Dapur boleh memainkan peranan penting dalam hubungan kekeluargaan. Bagi sesetengah orang, makan di rumah lebih baik kerana manfaat dari segi kos, kualiti dan ukhwah. Jadi sukar untuk bayang sebuah rumah tanpa dapur. Sekalipun suka makan luar, aktiviti masakan mesti ada juga.
Kalau tengok dalam sejarah, dapur sebenarnya sentiasa berubah mengikut zaman. Jenis dapur popular hari ini ialah elektrik, induction dan gas. Tetapi dulu nenek moyang manusia menggunakan dapur arang (atau sebelumnya dapur kayu).
Hari ini manusia boleh memasak dengan penuh kreatif. Dulu masakan lebih kepada untuk hidup, dengan menggunakan bijirin, sayur-sayuran dan ternakan yang dipelbagaikan melalui perdagangan.
Kehidupan prasejarah ada satu rumusan mudah: kuasai api, kuasai perut. Masakan boleh memudahkan pencernaan dan menggalakkan bersosial. Jadi sejak bila manusia mula memasak?
Sejujurnya soalan ini tiada jawapan konkrit, kerana sains membuat terlalu banyak penemuan yang lebih tua berbanding sebelumnya. Tetapi para saintis mempunyai satu kesimpulan mudah. Manusia sudah memasak sekitar 790,000 tahun dahulu (Smithsonian, 2018). Apa buktinya?
Sekumpulan pakar arkeologi dari Israel telah menemui sesuatu di tebing Sungai Jordan. Sebanyak 50,000 cebisan kayu dan 36,000 serpihan batu diteliti mereka. Tetapi kesan-kesan terb4kar mereka temui hanya didapati di dua tempat sahaja.
Kadar sisa kayu dan batu membuktikan dua tempat itu ialah dapur masakan prasejarah (Randerson, 2004). Tetapi seorang pakar antropologi dari Amerika Syarikat tidak begitu yakin, kerana kesimpulan tersebut dibuat berdasarkan pendapat. Beliau meminta pasukan sedemikian buat satu ujian praktikal.
Namun perkara ini mustahil dibuat selepas kawasan tinggalan prasejarah tersebut dimvsnahkan badan berkuasa saliran. Walau bagaimanapun, penemuan tersebut didapati sangat konsisten dengan kesimpulan-kesimpulan saintifik lain.
Satu lagi bukti di Israel menunjukkan aktiviti masakan lebih daripada 300,000 tahun dahulu. Sekitar 24 kilometer dari Tel Aviv, terletak Gua Qesem yang menyimpan rahsia alam prasejarah.
Di situ seorang pakar arkeologi bernama Ran Barkai menemui sebuah dapur prasejarah yang digunakan manusia mungkin Homo Sapiens (Smith, 2014).
Teknologi spektroskopi infra merah membolehkan mereka lihat sisa tulang halus dalam timbunan abu. Ciri-ciri timbunan ini berlainan untuk dibandingkan dengan unggun api (yang hanya dibuat sekali saja).
Jadi Barkai berpendapat dapur ini bersaiz kecil dan kerap digunakan bukan untuk barbeku berkumpulan. Penemuan-penemuan ini jelas menunjukkan keunikan spesis dalam manusia prasejarah. Setakat penggunaan peralatan saja belum cukup untuk mengukuhkan hujah tentang akal.
Cimpanzi (Pan Troglodyes) pun boleh guna alat-alat dibuat sendiri untuk mengeluarkan madu, semut atau anai-anai.
Tetapi api menentukan sesuatu spesis itu pintar, apatah lagi jika spesis sedemikian berjaya mengawalnya seperti manusia. Dan sains mempunyai bukti bahawa manusia telah menguasai api sejak sejuta tahun dulu lagi.
Kali ini bukan di Israel, tetapi Afrika Selatan di Gua Wonderwerk atas kerjasama antara Universiti Toronto dan Ibrani. Sisa-sisa halus di satu tempat dalam gua didapati mempunyai unsur abu kayu, tulang haiwan dan alat batu (University of Toronto, 2012).
Kajian Arkeologi Wonderwerk
Penemuan-penemuan sebegini meletakkan tempoh masa antara 300,000 tahun hingga sejuta tahun untuk topik masakan. Apa yang pasti, manusia prasejarah berupaya mendidihkan air untuk melembutkan daging dan ubi. Dan mungkin di Wonderwerk, manusia prasejarah siap membuat barbeku lagi.
Tidak pelik jika satu hari nanti, garisan masa untuk masakan ditolak jauh lagi. Itulah fitrah sains yang boleh diubah berdasarkan kajian fakta terkini. Namun selagi sains tidak menemui spesis bukan manusia yang pintar, bukti-bukti ini jelas mengatakan manusia pandai memasak.
Jadi yang kalian tidak pandai memasak nampaknya kalah pada manusia prasejarah.
RUJUKAN:
Randerson, J. (2004, April 29). Charred remains may be earliest human fires. New Scientist. Retrieved from https://www.newscientist.com/article/dn4944-charred-remains-may-be-earliest-human-fires/
Smith, R. (2014, Januari 29). Oldest Known Hearth Found in Israel Cave. National Geographic. Retrieved from https://www.nationalgeographic.com/news/2014/1/140129-oldest-hearth-israel-cave-new-human-species-discovery-archaeology-science/
Smithsonian. (2018, September 14). Hearths & Shelters. Retrieved from https://humanorigins.si.edu/evidence/behavior/hearths-shelters
University of Toronto. (2012, April 2). Evidence that human ancestors used fire one million years ago. Science Daily. Retrieved from https://www.sciencedaily.com/releases/2012/04/120402162548.htm
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih