Dance Mania, atau dikenali dengan nama St. John’s Dance dan St. Vitus Dance ialah fenomena aneh yang terjadi pada abad ke-14 dan ke-17 Masihi yang hanya berlaku di Eropah.

Fenomena ini terjadi akibat ramai rakyat tiba-tiba menari di atas jalan selama berjam-jam, seharian sehinggalah berbulan-bulan sampai si penari pengsan akibat kepenatan atau paling teruk, meninggal dunia akibat serangan jantung atau strok.

Pertama kali Dance Mania ini menghantui rakyat Eropah ialah pada 24 Jun 1374 di Aachen, Jerman selepas beberapa dekad dari Wabak Hitam. Dalam kesusasteraan, penghidap Dance Mania digambarkan sebagai wanita yang seolah-olah mengalami histeria padahal bukan wanita saja alami penyakit tarian ini. Warga lelaki dan kanak-kanak juga tidak terlepas dari jangkitan aneh ini.

Benarkah berlaku wabak aneh sebegini?

ASAL-USUL DANCE MANIA

Menurut buah mulut masyarakat, Dance Mania terjadi akibat sumpahan dari wali Kristian bernama St. John the Baptist atau St. Vitus, dan dari sinilah nama mereka diambil sebagai nama wabak tarian ini.

Ilustrasi Dance Mania yang menghantui Eropah.

isahnya bermula dari tahun 1278, di mana 200 orang warga Jerman menari terlalu rancak di atas jambatan yang melintangi Sungai Maas sehingga roboh. Ramai penari telah meninggal dunia akibat insiden itu dan mereka yang terselamat dibawa ke chapel dan dirawat oleh St. Vitus sehingga sembuh.

Kisahnya tidak tamat di situ saja. Ia ‘terjangkit’ sehingga berlaku di Itali, Luxembourg, Perancis, Jerman, Belanda, dan Switzerland selama 3 abad. Terdapat banyak teori yang menyebabkan Dance Mania ini terjadi, salah satunya ialah keracunan kulat ergot sehingga rakyat alami halusinasi.

KULAT ERGOT PENYEBAB BERLAKU DANCE MANIA?

Kita kena fahami dahulu tentang kulat ergot ini sebelum konklusikan bahawa kulat ini adalah penyebabnya. Kulat ergot biasanya menjangkiti di padi rumput dan jadikannya sebagai perumah. Spesis Claviceps purpura ialah spesis kulat ergot yang menjangkiti padi oat dan inilah spesis yang menyebabkan Dance Mania berlaku.

Kulat ergot yang disyaki penyebab kepada wabak Dance Mania.

Setibanya musim bah atau tumbesaran padi, keadaan tanah yang lembap memberikan peluang kepada kulat C. purpura untuk membesar dengan pantas. Kulat ini mempunyai bahan kimia yang toksik dan bersifat psiko-aktif, termasuklah asid lysergic dan ergotamine yang digunakan sebagai bahan penghasilan dadah sintetik LSD dalam perubatan moden.

Jika terdedah kepada spesis kulat ini, pesakit akan mengalami simptom seperti kekejangan saraf, delusi psikotik, dan sawan.

Jika benar Dance Mania terjadi akibat jangkitan kulat C. purpura, adalah mustahil kerana pada waktu jangkitan berlaku belum berlaku musim bah dan tidak ada simptom-simptom berkaitan. Dan penjelasan yang mematahkan jangkitan kulat ergot ialah ibadah pengampunan dosa yang melampau oleh golongan Kristian yang bermigrasi ke Eropah selepas Wabak Hitam. Dikatakan mereka melakukan ibadah puasa dan menari secara berterusan menyebabkan mereka alami halusinasi, pengsan, dan menggelupur.

DANCE MANIA IALAH FENOMENA SOSIAL

Berkemungkinan juga Dance Mania terjadi akibat permasalahan dan kesakitan mental besar-besaran jika mengambil kira punca amalan ibadah melampau, bukanlah akibat keracunan kulat ergot. Ramai penyelidik bersetuju bahawa inilah puncanya jika melihat wabak ini melalui perspektif masalah mental, sehingga fenomena ini dipanggil dengan nama ‘penyakit psikogenik besar-besaran’.

Jika wabak ini ialah fenomena sosial, semestinya para pesakit akan alami simptom yang sama tanpa punca, lalu menjangkiti orang lain dalam jumlah yang besar. Ia seperti histeria besar-besaran jika mengikut pemahaman kita yang lahir dalam generasi terkini.

Pada tahun 1962, berlaku wabak ketawa Tanganyika yang kemudian terjadi histeria besar-besaran di Tanzania. Ia dimulai dengan ketawa tanpa berhenti oleh rakyat sehingga pengsan, masalah pernafasan, dan menangis. Bermula dari kalangan pelajar sekolah perempuan kemudian terjangkit ke seluruh sekolah, terus menyebar ke seluruh kampung. Selama 18 bulan baru wabak ketawa ini berhenti secara beransur-ansur.

Para ahli psikologi cuba menjawab persoalan bagaimana kedua-dua fenomena aneh ini boleh mewujudkan histeria besar-besaran. Antara teori kemukakan ialah penyebaran berita tidak benar, kegusaran dan keseronokan yang melampau, kepercayaan budaya, sosial, dan politik, dan stress. Walaupun masih tiada jawapan konkrit, namun kita harus akui bahawa wabak psikologi ini tetap menghantui dunia dengan misterinya sendiri.

RUJUKAN:

Mingren, Wu. 12 December 2021. Dance Until You Drop: The Mysterious Case of Medieval Dance Mania. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.