Dalam banyak-banyak makanan berdaging, keluarga lembu, kambing dan ikan air masin selalunya daging dia boleh dimakan mentah mentah. Ya, ini serius, bukan main-main lagi.

Rata-rata pakar diet dan saintis berpendapat daging ayam dan babi kena masak sepenuhnya baru boleh makan. Hal ini disebabkan oleh wujudnya mikrob merbahaya yang menjadikan daging haiwan tersebut sebagai habitat. Daging ayam ada bakteria Salmonella. Kuman ni yang buat orang sakit perut kalau makan ayam busuk, tak masak etc. Kalau pasal daging babi tu, ermm…tak payah cerita kot. Penuh dengan parasit.

Berbanding dengan ayam dan babi, bahagian yang penuh kuman pada lembu dan kambing hanya pada kawasan sekitar kulit dan perut. Lagi jauh daging lembu/kambing ni daripada kulit dan perut, lagi selamat daging mentah tu. Oleh sebab itu lah, kita selalu dihidangkan dengan aneka jenis pilihan masakan daging macam rare, medium rare dan well done. Daging yang dimasak ‘rare’ ni, walaupun nampak merah berdarah, sebenarnya masih halal dimakan sebab itu bukan darah. Itu ialah myoglobin, adik beradik sel darah merah tapi untuk otot. Myoglobin ni komponen otot, bukan darah.

Sekiranya daging lembu/kambing ni bersih, daging ikan air masin berkali ganda lagi bersih daripada daging daging tadi. Pertamanya, darah ikan tak beberapa kotor. Pernah tak anda terfikir, kenapa ikan tak perlu disembelih? Sebab faktor inilah. Sistem pendarahan ikan sangatlah tak efisien, hanya sesetengah darahnya sahaja yang ada oksigen.

Keduanya, ikan-ikan ni hidup di kawasan air masin, tempat di mana parasit memang takkan mampu hidup. Berbanding air laut, air tawar seperti sungai dan tasik lazimnya dipenuhi dengan parasit disebabkan kondisi yang kondusif untuk pembiakan parasit. Walau bagaimanapun, ini sahaja tak cukup. Kita semua tahu kadang-kadang ikan air masin ni pun ada cacing. Untuk itu, kita lihat cara penyimpanan daging ikan.

Dalam kebanyakan kes, daging ikan air masin ni disimpan secara deep freeze. Kita bekukan ikan ke tahap sejuk melampau (<-120 Celsius). Pada takat suhu rendah ni, parasit parasit memang akan mati. Malah, bakteria yang selalunya hanya akan ‘tidur’ pada suhu rendah juga akan mati sebab suhu tersebut menyebabkan struktur mereka menjadi kristal. Hal ini seterusnya menyebabkan sel bakteria itu pecah dan mati.

Walau bagaimanapun, ini tidaklah bermakna den suruh hangpa makan ikan pasar malam tu. Yang tu tak boleh makan mentah sebab dah terkontaminasi dengan pelbagai kotoran. Yang boleh makan terus ini selalunya yang terhidang untuk sashimi. Yang ni betul-betul deep freeze dan bersih.

Kesimpulannya, daging lembu, kambing dan ikan air masin deep freeze boleh dimakan mentah. Sekian


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.