Sebelum ini banyak syarikat telah berusaha menghasilkan daging lembu tanpa lembu. Ada yang berjaya dan ada yang kecundang. Terdapat juga yang telah menjual daging seumpama itu seperti menu KFC iaitu Zero Chicken Burger. Bagi kesemua syarikat ini, penghasilan daging tiruan adalah sangat penting untuk kemandirian manusia di masa hadapan.

Kenapa mereka berpendapat sebegitu rupa?

Bagi syarikat-syarikat ini penghasilan daging tiruan adalah penting untuk mengatasi kekurangan bekalan lembu dan ayam di masa hadapan. Ditambah lagi dengan iklim dunia tidak menentu, wabak penyakit dan populasi manusia semakin meningkat, bekalan daging yang begitu banyak memang sangat diperlukan. Jadi daging tiruan adalah adalah penyelesaian paling efisien.

Tapi jangan terkejut kerana bukan setakat lembu dan ayam sahaja yang miliki daging tiruan. Babi juga turut miliki daging tiruan sendiri. Sekejap ada ke syarikat yang cukup gila nak hasilkan daging babi tanpa babi? Jawapannya ada iaitu syarikat Impossible Foods adalah antara yang pertama menawarkan burger daging babi tanpa babi.

Burger babi tanpa babi

Persoalannya halal ke?

Boleh dikatakan daging babi tanpa babi adalah halal jika dilihat kepada cara penghasilannya. Daging babi tanpa babi dihasilkan sepenuhnya menggunakan tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya. Apa yang paling penting sekali adalah daging babi tanpa babi dicipta untuk memenuhi tuntutan halal bagi masyarakat Islam dan kosher bagi masyarakat Yahudi.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Jadi kalau daging babi tanpa babi dikomersialkan, kita sudah boleh makan babi lah.

Selain itu, daging babi tanpa babi dihasilkan adalah untuk memenuhi keperluan populasi manusia yang semakin meningkat. Sama sebagaimana daging tiruan lembu dan ayam, daging babi tanpa babi diharap dapat menjadi alternatif kepada babi yang semakin kurang diternak.

Walau bagaimanapun, penghasilan daging babi tanpa babi masih lagi dalam peringkat awal dan masih belum ingin lagi dipasarkan. Hal ini kerana pihak Impossible Foods perlu mendapatkan reaksi ataupun respon daripada pelbagai pihak untuk mengelakkan perkara tidak diingini pada masa hadapan.

Oleh sebab itu, pihak Impossible Food telah telah mempamerkan sampel burger babi tanpa babi di pameran Consumer Electronics Show di Las Vegas. Menurut pihak Impossible Food, rasa dan tekstur daging babi tanpa babi sama sahaja macam babi biasa.

Dari pameran inilah pihak Impossible Food cuba mendapatkan respon sebanyak mungkin daripada pengunjung. Tanpa disangka-sangka seorang wartawan muslim iaitu Abrar Al-Heeti daripada sebuah agensi media antarabangsa telah merasai sendiri burger daging babi tanpa babi. Menurut beliau, rasanya agak kenyal dan amat mirip dengan ayam.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Namun bagi seorang imam di California iaitu Mustafa Umar, dia tidak menggalakkan umat Islam menikmati daging babi tanpa babi biarpun dibuat 100% daripada tumbuh-tumbuhan. Di Malaysia pula menurut irsyad al-fatwa siri ke-390, daging babi tanpa babi adalah haram dimakan sebagai langkah untuk menutup jalan yang boleh membawa kepada galakkan mendekati produk berasaskan babi.

Kesimpulannya gunalah bahan halal untuk buat daging babi tanpa babi sekali pun, kita tetap tidak boleh makan. Tapi jika anda geram ataupun marah dengan kawan anda, bolehlah baling daging tersebut kepada dia.

RUJUKAN:

Nabbout, M. (2020, Januari 15). Halal pork? U.S. company launches plant-based, meatless pork product. Step Feed. Dipetik daripada https://stepfeed.com/halal-pork-u-s-company-launches-plant-based-meatless-pork-product-2862

Samuel, S. (2020, Januari 7). Impossible Foods’ new pork is 0% pig. That’s a big deal. Vox. Dipetik daripada https://www.vox.com/future-perfect/2020/1/7/21054910/impossible-pork-sausage-plant-based-meat


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply