Komunikasi merupakan elemen paling penting untuk merancakkan hubungan pemimpin dan rakyat. Dalam dunia politik, langit tidak sentiasa cerah. Jadi dengan kemahiran berkomunikasi, seorang pemimpin berupaya untuk memimpin rakyatnya mengharungi segala dugaan.

Dan apabila seorang menteri mengeluarkan kenyataan sambil mengibas tangan, “this is not our level to discuss with them” terhadap pengguna-pengguna media sosial, jelas sekali beliau telah lupa.

Dulu semasa di bahagian pembangkang, semua ditutup akses bukan main lagi. Media sosial itulah menjadi tombak utama kemenangan yang berlaku pada 9 Mei 2018. Apa yang dikatakan fitnah di media sosial tidak mampu ditangkisi di media arus perdana. Semut telah menewaskan gajah. Harimau telah menundukkan naga.

Apa yang dikatakan Mujahid Yusof Rawa pada 8 Oktober 2018 masih terngiang-ngiang setiap kali beliau mengeluarkan kenyataan panas (Fakhrul, 2018). Dan dewasa ini media sosial semakin men3lan segala benda dicanangkan, terutamanya berkaitan Muhammad Sajjad. Keberadaan Sajjad di zon solat wanita telah menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan ramai orang sekaligus menjejaskan imej Islam.

Dan Mujahid juga dikatakan telah naik angin terhadap keceluparan tindakan Sajjad (Rafidah, 2020). Esoknya pula angin Mujahid masih belum sejuk lagi.

Beliau meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat akaun Muhammad Sajjad daripada memuatnaikkan sebarang kandungan di media sosial (Yusri, 2020). Kepanasan Mujahid tidak terhenti kerana pada 4 Februari 2020 yang sama, beliau mengatakan bahawa tindakan tegas akan diambil (RTM, 2020).

Memang gempaklah – akhirnya Mujahid bagaikan terkejut daripada mimpi untuk bertindak dengan begitu tegas. Namun semuanya bak kata bahasa pasar: hampeh. Ketegasan Mujahid diuji dengan kenyataan daripada pihak Lawyers for Liberty yang menyatakan kekesalan mereka pula.

Bahawasanya Mujahid sebagai menteri tidak sepatutnya mensasarkan Muhammad Sajjad semata-mata atas kritikan sosial. Tindakan Mujahid berkaitan SKMM pun bagi Lawyers for Liberty sangatlah tegas yang tidak sepatutnya dibuat seorang menteri kerajaan terhadap rakyat biasa.

Mujahid kemudiannya diingati bahawasanya hak kebebasan untuk hidup telahpun termaktub dalam Perlembagaan Negara dan tidak sama sekali boleh dihadkan melainkan pada landasan keselamatan negara. Dan ketidakselesaan “segelintir” rakyat tidak sah untuk melayakkan justifikasi ini (Zaid, 2020).

Pada 10 Februari 2020, Mujahid yang sama terus berpaling arus dan mengatakan bahawa perbuatan Muhammad Sajjad ialah suatu isu yang kecil (Nizam, 2020). Dan beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya tentang tindakan bakal diambil terhadap Sajjad.

Dan kemudian beliau menyanggah laporan tersebut dengan helah “miscontexting” padahal rakaman suara sudahpun jelas beliau mengatakan isunya sudah menjadi kecil.

Perkara ini amatlah mendukacitakan, kerana Mujahid sendiri asalnya mendengari rintihan rakyat yang mengerjakan haji. Keselesaan jemaah haji wanita diganggu dengan kedatangan seorang kunci pendua yang memakai telekung lagi.

Sudahlah jaminan JAKIM untuk mengenalpastikan jantinanya masih belum ditunaikan, datang pula arus terbaru ini. Kalau Sajjad mengembara di serata dunia pun tiada masalah. Cuma apabila dia bertapak di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, dinamismenya berubah.

Ketepikan dulu hukum-hakam agama, kerajaan Arab Saudi amat lantang memelihara negara mereka daripada perkara-perkara sebegini.

Dan jika mereka tahu tentang perkara ini (tidak pelik mereka sudah tahu), dan berulang-ulang kali berlaku perkara sama dari Malaysia – masalah yang akan ditimpa adalah ke atas bahu bukan peserta-peserta maknyah sebenarnya. Sudahlah hubungan diplomatik antara-kerajaan bertembung sedikit, dengan perkara ini pula – semua tahu apa yang akan berlaku.

Jangan kerana Sajjad (dan lain-lain lagi), kuota tinggi Malaysia dikurangkan.

RUJUKAN:

Fakhrul, H. M. (2018, October 8). Isu khalwat cermin mentaliti kita, kata Mujahid. Malaysia Kini. Retrieved from https://m.malaysiakini.com/news/446372

Nizam, Z. (2020, February 10). Kes Sajat hanya isu kecil, kata Mujahid. Malaysia Gazette. Retrieved from https://malaysiagazette.com/2020/02/10/kes-sajat-hanya-isu-kecil-tiada-sebarang-tindakan-kata-mujahid/

Rafidah, M. R. (2020, February 3). Mujahid ‘naik angin’ dengan Sajat. Harian Metro. Retrieved from https://www.hmetro.com.my/utama/2020/02/541009/mujahid-naik-angin-dengan-sajat

RTM. (2020, February 4). Isu Sajad berpakaian wanita di Makkah, tindakan tegas akan diambil – Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa. RTM. Retrieved from https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/15052-isu-sajad-berpakaian-wanita-di-makkah-tindakan-tegas-akan-diambil-datuk-seri-dr-mujahid-yusof-rawa

Yusri, S. (2020, February 4). Mujahid mahu kerajaan sekat Sajat di media sosial. Melaka Kini. Retrieved from https://melakakini.my/mujahid-mahu-kerajaan-sekat-sajat-di-media-sosial/

Zaid, M. (2020, February 5). Minister Mujahid should not have singled out Nur Sajat nor exerted inappropriate pressure on MCMC to take action against her. Lawyers for Liberty. Retrieved from https://www.lawyersforliberty.org/2020/02/05/lfl-minister-mujahid-should-not-have-singled-out-nur-sajat-nor-exerted-inappropriate-pressure-on-mcmc-to-take-action-against-her/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.