Kumpulan pel4mpau dari kalangan etnik Armenia yang gagal mendapatkan hasil yang diinginkan dari usaha tunjuk perasaan mereka di Istanbul pada tahun 1895 dan 1896 berusaha menarik perhatian kuasa besar dengan cubaan membvnuh Sultan Abdülhamid II dan melancarkan protes besar-besaran, mereka boleh dikatakan berjaya mencapai matlamat mereka kerana walaupun ser4ngan itu gagal, ia telah melemahkan Empayar Uthmaniyah.

Sebelum ser4ngan itu berlaku, keputusan dibuat secara bersama untuk memulakan kegiatan secara intensif di Istanbul dan İzmir dalam kongres Dashnaksutyun yang dilakukan di Sofia pada Januari 1904.

Menurut perancangan ini, Sultan akan dibvnuh dan kemudian pusat pemerintahan, Jambatan Galata, terowong-terowong, Bank Uthmaniyah, kedutaan asing dan beberapa institusi swasta dan kerajaan yang lain akan diletvpkan. Oleh itu, rvsuhan dan rev0lusi yang besar akan tercipta dan Istanbul akan bermandi d4rah dan api dan kemudian campur tangan negara-negara Eropah akan terjamin.

Pejuang Armenia memulakan persiapan berdasarkan keputusan ini. Peranan yang paling ketara di kalangan penceroboh dimainkan oleh seorang aktivis Armenia Rusia, Samuel Fain (Kristafor Mikaelyan), anak perempuannya Robina Fain, dan Lipa Rips (Konstantin Kabulyan). Mereka menjalin hubungan dengan Edward Jorris dari Belgium yang berpegang kepada semangat anarkis.

Pemandangan di sekitar Masjid Yıldız semasa era Uthmaniyah

Para penyer4ng mula mengikuti gerak geri Abdülhamid II. Mereka memutuskan tindakan akan diambil pada hari Jumaat ketika Sultan berangkat ke Masjid Yıldız dan upacara rasmi yang diadakan dilihat sebagai waktu yang paling sesuai untuk memulakan aksi tersebut.

Menurut perancang mereka, kedatangan Sultan ke keretanya dan pergerakannya setelah solat mengambil masa 1 minit 42 saat. Mengenai rencana yang mereka buat dalam kerangka ini, sebuah kereta kuda di mana b0m jangka ditempatkan akan dibawa berhampiran masjid dan b0m akan meletvp ketika Sultan melalui tempat itu.

Penyer4ng Armenia datang ke Masjid Yıldız dengan kereta kuda yang sama pada 21 Julai 1905 hari Jumaat seperti yang mereka rancangkan. Setelah solat selesai, mereka mengaktifkan b0m jangka tersebut. Namun, di akhir solat, Sheikh ul-Islam Uthmaniyah, Cemaleddin Efendi datang menghadap Sultan. Mereka menghabiskan masa dengan perbualan pendek.

Sementara itu, sebelum sempat Sultan masuk ke dalam kereta, b0m jangka yang sudah sedia diaktifkan, meletvp sehingga menimbulkan bunyi yang sangat kuat di luar masjid. Sultan, yang secara kebetulan disapa oleh Sheikh ul-Islam untuk beberapa minit sebelum itu terselamat dari cubaan bvnuh itu. Namun, ramai orang di sekitar kereta sorong yang meletvp itu terk0rban dan cedera. Sekitar 40 orang dilaporkan telah terbvnuh.

Menurut kenyataan Tahsin Bey, Setiausaha Pertama Istana, Sultan menunjukkan contoh keberanian yang hebat (Tahsin Pasha 1990, hlm. 158). Abdulhamid II berteriak, “Jangan takut, jangan takut” untuk menenangkan orang ramai yang sedang panik. Mereka yang melihat keadaan Sultan yang begitu tenang, antaranya tenter4 dan pegawai segera kembali ke tempat mereka.

Sultan masuk ke dalam keretanya sambil berkata, “Jangan risau. Jangan biarkan sesiapa turut tercedera.“  Dia mengambil tongkat di tangannya.  Dia mula melalui jalan curam dengan menggunakan kereta lebih perlahan daripada sebelumnya. Sementara itu, duta besar Austria menjerit “Vive le Sultan – Padisah çok yasa! (panjang umur Sultan)”. (Osmanoğlu 1986, hlm. 59).

Sultan Abdülhamid II

Cubaan bvnuh ini yang dirancang oleh kumpulan politik Armenia terhadap Sultan Abdülhamid II diumumkan di surat khabar pada hari berikutnya (Tercüman-I Hakikat, 19 Cemaziyelevvel 1323).  Sementara itu, reaksi datang dari dalam dan luar negara. Ramai warga Uthmaniyah mengecam ser4ngan terhadap Sultan. Semua raja dan presiden pada masa itu mengirim telegraf dengan ucapan selamat terhadap istana dan menyatakan bahawa mereka mengecam peristiwa itu.

Laporan pertama mengenai ser4ngan itu dibuat oleh Komander Polis Beşiktaş. Menurut laporan ini, 26 orang, empat daripadanya adalah wartawan dan tiga daripadanya adalah tenter4, terk0rban dalam ser4ngan itu dan 56 orang cedera ringan atau parah. Juga kira-kira 20 ekor haiwan telah m4ti dan banyak kereta mvsnah. Angka k0rban meningkat kepada 40 orang terbvnuh dalam laporan terakhir. Dalam ser4ngan itu, b0m yang dikenali sebagai “Machine Enfernal” dengan sejumlah 80 kilogram bahan letvpan digunakan.

Siasatan menyeluruh dilakukan oleh suruhanjaya yang dibentuk di bawah kepimpinan Necip Melhame Pasha. Semasa siasatan sedang berlangsung, kepingan getah yang ditemui di bukit Yıldız menjadi petunjuk yang penting. Kereta sorong dengan bahan getah jarang digunakan di Istanbul. Apabila nombor 11123 dan tulisan Neseldorfer dikesan dalam bangkai kereta yang meletvp, ia didapati dibuat di sebuah kilang di Vienna.

Kemudian, perjalanan peristiwa itu didedahkan dengan bukti yang ditemui satu demi satu. Sementara itu, Edward Jorris dan beberapa suspek dari kalangan pemimpin masyarakat setempat ditangkap dan ada yang dikira sebagai ketua berjaya melarikan diri ke luar negara. Kenyataan Edward Jorris cukup berguna dalam mendedahkan dalang di sebalik kejadian itu.

Sebelum Solat Jumaat, orang ramai biasa menghadiri perbarisan awam menyambut ketibaan Sultan

Menurut hasil siasatan, perkembangan ser4ngan itu berlaku seperti ini: Pejuang rev0lusioner Armenia bertindak setelah membuat keputusan untuk melaksanakan rancangan itu di Sofia. Seorang pejuang g3rila bernama Kendiryan berhubung dengan seorang anarkis Belgium, Edward Jorris yang merupakan salah seorang kakitangan di kilang Singer. Jorris tidak tahu menahu mengenai apa yang dituntut oleh orang Armenia. Namun, mereka boleh bergaul dengan baik kerana mereka berdua memiliki semangat anarkis yang sama.

Mereka mencapai kata sepakat dalam rancangan pembvnuhan terhadap Sultan Uthmaniyah. Kendiryan memperkenalkan anggota gerila yang lain iaitu Samuel Fain, anak perempuannya Robina Fain, dan Lipa Rips kepada Jorris. Mereka membincangkan rancangan pembvnuhan itu dari waktu malam hingga pagi di sebuah rumah yang mereka sewa di Istanbul.

Ketika kaedah ser4ngan diputuskan, pertama sekali isu kereta kuda perlu diselesaikan. Seorang wanita bernama Mari Zayn datang ke sebuah kilang kereta pada bulan April 1905 dan memilih phaeton dengan contoh gaya yang ditunjukkannya. Kemudian seseorang yang bernama Silviyo Ricci (Köse Aristidi) memesan kereta ini.

Kereta yang dihantar ke Istanbul dikeluarkan dari pemeriksaan kastam dengan bantuan orang yang dikenali sebagai Mateo dan Mihal dan disimpan di dalam gudang di Şişli, seperti yang dipilih oleh Silviyo Ricci sebelum itu. Dua individu bernama Mıgırdıç dan Yervant mula menjaga kereta dan kuda di sini.

Dalam perkembangan lain, Lipa Rips, yang tinggal di sebuah rumah di Beyoğlu, menyewa sebuah kereta dari seorang pembawa chariot bernama Vafyadis. Mıgırdıç berlegar-legar di jalanan Istanbul dengan kenderaan ini selama 10 hari dan menghafal laluan-laluan yang digunakan.

Dengan surat kebenaran palsu yang mereka dapatkan dari konsulat Rusia, mereka berkali-kali memasuki perbarisan awam pada setiap hari Jumaat untuk mengatur agenda bagaimana mereka boleh membvnuh Sultan dari tempat yang diperuntukkan bagi orang asing.

Gambaran semasa letvpan berlaku

Dengan cara ini, setiap pergerakan Sultan Abdülhamid II diperhatikan dengan begitu teliti.  Mereka telah mengenalpasti berapa lama tempoh yang diperlukan Sultan untuk masuk ke dalam keretanya setelah dia meninggalkan masjid.

Selepas itu, b0m yang akan digunakan dalam ser4ngan itu dibeli dari Paris. B0m itu dibawa ke Istanbul melalui Varna dan Athens dalam bentuk beberapa pecahan yang diasingkan dan diterima oleh Silviyo Ricci. Menurut kenyataan Jorris, kos bagi pembelian kereta kuda dan b0m yang dibelanjakan untuk rancangan pembvnuhan ini adalah sekitar 300 franc. Wang ini kebanyakannya dikirim dari orang Armenia di Amerika, Rusia, dan Bulgaria.

Pada 21 Julai 1905 ketika ser4ngan akan berlaku, roda kereta ditutup dengan bahan getah untuk mengelakkan getaran, dan kereta yang kemudian dinaiki oleh Mademoiselle (gelaran wanita bangsawan Perancis yang setara dengan “Cik”) itu mempunyai b0m seberat 80 kilogram dibawa ke Masjid Yıldız. Lipa Rips dan Robbina yang membawa kereta itu keluar dan menaiki kereta lain.

Semuanya dilaksanakan seperti yang dirancang sebelumnya. B0m jangka yang dipasang pada kereta itu diatur mengikut berapa lama tempoh yang akan diambil Sultan untuk meninggalkan masjid dan masuk ke dalam keretanya.

Bagaimanapun, Abdülhamid II diganggu oleh Sheikh-ul Islam selepas solat, tidak seperti selalu.  Pada waktu itulah, b0m jangka yang dipasang itu telah meletvp dengan bunyi yang kuat di luar masjid (untuk rekod siasatan, Attantat 1905). Oleh itu pembvnuhan itu tidak berjaya.  Semua rancangan anarkis Armenia menjadi sia-sia.

Edward Jorris, yang merupakan antara perancang pembvnuhan itu, dihadapkan ke mahkamah setelah siasatan selesai. Oleh kerana dia telah mengaku bersalah, sudah pasti dia akan dijatuhkan hvkuman m4ti. Sehari sebelum keputusan pengadilan, perkembangan yang tidak dijangka berlaku pada 17 Disember 1905.

Duta Besar Belgium ke Istabul mengemukakan permohonan kepada Empayar Uthmaniyyah dan memberitahu bahawa dia akan meminta suspek dipulangkan kepadanya dengan merujuk kepada perjanjian pada 3 Ogos 1838.

Menurut Duta Besar Belgium itu, semenjak penangkapan itu, kerajaannya telah menyediakan segala macam kemudahan serta memberi kerjasama, dan apabila keputusan siasatan mula membuahkan hasilnya, tidak ada keperluan lagi untuk menyimpan suspek di negara Uthmaniyah.

Sekiranya Jorris disabitkan kesalahan, dia seharusnya diserahkan kepada kerajaan Belgium untuk dilaksanakan hvkumannya.

 

Mereka yang terlibat dalam ser4ngan

Keesokan harinya Edward Jorris dijatuhkan hvkuman m4ti. Duta itu membuat permohonan sekali lagi kepada pemerintah Uthmaniyah pada 19 Ogos dan mendesak agar Jorris diserahkan kepada Belgium untuk menerima hvkumannya di Belgium seperti yang dituntutnya sebelum itu. Empayar Uthmaniyah menyatakan bahawa perjanjian pada 3 Ogos 1838 tidak memberikan hak seperti itu kepada Belgium dan menolak permintaan tersebut.  Pemerintah Uthmaniyah menjelaskan alasan penolakan sebagai berikut:

“Dalam perjanjian pada 3 Ogos 1838, sebagaimana tidak ada alasan khusus untuk memberikan hak perundangan yang lebih luas kepada kerajaan Belgium berbanding negara-negara asing lainnya, Mahkamah Agung tidak berhasrat untuk mengiktiraf pengecualian semacam itu. Hak yang diberikan kepada orang asing lain pada masa itu sama saja seperti yang diberikan kepada orang Belgium. Atas sebab ini, adalah mustahil untuk Belgium memiliki hak istimewa terhadap warganya sendiri dalam kes pembvnuhan. Pada asasnya amalan yang harus dilakukan dalam situasi seperti ini telah dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian Empayar Uthmaniyah dengan British dan Perancis pada tahun 1673 dan 1740. Menurutnya, seorang pegawai konsulat boleh hadir dalam perbicaraan kes pembvnuhan atau kesalahan di mana orang asing dan warga Uthmaniyah terlibat.

Walau bagaimanapun, badan pengadilan Uthmaniyah adalah satu-satunya pihak yang berkuasa dalam penghakiman dan keputusan. Artikel-artikel ini yang cukup jelas tidak memerlukan penjelasan lebih lanjut. Perjanjian 1838 dengan Belgium dilakukan dalam konteks hak yang diberikan kepada British dan Perancis. Amalan ini berterusan selama 65 tahun. Kerajaan Belgium harus membuat kajian yang baik mengenai isu-isu ini.  Kami juga menyesali sikap pemerintah Belgium dalam masalah seperti ini yang sangat berkaitan dengan ketenter4man awam dan keamanan negara dan ser4ngan yang menimbulkan kebencian di antara negara Uthmaniyyah dan negara-negara asing.”

 

Keratan akhbar berbahasa Inggeris

Pandangan pemerintah Belgium adalah seperti berikut:

“Hak-hak yang diberikan dengan jangkaan ia dilaksanakan dengan cara yang lebih luas dalam praktik ini. Sebagai contoh, perjanjian dengan Amerika pada tahun 1830 dan dengan Belgium pada tahun 1838 merupakan amalan yang benar-benar diterima. Apabila perjanjian telah ditandatangani, sebagaimana yang dimaklumkan pesuruhjaya kami kepada pemerintah Belgium, tidak ada wakil Uthmaniyah yang menentang teks Perancis yang memberikan hak untuk membicarakan dan menghvkum warganegara kami sendiri kepada kami. Kami melakukan beberapa perubahan dalam undang-undang kami sendiri bergantung pada artikel ini. Kami mengatur artikel-artikel untuk membicarakan warganegara Belgium yang melakukan pembvnuhan atau jen4yah di negara Uthmaniyah dengan undang-undang khas pada 31 Disember 1851. Undang-undang yang disebutkan ini masih berkuatkuasa.

Sekiranya artikel-artikel undang-undang ini belum dipraktikkan dan kami tidak pernah menuntut pengamalan hak-hak ini yang diberikan kepada kami, alasannya adalah bahawa peristiwa serius yang mendorong tuntutan hak ini tidak berlaku.  Sementara itu, walaupun kami menerima autoriti pengadilan Uthmaniyah dalam beberapa jen4yah yang tidak signifikan, keadaan ini tidak bermaksud kami mengabaikan hak yang diberikan oleh perjanjian 1838 kepada kami.

Tidak kira seberapa besar kesalnya kami dengan ser4ngan warga Belgium terhadap Sultan, kami sangat gembira kerana Sultan tidak diapa-apakan dalam ser4ngan itu. Kami juga harus menjelaskan bahawa permintaan kita bukan hak untuk mengadakan perbicaraan tetapi untuk menyerahkan Jorris kepada pihak kami. Kami tidak meminta Jorris diserahkan untuk menyelamatkannya dari hvkuman yang sepatutnya. Pemerintah Belgium tidak mahu melepaskan hak yang diberikan kepadanya oleh perjanjian yang masih berkuatkuasa tanpa mengira kepentingan kes itu.“

Sultan Abdülhamid II

Walaupun krisis diplom4tik dan per4ng undang-undang antara kedua-dua pihak berjalan seperti ini, perkembangan lain berlaku. Komen Paul Wauwermans, salah seorang peguam terkenal negara itu, diterbitkan dalam salinan akhbar Conservateur de l’Eparne dari Belgium pada 14 Januari 1906. Dalam tulisannya yang mengemukakan kesalahan pemerintah Belgium, Wauwermans menjelaskan ini:

“Isu kontroversi dalam kes Jorris adalah tentang Artikel 8 dari perjanjian 3 Ogos 1838. Pada pandangan pertama, penulisannya menyatakan bahawa “penjen4yah akan diadili oleh duta besar, pemangku duta besar, konsul atau naib konsul dan akan dihvkum berdasarkan kaedah yang diperlukan oleh orang Frank” menimbulkan impresi bahawa Belgium mempunyai hak dalam tuntutannya. Namun, penilaian ini bertentangan dengan keputusan “pembvnuhan yang dilakukan oleh orang Belgium di negara-negara bukan Kristian akan diakui oleh Mahkamah Pembvnuhan Braban kami” dalam Artikel 32 peraturan konsulat kami pada 31 Disember 1851. Faktanya adalah perjanjian 1838  hanya dapat dipertimbangkan dalam tradisi dan undang-undang undang-undang pada masa itu.

Sebenarnya masalahnya tidak lebih dari menyerahkan apa yang kita ada dan hak yang kita miliki demi rakyat kita. Ungkapan-ungkapan dalam sapaan ini bahawa ‘Orang Frank akan diadili dan dihvkum sesuai dengan tradisi mereka’ tidak hanya meliputi orang Perancis. Ungkapan ini bermaksud bahawa orang Belgium juga akan mendapat layanan yang sama seperti orang Perancis. Oleh itu, jika kita melihat cara penyerahan itu dilakukan, dikatakan bahawa ‘apabila jen4yah dilakukan oleh orang Perancis terhadap orang Perancis yang lain, maka ia akan diadili di pengadilan mereka sendiri’ dalam Artikel 15 penyerahan itu pada tahun 1740. Dalam  keadaan ini, mahkamah Uthmaniyah adalah pihak yang berkuasa dalam kes-kes yang berlaku antara orang asing dan warga Uthmaniyyah. Banyak contoh yang dialami berkaitan dengan perkara ini.

Juga, poin yang serupa muncul dalam Perjanjian Edirne antara Empayar Uthmaniyyah dan Rusia pada tahun 1829. Di sini, konsulat Rusia diberi kuasa dalam kes-kes di antara warganegara Rusia. Namun, ketika mana-mana warganegara Uthmaniyah terlibat dalam peristiwa tersebut, kewibawaan mahkamah Uthmaniyah dilindungi secara halus. Oleh itu, seperti yang dapat difahami dari alasan yang kami tunjukkan, Belgium berada dalam posisi yang tidak diizinkan sebelum tuntutannya dikemukakan terhadap Empayar Uthmaniyah. Apa yang boleh dilakukan pemerintah Belgium ialah mendapatkan izin dari Uthmaniyah pada poin yang tidak memerlukan permintaan hingga sekarang. Selain itu, jaminan bahawa ia akan melaksanakan keadilan dengan seharusnya juga perlu diberikan. Namun, tidak mungkin kita boleh mendapat hasil bahawa pemerintah Belgium, yang menurut beberapa artikel di akhbar dan mesyuarat, dapat berlaku adil dalam isu Jorris.”

Edward Jorris

Seperti yang dijelaskan, Belgium dibuktikan salah walaupun oleh peguamnya sendiri. Empayar Uthmaniyah menunjukkan sikap mutlaknya terhadap isu ini dengan jawapan yang diberikan kepada Belgium pada 1 Februari 1906:

“Kerajaan Belgium yang bergantung pada bukti dari teks Perancis tentang persetujuan perjanjian 1838 oleh Belgium mempunyai sikap tidak berasas seolah-olah pemerintah Uthmaniyah memberikan hak luar biasa kepada warganya sendiri. Walau bagaimanapun, Empayar Uthmaniyah hanya bertanggungjawab atas kontraknya sendiri. Oleh itu, tuntutan negara asing bergantung pada teks perjanjian yang diterjemahkan yang tidak sesuai dengan versi asalnya tidak dapat diterima.

Sekiranya terdapat perbezaan antara teks Belgium dan teks Turki yang diluluskan oleh Sultan, salinan yang akan diterima sebagai sah adalah yang Turki. Dalam salinan Turki, Belgium tidak diberi hak apa pun mengenai hvkuman kes. Seperti halnya orang-orang Frank lain, Belgium hanya diberi hak untuk meletakkan seorang anggota konsulat yang ada dalam kes tersebut. Fakta masalah ini adalah orang asing telah diadili oleh pihak berkuasa perbicaraan mahkamah Uthmaniyah dalam kes jen4yah campuran sejak zaman dahulu. Oleh itu, tidak mungkin bagi pemerintah Belgium untuk menuntut sesuatu yang melebihi amalan yang dilakukan bagi negara-negara lain.”

Setelah alasan ini dikemukakan, senarai warganegara Perancis, British, Rusia, Itali, dan Austria yang dihvkum di mahkamah Uthmaniyah atas kesalahan mereka dan juga melalui hvkuman ini di penj4ra Uthmaniyah disampaikan kepada Belgium.

Sebenarnya, ketika segala perbahasan ini sedang berlangsung, dipercayai bahawa Jorris tidak menerima hvkuman m4ti, ini kerana Abdülhamid II, dikenali sebagai seorang yang tidak menyukai hvkuman m4ti, baginda telah mengubah hvkuman m4ti terhadap anarkis Belgium itu kepada hvkuman penj4ra seumur hidup. Dalam perkembangan selanjutnya, Edward Jorris tidak diserahkan kepada Belgium, tetapi pasport diberikan kepadanya dan dia dihantar ke Eropah.

RUJUKAN:

Investigation into the Att4ck Committed on the Day of July 21 at the End of the Selamlık Ceremony, Constantinople 1905.

Osmanoğlu, Ayşe (1986), Babam Sultan Abdülhamid, Istanbul.

Tahsin Paşa (1990), Sultan Abdülhamid Yıldız Hatıraları,


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.