Dalam buku terbitan kami, The Human’s Complex, kami mengetengahkan fenomena “sumpahan pengetahuan” (curse of knowledge) — bias kognitif yang mana kita beranggapan orang lain tahu apa yang kita tahu.

Kita tidak dapat nak berimaginasi atau berfikir orang kebanyakan tidak mengetahuinya tentang suatu perkara tersebut.

Bias ini biasanya ada pada orang yang mempunyai pengetahuan spesifik yang secara puratanya orang awam tidak tahu.

Saya dari bidang sains pernah mengalami bias ini. Saya fikir ramai saintis ada bias ini. Atas sebab ini yang menyebabkan sains kadangkala begitu sukar untuk sampai ke orang awam.

Saya pernah berhadapan dengan orang yang berpengetahuan tinggi dalam bidang kewangan. Apabila saya minta mereka menjelaskan kepada saya sesuatu, mereka terus melompat ke situ ke sini sampai saya jadi tak faham.

Mereka buat begitu sebab mereka anggap saya mempunyai kefahaman kewangan seperti mereka.

Jadi, dalam isu wartawan & doktor baru² ini, saya fikir doktor perlu menyantuni juga para wartawan kerana kita kena terima hakikat bahawa mereka tidak faham seperti yang kita faham.

Bila minta mereka “fikir logik”, ia sukar sebab logik dah tak sama, pengetahuan berbeza.

“Takkan itu pun tak boleh fikir?”

Hakikatnya begitulah, memang tak boleh fikir dengan logik yang sama kerana keterbatasan pengetahuan. Orang awam tidak mempunyai kefahaman yang sama seperti pakar.

Saya rasa marah juga apabila setiap kali gerhana orang main telur dan penyapu berdiri. Radiasi telefon berbahaya dan sebagainya.

Kalau fikir logik dari saya yang ada latar belakang sains, saya akan fikir mereka tak ada “common sense” ke apa? Tak boleh fikir logik ke apa?

Tapi saya kena terima hakikat mereka bukan tidak boleh fikir logik, atau tak ada “common sense”. Tapi “common sense” dan logik kita tak sama. Kefahaman pun tak sama.

Kalau kita anggap mereka sama “sense” dengan kita, maka kita bias la sebenarnya. Kita ada sumpahan ini. Dan kita boleh elakkan hal itu.

Dan ya, pihak media pun ada kesilapan juga seperti penggunaan tajuk yang tak kena dengan isi kandungan dan sesi wawancara yang seterusnya mengundang polemik dan kekeliruan. Media mempunyai rekod buruk dalam membawa cerita sehingga menimbulkan kemuakan dalam kalangan pakar.

Apa-apa pun kita boleh ubah semua ini untuk menjadi masyarakat yang lebih baik. Insya-Allah.

Buku ini akan membawa kita menyelami logik di sebalik minda dan kelakuan manusia melalui pelbagai eksperimen saintifik yang pernah dijalankan.

Boleh beli secara talian pada pautan berikut;
https://www.thepatriots.store/store/books/the-humans-complex/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.