Jika anda biasa menonton filem-filem animasi lama, bila sesebuah pasangan itu serasi dan suka sama suka., mereka akan dipa.n.ah oleh dewa asmara atau Cupid. Dewa asmara ini ditampilkan dalam bentuk kanak-kanak lelaki, lengkap dengan sayap, busur dan anak pa.n.ah cinta. Tetapi tidak ramai tahu Cupid sebenarnya gambaran baru era Victoria kepada Eros, dewa cinta Yunani.

Asal-usul Eros berbeza mengikut cerita mana yang dikaji oleh pengkaji sejarah. Penulis Yunani Hesiod mengatakan Eros merupakan antara dewa-dewi yang keluar dari telur-telur penciptaan dunia. Ada pula mengatakan Eros anak kepada dua dewa sama ada Nyx dan Erebus, Ares/Zeus dan Aphrodite atau Iris dan Zephyrus. Jika ada mempercayai Zeus dan Aphrodite sebagai bapa Eros, ini menjadikan Zeus bukan saja sebagai bapa tetapi sebagai datuknya.

Mengikut mitologi Rom dan Yunani, Eros bertanggungjawab mencetuskan rasa cinta atau mengelak perasaan itu menerusi anak pa.n.ah emas atau timah. Sasarannya tidak mengira sesiapa baik manusia mahupun dewa-dewi yang seangkatan dengannya.

Buktinya, satu kisah Yunani dan Rom mendedahkan pada satu ketika Eros mema.n.ah pa.n.ah emas kepada dewa mema.n.ah dan matahari Yunani Apollo. Ini mengakibatkan Apollo jatuh cinta kepada Daphne sampai ke tahap gila bayang. Bagaimanapun, Eros menja.ha.namkan usaha Apollo dengan melancarkan anak pa.n.ah timah kepada Daphne sekaligus mendorongnya menolak cinta Apollo.

Rajah 1: Ukiran Apollo dan Daphne oleh Gian Lorenzo Bernini.

Dalam satu kisah yang lain, bonda Eros, Aphrodite amat cemburu dengan kecantikan seorang wanita bernama Psyche. Lalu dia meminta puteranya itu berusaha memastikan wanita itu jatuh cinta dengan raksasa sebagai balasan kerana cuba menyaingi kecantikan dewi Yunani. Tetapi perkara sebaliknya berlaku, Eros pula jatuh cinta dengan Psyche!

Rajah 2: Eros dan Psyche

Kedua-duanya dilamun asmara sehingga memutuskan untuk berkahwin. Tetapi Eros menetapkan syarat kepada Psyche bahawa dia tidak boleh menatap wajahnya dalam apa jua keadaan. Tetapi rasa ingin tahunya mengatasi kepatuhan Psyche kepada suaminya sekaligus menyaksikan dia melanggar janji yang dimeterai atas nama cinta mereka.

Berang dengan apa yang berlaku, Eros memilih meninggalkannya. Namun begitu, Psyche memilih mencarinya di merata tempat sehinggalah kembali bersatu dengan suami tercinta. Sebagai ganjaran kerana setia mengejar cintanya, Eros memilih menawarkan keabadian bagi membolehkan isterinya itu hidup bersamanya.

Selepas era Yunani, Eros sentiasa digambarkan sebagai kanak-kanak lelaki yang nakal tetapi suka bermain. Disebabkan kaitannya dengan cinta dan kasih sayang, orang-orang pada era Victoria menggunakan motif ini pada kad-kad sambutan Hari Kekasih/Valentine. Dan imej tersebut terus kekal sehingga hari ini.

RUJUKAN:

Schumm, Laura. (2021). Who Is Cupid?. History.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.