Nama Daedalus mungkin asing bagi orang awam. Tetapi dalam kalangan komuniti sejarah, nama beliau amat bermakna bagi para cendekiawan dan saintis Yunani dan Rom. Di mata mereka, Daedalus ibarat Dr Stephen Hawking hari ini. Namun begitu, siapa lelaki ini yang menjadi sebutan dari Yunani hinggalah Turki pada zaman antikuiti?

Tidak banyak yang diketahui tentang Daedalus. Catatan terawal berkenaan beliau dijumpai pada satu tablet tanah liat yang dibuat pada 1380 SM di Knossos. Pengkaji arkeologi yang mengkaji tablet tersebut mendapati ia merujuk kepada senarai objek yang dijadikan sebagai bahan persembahan kepada kuil yang didedikasikan kepadanya. Selain itu, Daedalus turut disebut dalam Iliad yang dikarang Homer sebagai pencipta lantai tarian untuk puteri kerajaan Knossos, Ariadne.

Tetapi kisah sebenar beliau dan pencapaiannya hanya disebut dengan lebih terperinci dari abad kedua SM hingga abad kedua Masihi. Nama Daedalus mula muncul dalam hasil kerja penulis seperti Pseudo-Apollodorus, Diodorus Siculus, Virgil, Ovid, Pausanias dan Hyginus.

Daedalus banyak menghasilkan monumen-monumen kejuruteraan yang hebat seperti sistem kawalan banjir di Magaris, Sicily, Istana Knossos di Crete dan menara-menara berbentuk kon besar di Sardinia. Selain itu, beliau juga dianggap bapa ukiran patung kerana mampu menghasilkan patung yang mempunyai mata terbuka dan anggota badan yang dipisahkan daripada badan.

Dari segi peralatan pula, antara ciptaan Daedalus yang terkenal ialah tu.k.ul, penggerek, ka.p.ak dan gam. Tetapi mengikut sumber antikuiti, beliau juga dikenali kerana sifat cemburu yang kuat terhadap sesiapa saja yang dapat mengatasi bakatnya. Ini dibuktikan menerusi pembu.nu.han anak saudaranya sendiri oleh Daedalus di Athens selepas mendapat tahu dia berjaya menghasilkan ger.ga.ji dan kompas. Bimbang dipen.ja.rakan atas je.na.yah tersebut, beliau melarikan diri ke Crete.

Untuk menghasilkan monumen dan ciptaan yang mengagumkan ini, Daedalus memerlukan sokongan daripada golongan pemerintah yang berkuasa ketika itu. Tetapi apabila ciptaannya menimbulkan kemurkaan mereka, maka beliau terpaksa berkelana ke wilayah lain untuk menyelamatkan diri. Dan ini dapat dilihat dalam pelbagai mitos Yunani yang mempunyai hubungkait dengan Daedalus.

Semasa berada di Crete, penaung beliau pada ketika itu ialah Raja Minos dan isterinya, Permaisuri Pasiphae. Pada satu ketika, Minos terlupa mempersembahkan ko.rb.an lembu Crete untuk Dewa Poseidon. Murka dengan kelalaian baginda, Poseidon menyumpah isterinya jadi berahi setiap kali melihat lembu jantan Crete.

Rajah 1: Ilustarsi Raja Minos oleh Gustave Dore dalam buku Inferno yang dikarang Dante Alighieri.

Takut dengan apa yang berlaku, Minos berusaha mengelakkan isterinya daripada terkena sumpahan Poseidon. Lantas, Pasiphae merayu kepada Daedalus untuk menghasilkan lembu kayu yang realistik untuk memuaskan keinginannya itu. Lembu kayu yang disaluti dengan kulit lembu sebenar kelihatan hidup sehingga dapat memperdayakan isteri Minos untuk mengadakan hubungan kelamin dengan ciptaan beliau.

Rajah 2: Fresko Daedalus dan lembu kayu ciptaannya yang ditunjukkan kepada Pasiphae di House of the Vettii, Pompeii.

Apa yang ditakuti baginda akhirnya menjadi kenyataan. Apabila Pasiphae mengandung dan melahirkan anak, anak tersebut merupakan separuh manusia, separuh lembu yang dikenali sebagai Minotaur. Daedalus kemudiannya diperintah membina laluan berselirat Knossos sebagai tempat tinggal Minotaur. Setiap tahun, tujuh orang lelaki muda dan anak dara akan dibawa ke situ dari Athens sebagai ko.rb.an manusia untuk raksasa berkenaan.

Pada suatu hari, Daedalus ditanya oleh Ariadne cara untuk keluar dari laluan berselirat tersebut. Ini selepas baginda jatuh hati dengan Theseus yang menjadi sebahagian daripada kumpulan terbaru yang dihantar ke situ. Beliau menawarkan diri untuk membu.n.uh Minotaur sebagai cara membebaskan Athens daripada cengkaman Crete.

Rajah 3: Ukiran Theseus melawan Minotaur oleh Jean-Etienne Ramey

Lantas, Daedalus memberitahu cara terbaik untuk keluar ialah dengan mengikut kembali benang yang diikat pada tangan Theseus. Dari situ, Ariadne membekalkan sebilah pe.da.ng untuk pahlawan itu membu.nu.h Minotaur sebelum melepaskan diri dengan cara yang dicadangkannya. Bagaimanapun, kisah cinta puteri Minos itu dengan Theseus mu.sn.ah apabila beliau memilih meninggalkannya di Naxos selepas meninggalkan Crete.

Murka dengan apa yang berlaku, Minos mengarahkan Daedalus dan puteranya, Icarus dipen.ja.rakan. Tidak mahu diperlakukan sebegitu rupa, beliau menghasilkan alat terbang (berkemungkinan alat peluncur) yang disalut dengan lilin. Ini merupakan satu-satunya cara untuk mereka melepaskan diri selepas Minos mengawal laluan darat dan laut sekitar Crete.

Mereka berjaya terbang dari Crete tetapi di sinilah tragedi berlaku. Sebelum terbang, Daedalus mengingatkan Icarus agar tidak terbang terlalu tinggi agar ia tidak menggugat keutuhan sayap alat terbang mereka. Kesilapan puteranya yang terbang terlalu tinggi mengakibatkan sayap yang digunakan mu.sn.ah dan Icarus jatuh ke dalam laut dan ma.ti lemas.

Rajah 4: Daedalus dan Icarus oleh Charles Le Brun

Ironi di sebalik semua ini ialah roh anak saudara Daedalus dalam seekor burung merpati mengetawakannya semasa mengebumikan Icarus. Tragedi kejatuhan dan kema.ti.annya dianggap hukuman balas atas apa yang dilakukan Daedalus sebelum ini terhadap anak saudaranya. Kini, pulau yang dikatakan menjadi lokasi kubur Icarus kini dikenali sebagai Icaria.

Dari situ, Daedalus berangkat ke Sicily dan memohon perlindungan Raja Cocalus daripada an.ca.man Raja Minos. Sedar bahawa lelaki yang meminta perlindungan ini ialah arkitek dan cendekiawan pilihan pemerintah Knossos itu, baginda bersetuju untuk berbuat demikian. Selain menghasilkan sistem kawalan banjir di Magaris, Daedalus turut bertanggungjawab mereka pelan pembangunan Akragas.

Walaupun beliau kini jauh daripada gangguan Minos, itu tidak bermakna baginda melupakan de.nd.amnya atas apa yang berlaku. Baginya, Daedalus telah banyak melakukan kesalahan seperti membenarkan isterinya mengawan dengan lembu dan membantu Theseus membu.n.uh Minotaur. Satu-satunya cara de.nd.am ini akan terlerai ialah kepala beliau dibawa sebagai persembahan kepada baginda.

Ini mendorong Minos membuat satu teka-teki rumit dengan tujuan menarik perhatian Daedalus. Teka-teki tersebut ialah bagaimana hendak memasukkan benang dalam cangkerang siput kon. Baginda yakin satu-satunya orang yang dapat menyelesaikannya ialah Daedalus.

Dan seperti dijangka, beliau menyelesaikannya dengan cara mengikat benang halus pada seekor semut. Dari situ, madu diletakkan pada cangkerang siput kon. Semut yang diikat pada benang halus akan berjalan mencari madu mengikut lubang-lubang pada cangkerang. Kemudian, benang linen akan dimasukkan pada lubang mengikut benang halus sebelum ia diikat. Jawapan Daedalus mendedahkan lokasinya kepada Minos: Sicily.

Lantas, Minos berangkat ke Sicily dengan tujuan berunding dengan Cocalus dan mendapatkan orang buruannya itu. Setibanya di istana, baginda dipujuk oleh pemerintah Sicily itu untuk bersiram sebelum menghadapnya. Hakikatnya, ia sebenarnya helah Cocalus untuk mengha.pu.skan duri dalam daging kepada negara kotanya sejak dari awal lagi.

Tatkala Minos enak bersiram, peluang tersebut dimanfaatkan oleh puteri-puteri Cocalus dengan mencurahkan air panas mendidih atau mengikut versi lain, minyak panas ke atas baginda. Akibatnya, pemerintah Knossos itu mangkat di tempat persiramannya sekaligus menamatkan dominasi Crete ke atas negara-negara kota Yunani lain. Ten.te.ra-ten.te.ra Minos yang kehilangan ketua mereka berpecah dengan sebahagiannya memilih menetap sekitar Sicily dan Itali.

Pembu.nu.han baginda di tangan puteri-puteri Cocalus turut menjelaskan kemungkinan punca pengakhiran peradaban Minoan. Pengkaji arkeologi tahu tidak lama selepas kejatuhan tamadun tersebut, kerajaan Mycenaean menakluk Crete pada abad ke-16 SM dan muncul sebagai kuasa baru Laut Aegean.

Pada tahun-tahun terakhirnya, Daedalus memilih untuk menetap di satu koloni Crete bernama Telmessos (kini Fethiye, Turki). Walaupun merupakan sebahagian daripada koloni Crete, pemerintahnya Sarpedon memusuhi Minos sekaligus bersimpati dengan nasib beliau. Daedalus tinggal di situ sehinggalah beliau meninggal dunia akibat patukan ular berbisa.

Di kawasan yang menempatkan kuburnya, sebuah bandar dibangunkan dan diberi nama Daidala. Kota tersebut kemudiannya berkembang berikutan ia terletak di dua wilayah penting iaitu Caria dan Lycia. Menariknya, nama Daidala turut disebut oleh beberapa penulis Rom.

RUJUKAN

Wilson, M. (2021, 10 November). The mythical genius of Daidalos, the first polymath. History Extra.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.