Bermula tahun ini iaitu 2023, pihak muzium British melaksanakan panggilan baru terhadap mumia-mumia yang dipamerkan dalam muzium mereka. Mereka tidak lagi memanggil dengan nama ‘mummy’, sebaliknya berikan panggilan yang tepat dan tidak secara rambang, seperti ‘mummified man’ atau ‘mumified woman’, di mana kedua-dua nama bermaksud mumia lelaki dan mumia wanita.

Kenapa pihak muzium British tidak lagi memanggil mumia dengan  gelaran ‘mummy’? Adakah mereka mula percaya tentang sumpahan mumia Mesir dalam wayang bersiri The Mummy?

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Sebenarnya, terdapat golongan dari pihak muzium yang tidak mahu memanggil mumia dengan nama ‘mummy’ seperti Jo Anderson, seorang pembantu penjaga Great North Museum bahagian arkeologi, dan Daniel Antoine, penjaga London’s British Museum yang bertugas di bahagian Egypt and Sudan. Ada sebab munasabah atas tindakan mereka mengharamkan penggunaan nama ‘mummy’.

Mereka menegaskan bahawa mumia-mumia yang telah dikenalpasti haruslah diberi nama dengan tepat, tidak sekadar panggil ‘mummy’ saja. Pengunjung percaya bahawa nama ‘mummy’ membawa maksud yang berbeza berbanding apa yang para saintis faham. Bagi pengunjung yang biasa menonton wayang aksi yang berlatarbelakang tamadun Mesir Kuno, pasti mereka percaya bahawa ‘mummy’ ialah nama bagi raksasa berupa mayat dililitkan oleh lilitan kain kafan.

Di sini para pengunjung percaya bahawa mumia yang dipamerkan ialah raksasa, bukan mayat yang telah dimumiakan. Untuk memastikan pengunjung tidak salah anggap, mumia yang telah dikenalpasti haruslah diberi nama sama ada ‘mumified man’ atau ‘mumified women’ agar pengunjung tahu bahawa mumia-mumia ini adalah mayat manusia dan mempunyai kehidupan lepas.

Jadi, penggunaan nama ‘mummy’ harus digunakan sebaiknya, apatah lagi jika mumia yang dipamerkan mempunyai jantina. Kiranya boleh saja pakai nama ‘mummy’ tapi pandai-pandailah guna supaya mumia-mumia tersebut dapat penghormatan. Masalahnya sekarang, golongan’bijak pandai’ atau woke sengaja menunggang isu ‘mummy’ ini sampai sanggup menyerang portal-portal akademik yang menyiarkan berita tentang mumia, acah-acah kononnya pembela mumia dari digelar nama ‘mummy’ yang dikira jelik. Padahal, isu ‘mummy’ hanya isu yang boleh dibicarakan tanpa sebarang kekecohan.

Isu ‘mummy’ ini terpakai dalam bahasa Inggeris saja, tidak terpakai dalam bahasa kita. Kita panggil mumia pun tiada masalah asalkan faham maksud mumia itu sendiri, melainkan ada golongan woke sengaja cari pasal nak tukarkan nama mumia.

______

Kami sediakan buku-buku menarik jika korang nak beli selain KITAB TAMADUN YAHUDI dan DUNIA TANPA TEMBOK COVER BARU. Korang boleh beli di sini untuk dapatkan diskaun-diskaun buku yang menarik: https://bit.ly/bukupatriots


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply