20 tahun dulu, formula drama Korea sama macam drama pukul 7 kita. Kahwin paksa, jatuh cinta dalam benci, terus jadi pasangan sehati sejiwa. Tetapi sekarang, Korea meninggalkan kita beratus tapak di hadapan dengan drama-drama Thriller mereka!

Sebelum aku mengulas lebih dalam, sebab kami kat The Patriots ada impian nak lihat naskah Thriller sama power macam drama-drama Korea ni, kami pun lancarkan novel Psikopat Nirwajah. Sebabnya kalau nak buat drama Thriller, kita ada bahan berkualiti! Boleh order: https://shp.ee/47yzq2k

Drama Thriller yang aku rasa power dalam list ni ialah cerita Tunnel. Drama ni bermain dengan siasatan kes jenayah dua zaman yang berbeza. Ceritanya inspektor polis ni tercampak ke masa depan, dan dapati kes pemb.unu.han bersiri yang dia cuba setel 20 tahun masih berleluasa.

Dalam drama ni, korang boleh nampak yang bagaimana kemajuan teknologi forensik sangat-sangat membantu Polis membantera jenayah. Perbezaan dua zaman juga memerlukan gaya siasatan yang berbeza. Dan watak utamanya berjaya adaptasikan perubahan zaman ini!

Tak ketinggalan juga tema-tema seperti kasih sayang seorang suami pada isterinya, kasih sayang seorang ayah pada anaknya, semuanya diadun dengan sangat kemas sampai buatkan kau mungkin menitik air mata. Tak terhad pada kau rasa thrill nak tahu siapa serial k.ill.er dia jer tau.

Atau mungkin korang boleh try cerita bertajuk Signal ni. Masih bermain dengan “time travel”. Tapi konsep kali ni ialah dua orang dari dua zaman cuba selesaikan kes-kes jenayah yang masih belum diselesaikan dalam tempoh tertentu.

Sebuah pasukan yang ditugaskan untuk menyelesaikan kes-kes yang dah ditutup kerana tak dapat diselesaikan kerana kekurangan bukti, berjaya menghubungi inspektor polis yang hidup pada 20 tahun yang lalu ketika kes tersebut masih aktif. Bayangkan betapa thrillnya dua polis dari dua zaman selesaikan kes!

Macam mana dia hubungi? Melalui walki-talkie. Tapi bukan pada semua jangka masa, Biasanya walkie-talkie ajaib ni berfungsi apabila mereka terima kes tertentu. Walkie-talkie ni akan hubungkan mereka pada timeline di mana kes bermula, dan mesti ada kaitan dengan satu polis ni.

Dan kalau korang suka dengan watak Daredevil yang ada pendengaran yang power, mungkin korang suka dengan The Voice. Pasal seorang perempuan ni dia kerja untuk channel 911 emergency Korea.

Dia ada kebolehan ala-ala superhero mampu mendengar sesuatu yang telinga manusia tak mampu dengar. Dia dapat detect bunyi-bunyi tertentu ialah bunyi apa. Bunyi lampu, bunyi ekslator, bunyi kasu tinggi. Sampai satu level, bunyi kereta tertentu pun dia tahu dari jenama apa!

Dan dia pun gunakan kelebihan dia untuk kalahkan dan tumpaskan jenayah diseluruh Korea. Kerana kelebihan dia, dia tubuhkan satu pasukan khas untuk selesaikan jenayah. Dalam masa yang sama, dia nak buru pemb.unu.h bersiri yang bu.nu.h ayah dia merupakan polis juga.

Atau kalau korang jenis peminat drama Thriller Supernatural, mungkin cerita Dark ni pilihan hati korang. Punyalah power cerita Dark ni, Malaysia pun buat versi kita lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha. Bolehlah tahan, tapi of course versi Korea lagi power.

Ceritanya tentang seorang gadis yang boleh melihat bayang-bayang hitam ‘grim reaper’ yang nak mencabut nyawa manusia. Dalam erti kata yang lain, Kang Ha Ram (dah nama dia macam tu) boleh tahu bila seseorang tu akan m.ati dan bagaimana orang tu m.ati.

Ada elemen cerita ni yang disturbing, yang ‘mengganggu’… yang aku rasa tak approriate… yang gelap, yang… Black. Apa elemen tu? Elemen bu.nu.h diri! Dari episod 1 sampailah episod 18, ada sahaja elemen bu.nu.h diri yang ditonjolkan.

Ada yang cuba bu.nu.h diri… dan berjaya m.ati.
Ada yang cuba bu.n.uh diri… tapi tak m.ati.
Ada yang nak bu.n.uh diri… tapi tak jadi.
Ada yang nak kena b.un.uh tapi plan bagi nampak macam bu.nu.h diri… nasib baik tak m.ati.
Ada yang memang kena b.un.uh dan bagi nampak macam bu.n.uh diri.

Cerita ni cukup membedah culture s.uici.de ni memang menebal dalam masyarakat Korea Selatan. Penyakit sosial yang dah sebati dan menjadi kebiasaan masyarakat di sini. Sebab apa aku kata begitu?

Sebab kalau dah hampir setiap episod ada elemen b.unu.h diri, itu maknanya cara menamatkan riwayat hidup seperti ini adalah suatu kebiasaan dan ‘diterima’ sebagai norma kehidupan masyarakat di negara itu… how sad!

Dan 4 ini ialah drama thriller power yang korang boleh layan. Dan aku sebenarnya rindukan drama Malaysia, drama Thriller kita sama level. Betapa hampir tiada karya Thriller yang power di Malaysia, sampai kita nak buat drama Thriller kita pun kena cedok dari luar!

Sebab tu macam aku tegaskan, dengan kelahiran novel keempat The Patriots bawah label Mahakarya, kami berharap yang bertambah satu lagi naskah Thriller terbaik dalam industri. Bolehlah penerbit tak payah berlumba-lumba cari karya luar nak adaptasi dah, cari novel-novel kita jer!

Maka berlakulah adegan pemburuan Langsuir ke atas Bayan, dan tersepitnya ialah pasukan polis di tengah-tengah antara kes pemb.unu.han Langsuir dan Bayan. Setakat ni novel ni catat rekod 100 unit terjual dalam 24 jam! Kalau berminat jom ke Shopee: https://shp.ee/47yzq2k

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.