*rah setelah mencapai usia 81 tahun), petugas barisan hadapan bidang perubatan dan para ibu mengandung yang mengalami gejala penyakit berkaitan terus mengharapkan orang yang mempunyai antibodi yang serupa dalam d*rah mereka akan munculkan diri dan menderma d*rah.

RUJUKAN:

Australian Red Cross Lifeblood. https://www.donateblood.com.au/learn/anti-d/james-harrison


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.