Macam biasa, filem arahan Aamir Khan tak pernah mengecewakan dan penuh dengan inspirasi dan filosofi. Ini antara mesej-mesej menarik yang dapat aku garap.
.
1, Mengangkat status wanita
Dalam filem ini mengetengahkan bagaimana wanita mampu menjadi lebih daripada sekadar mengemas rumah dan memasak di dapur. Memberikan perhatian bagaimana wanita berpotensi mengisi tempat lelaki dalam pelbagai lapangan.
.
Dalam filem ini, sukan gusti dalam kalangan wanita adalah perkara yang sangat ganjil di sebuah perkampungan di India. Tetapi Mahavir Singh Phogat memecahkan tradisi itu menunjukkan wanita juga mampu bergusti seperti lelaki.
.
Wanita melakukan perkara selain daripada kerja-kerja di rumah mendapat kutukan dan hinaan yang teruk oleh orang kampung kepada keluarga Mahavir. Kita akan dapat lihat bagaimana Geeta dan Babita mula menghargai tindakan ayah mereka selepas mengetahui hakikat bahawa ayahnya dapat melihat potensi dalam diri mereka untuk mencapai sesuatu yang lebih besar dalam hidup.
.
Mencapai sesuatu yang lebih daripada sekadar menurut tradisi wanita haruslah mengemas di rumah dan memasak di dapur.
.
2. Ketataan dan kepercayaan seorang isteri.
Aku rasa, filem ini tidak beritahu apakah nama isteri Mahavir. Tetapi filem ini menggambarkan bagaimana teguhnya ketaatan dan kepercayaan isteri Mahavir kepada suaminya.
.
Latar watak-watak ibu dalam filem ini sudah cukup berpuas hati apabila anak-anak gadis mereka membesar seperti gadis-gadis kebiasaan. Membesar, mendapatkan pendidikan, mula belajar menguruskan rumah, belajar memasak, selepas itu berkahwin. Ibu Geeta dan Babita juga mempunyai perasaan yang sama.
.
Tetapi Mahavir mengubah anak-anak gadis mereka menjadi sesuatu yang lain daripada yang lain. Malah seolah-olah menjadikan mereka seperti kaum lelaki. Isteri Mahavir tidak membantah perkara ini walaupun ia adalah perkara yang tidak disukainya.
.
Malah, Isteri Mahavir terus mempercayakan dan mentaati suaminya. Dia terus membantu mencapai cita-cita suaminya mendidik anak-anak gadis mereka menjadi penggusti yang hebat. Walaupun sekali sekala isteri Mahavir melihat anak-anak mereka dalam keadaan menyedihkan, dia tetap menyokong tindakan suaminya kerana dia tahu suaminya sedang melakukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
.
3. Siapakah yang layak menentukan masa depan anak?
Filem ini juga mengetengahkan konflik, walaupun tidak secara langsung, mengenai penentuan masa depan anak-anak. Perkara ini pun telah banyak dibincangkan di mana-mana siapakah yang layak menentukan masa depan anak-anak. Tetapi selalunya kecenderungan adalah kepada setiap orang berhak menentukan masa depan mereak sendiri.
.
Tetapi dalam filem ini membuatkan ktia berfikir semula tentang kesilapan yang kita letakkan apabila kita menyalahkan ibu bapa yang menentukan masa depan anak-anak.
.
Apa akan berlaku sekiranya Geeta dan Babita menentukan masa depan mereka sendiri? Boleh jadi, mereka akan menjadi dewasa sebagai wanita-wanita biasa yang hanya mengemas rumah dan memasak di dapur kerana suasana tempat tinggal mereka, begitulah takdir wanita. Iyalah, mungkin mereka bahagia, tetapi pencapaian dalam hidup mereka hanyalah setakat itu.
.
Mahavir dapat melihat potensi yang besar dalam diri Geeta dan Babita, lantas menggunakan potensi itu untuk mengubah hidup anak-anak gadisnya. Jadi, hal ini melibatkan potensi dalam diri. Kadangkala aku mungkin bersetuju kalau masa depan itu ditentukan oleh ibu bapa kalau ibu bapa benar-benar dapat melihat potensi anaknya berada di mana. Tetapi kalau anak-anak sudah matang dengan dirinya, mungkin anak itu boleh menentukan arah tuju hidupnya.
.
Tetapi ini pun kembali juga kepada apa sebenarnya yang nak dicapai dalam hidup. Semua orang bersetuju apa yang nak dicapai adalah kebahagian. Tetapi bentuk-bentuk kebahagiaan ini berbeza definisi setiap orang. Dalam kes filem ini, mungkin saja Geeta dan Babita bahagia sekiranya mereka hidup seperti wanita biasa, dan tidak bahagia hidup sebagai penggusti walaupun mempunyai kemahsyuran.
.
4. Adab dan Moraliti
Selepas menonton filem itu, aku terus menunaikan solat Zohor. Kami tonton pada pukul 12.00. Lebih kurang pukul 3.00 juga baru keluar wayang. Selepas itu, sementara menunggu dia selesai solat, terdapat sekumpulan pelajar (4 orang) menghampiri aku dan mahu temu duga aku beberapa soalan.
.
Soalan mereka menuju pada penjelasan aku berkenaan adab dan moraliti. Definisi umumnya, moraliti adalah penentuan sama ada tindakan kita betul atuapun salah. Adab pula adalah perbuatan lembut ataupun kasar. Kebetulan, apa yang mereka tanya aku boleh kaitkan dengan filem ini.
.
Dalam filem ini, Mahavir mendidik anak-anaknya dengan begitu kasar dan keras, sehinggakan Geeta dan Babita rasa begitu terseksa. Terdapat juga orang-orang kampung yang anggap Mahavir sebagai orang gila. Tetapi matlamat Mahavir adalah untuk memastikan mereka menjadi penggusti yang berjaya.
.
Dalam filem ini, apa yang dilakukan oleh Mahavir boleh diklasifikan sebagai adab yang buruk (kasar dan keras), tetapi moraliti dia betul, bermaksud tindakan dia betul. Kita tidak boleh kata Mahavir tidak bermoral atas sebab adab dia kasar dan buruk.
.
Di sini terdapat hubung kait antara adab dan moraliti. Selalunya adab yang lembut akan membawa pada moraliti yang betul. Tetapi itu tidak semestinya. Kadangkala ia boleh jadi terbalik macam kes dalam filem ini. Contoh lain, berdiam diri boleh dikatakan adab yang baik, tetapi apabila berlaku krisis, berdiam diiri adalah tindakan yang tidak bermoral.
.
5. Cara Kita Lebih Baik Daripada Orang Lain.
Filem ini juga mengetengahkan bagaimana kita selalu merasakan manjhaj, kaedah atau teknik kita lebih baik daripada orang lain. Sewaktu Geeta telah menyertai Akademik Sukan Kebangsaan India, dia telah dididik oleh seorang jurulatih sehingga dia merasakan teknik jurulatih itu lebih daripada teknik ayahnya sendiri. Dalam filem ini, memang fokus jurulatihnya teruk dan teknik Mahavir lebih baik.
.
Tetpai kita dapat melihat mesej yang lain, iaitu janganlah sesekali kita merasakan cara kita lebih baik daripada orang lain. Lebih bagus adalah kita menghormati cara dan kaedah setiap orang. Kalau kita duduk di satu lapangan yang sama, keadah yang berbeza adalah perkara biasa. Paling penting adalah menghormati keadah dan teknik masing-masing. Kalau duduk di bawah satu kumpulan atau persatuan, idea setiap orang berbeza, tetapi matlamat sama. Makanya, hormati idea setiap orang, yang penting bersatu mencapai matlamat.
.
6. Anak-anak Sidek.
Kisah ini memang seakan-akan mempunyai persamaan dengan kisah anak-anak Sidek. Memperlihatkan bagaiman anak-anak dipaksa mengikuti cita-cita ayah mereka untuk menjadi jaguh sukan yang terhebat di dunia. Ayah masing-masing adalah jaguh sukan dalam bidang mereka juga. Anak-anak itu juga dididik dengan keras oleh ayah-ayah mereka. Isteri masing-masing pula tetap percaya dan menyokong tindakan suami mereka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih