Allah ﷻ berfirman:

ٱلَّذِينَ يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَٰمًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَٰطِلًا سُبْحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ۝

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (QS Ali Imran:191)

Berkata Alusi di dalam tafsirnya “Ruh Al-Maani” pada jilid ke-4, halaman 140 pada tafsiran ayat di atas: (ke atasnya ditanggung dari apa yang diungkapkan oleh Ibnu Umar رضي الله عنه dan Urwah Bin Al-Zubair dan Jemaah رضي الله عنه, yanag mana mereka keluar pada hari raya keluar pada hari raya ke musolla, dan mereka berzikir kepada Allah ﷻ. Berkata sebahagian mereka, adapun apa yang difirmankan oleh Allah taala lantas mereka bangun di atas kaki mereka dan berzikir. Yang mana apa yang dikehendaki dari perbuatan tersebut ialah untuk bertabarruk dengan salah satu jenis dari ayat.

Berkata Al-Allamah Al-Kattani ketika menghuraikan ayat di dalam kitab beliau iaitu Al-Tartib Al-Idariyyah pada jilid ke-2, halaman 143, telah menukilkan hadith bagi menerangkan ayat tersebut ialah gerakan ketka berzikir dengan maksud goyangan dan goncangan. Diriwayatkan dari Abu Nuaim dari Al-Fudhail Bin Iyadh berkata: Adapun sahabat-sahabat Rasulullah ﷺ apabila mereka berzikir kepada Allah ﷻ, mereka bergoyang seperti goyang pokok yang ditiup angin ke hadapan kemudian kembali ke belakang.

Allah ﷻ berfirman:

فَإِذَا قَضَيْتُمُ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ قِيَٰمًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْ ۚ فَإِذَا ٱطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ ۚ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتْ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ كِتَٰبًا مَّوْقُوتًا۝

Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman. (QS An-Nisa’:103)

Berkata Imam Al-Qurtubie di dalam tafsirnya Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran pada jilid ke-4 halaman 310 dan 312: Zikrullah itu ada 3 keadaan, anak Adam tidak sunyi daripada 3 perkara tersebut pada kebiasaan keadaannya. Ianya termasuk dalam setiap waktunya. Dari makna inilah, perkataan Aisyah رضي الله عنه: “Rasulullah ﷺ mengingati Allah pada setiap keadaan baginda…” sampai dengan kata: “Orang yang mengingati Allah taala pada setiap keadaannya diberi ganjaran InsyaAllah”.

Rasulullah ﷺ bersabda: “Perbanyakkanlah zikrullah sehingga mereka mengatakan kamu gila.”

Daripada Saidatina Aisyah رضي الله عنه berkata: “Aku telah melihat Rasulullah ﷺ satu hari di pintu bilikku dan orang habsyah mereka itu bermain (menari) di dalam masjid.” (HR Bukhari & Muslim)

Daripada Saidatina Aisyah رضي الله عنه berkata: “Datang orang habsyah menari pada hari raya di dalam masjid, maka Nabi memanggil aku. Aku meletakkan kepalaku atas bahu Nabi dan memerhatikan kepada tarian mereka sehingga aku yang pergi dari melihat mereka.” (HR Muslim)

Daripada Saidatina Aisyah رضي الله عنه berkata: “Adapun Nabi ﷺ mengingati Allah ﷻ pada setiap keadaan baginda.”

Abu Nuaim meriwayatkan dari Fudhail Bin Iyadh

“Adapun sahabat-sahabat Rasulullah ﷺ, apabila mereka mengingati Allah ﷻ, mereka bergerak ke kanan dan ke kiri sepertimana bergeraknya pokok apabila ditiup angin kehadapan dan kebelakang.” (Al-Tartib Al-Idariyyah)

Abu Urakah

“Aku pernah solat bersama Saidina Ali رضي الله عنه solat subuh. Apabila di waktu pagi, mereka berzikir kepada Allah ﷻ dalam keadaan bergerak sepertimana pokok ditiup angin.” (Al-Bidayah wa Al-Nihayah)

Imam Ibnu Hajar

Ditanya kepada Al-Hafiz Ibnu Hajar tentang tarian orang-orang sufi, adakah padanya asal yang mana ada seseorang menari di hadapan Rasul ﷺ?

Jawabnya: Ya, Sesungguhnya Jaafar Bin Ai Tholib رضي الله عنه telah menari di hadapan Rasulullah ﷺ dan ketika itu Nabi bersabda kepadanya: Engkau menyerupai tubuh badanku dan akhlakku. Itu adalah ucapan yang baik dan baginda tidak mengingkari tindakan tersebut. Di dalam istilah mustolah hadith dipanggil ikrar. Dan Nabi ﷺ tidak senyap mengatakan haram ataupun makruh.

Bahkan beliau juga mengatakan harus menari ketika ditanya seorang yang hadir di dalam majlis beliau dengan jawabnya: Dibolehkan menari dengan dalil perlakuan orang habsyah menari di dalam masjid di hadapan Rasulullah ﷺ. Dan tarian mereka itu dengan wajd, menasyidkan syair adalah harus di hadapan Nabi ﷺ. (Imam Al-Suyuti, Kitab Al-Saif alQoti’. Syeikh Mahmoud Abi Al-Syamatt, Kitab Ilhamat Al-Ilahiyyat.)

Imam Khairuddin Al-Ramli

Ditanya kepada Al-Allamah Khairuddin tentang apa yang biasa dilakukan oleh orang-orang sufi di dalam majlis zikir mereka dengan menyaringkan suara di dalam masjid, melantunkan qasidah-qasidah dan selain itu dari perkara-perkara yang biasa mereka lakukan. Maka syeikh menjawab: Sesungguhnya semua perkara itu bergantung kepada niat masing-masing. (Kitab Haqiqat Al-Sufiyyah)

Imam Jalaluddin Al-Suyuti

Terdapat di dalam kitab Al-Hawi Lil Fatawa seperti berikut: Masalah: Terdapat jemaah sufi yang berkumpul di dalam majlis zikir, kemudian terdapat orang di dalam jemaah tersebut berdiri dan berzikir di dalam majlis, berterusanlah di dalam keadaan tersebut sehingga ada yang mendapat warid. Adakah pada orang tersebut boleh melakukan sama ada secara pilihan atau tidak? Adakah seorang yang melarang perkara tersebut?

Jawapan: Tidak dilarang ke atas orang itu terhadap perkara tersebut. Telah ditanya soalan yang sama kepada Syeikhul Islam Sirajuddin Al-Bulqini, maka beliau menjawab: Tidak dilarang ke atas orang itu terhadap perkara tersebut. Turut sama disoal perkara tersebut kepada Al-Allamah Burhanuddin Al-Anbasi, dan beliau menjawab seperti itu juga. Beliau juga menjawab sebahagian imam-imam mazhab hanafi, maliki semuanya telah menulis dengan masalah persoalan ini dengan bersetuju dan bukannya menyalahi. Aku berkata: bagaimana boleh mengingkari zikir dalam keadaan berdiri sedangkan berzikir dalam keadaan berdiri itu ada Allah ﷻ berfirman. (Al-Hawi Lil Fatawa)

Imam Al-Nawawi

Kitab Minhaj Al-Tholibin menyatakan: Tidak diharamkan tarian melainkan ianya terdapat melembutkan hati seperti yang dilakukan orang-orang yang beribadat.

Al-Ramli di dalam Nihayatul Muhtaj syarah kepada Minhaj: Tidak diharamkan dan tidak pula makruh, kerana ianya sekadar gerakan yang secara konsisten dan getaran seperti yang diikrarkan oleh Nabi ﷺ, tarian habsyah di dalam masjid Nabi pada hari raya. (Kitab Minhaj Al-Tholibin. Nihayatul Muhtaj syarah kepada Minhaj. Kitab Raudhotut Tholibin.)

Imam Al-Sanusi

Al-Imam menyatakan: Diambil secara mutawatir dari golongan sufi dahulu, kini, timur dan barat, yang mana mereka itu berhimpun mengingati Allah ﷻ, berdiri, manari dan tidak sampai kepada kami seorang pun dari ulama’ muktabar yang mengingkari mereka. Aku telah melihat di Fez di Zawiyah Siqqiliyyin satu jemaah yang mana mereka itu berzikir, menari dari solat asar pada hari jumaat sampai maghrib. Begitu juga cukup ramai ulama’ yang tidak mengingkari mereka sama sekali. Sampai juga kepada aku yang mana Tuan Guru kami iaitu Syeikh Al-Tawudi Bin Soudah menghadiri majlis mereka beberapa ketika. (Kitab Al-Futuhat Al-Ilahiyyah syarah kitab Al-Mabahis Al-Asliah)

Imam Al-Allamah Al-Kattani

Beliau telah menulis di dalam kitab beliau: berkata Qadi Iyadh: Padanya adalah sekuat-kuat dalil yang menyatakan harus menari, yang mana Nabi ﷺ mengikrarkan perbuatan mereka yang mana telah diambil daripada kitab-kitab sunan dan Al-Wansyirisi di dalam kitab Al-Mi’yar, dan beliau mengakuinya. Beliau juga berkata: Sesungguhnya tarian yang ditetapkan oleh golongan sufi bukanlah tujuan mereka ialah kelalaian, jauihilah mereka dari bertujuan dengan maksud kelalaian. Apa yang diingankan mereka ialah berhimpun untuk berzikir. (Kitab Al-Tartib Al-Idariyyah)

Imam Ibnu Abidin

Al-Imam menyatakan: Tiada pada kami perbahasan beserta dengan kejujuran terhadap tuan-tuan kami dari sufiyyah yang benar dari setiap perbuatan keji, maka telah ditanya imam Al-Thoifitaini Sayyiduna Junaid: Sesungguhnya ada kaum yang mereka itu mendapati wujd dan bergerak bergoyang-goyang? Beliau menjawab: Biarkan mereka bersama Allah ﷻ dan bergembira. (Kitab Majmuah Rasail Ibnu Abidin)

Artikel kiriman Syeikh Syahrul Rizal Sati & Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Al-Husna untuk The Patriots.

RUJUKAN:
Risalah Dalil-dalil Gerakan Ketika Zikir.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.