Cristiano Ronaldo sudah mencapai kata sepakat dengan Manchester United. Harga pun sudah ditentukan. Dan dari segi kelab dengan kelab, semuanya selesai. Jadi Ronaldo bakal keluar Juventus dan kembali ke Manchester United. Maka izinkan kami menyanyi sekejap:
Viva Ronaldo,
Viva Ronaldo,
Get him on a plane,
Bring him home from Spain (aku tahu Juventus kat Itali. Diam je lah),
Hear United sings,
Viva Ronaldo.
Sekalipun medical Ronaldo gagal, abaikan saja lagu ini. Sebab Ronaldo adalah seorang atlet yang takkan mungkin ada pelapis. Andainya ada yang mengambil takhtanya kelak, atlet tersebut akan membawa kelas tersendiri.
Takkan ada Ronaldo 2.0. nanti. Kerana Ronaldo bukan setakat jaguh di persada dunia. Sebaliknya, beliau juga bersifat murah hati.
Membangunkan Aceh Semula
Pengalaman pahit yang menimpa bumi Aceh pada tahun 2004 masih terngiang-ngiang dalam fikiran. Terlalu ramai orang menjadi mαηgsα dalam trαgeδi itu. Salah seorang mαηgsα adalah Martunis Sarbini yang baru berusia tujuh tahun.
Pagi 26 Disember 2004 itu, Martunis keluar bermain bola dengan kawan-kawannya. Secara tiba-tiba, Martunis menjadi anak yatim kerana ombak gergasi yang datang telah mengambil nyαwα ibunya.
Selama 21 hari Martunis terkαηdαs dengan hanya berpaut pada sebuah sofa. Kisahnya sangat mengagumkan. Pada saat paling genting, Martunis selamat… dan dunia mengenali kerana baju yang dipakainya, yakni jersi Cristiano Ronaldo berangka tujuh.
Kisah Martunis menyentuh hati semua orang dalam dunia bola sepak, khususnya Ronaldo yang turun padang ke bumi Aceh unuk menjana kutipan awam supaya bandar tersebut boleh bangkit semula (Doedon, 2017).
Jiwa Ronaldo amat besar. Beliau boleh saja memungut dana di England, bersama Manchester United. Tetapi tidak. Beliau tetap ke Aceh untuk berjumpa Martunis. Keadaannya sangat teruk pada ketika itu, sampai ada yang berkata jika lambat sehari mungkin beliau akan meninggal dunia.
Pengaruh daripada Ronaldo menarik perhatian Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF). Pihak FPF menyalurkan dana sebanyak €40,000 untuk kegunaan Martunis.
Ronaldo mengusahakan kutipan dana hingga boleh membina semula rumah Martunis. Dan mereka berhubung berkali-kali, dengan Martunis menggunakan nama Ronaldo sebagai tarikan dalam media sosial.
Apabila cukup umur, Martunis dipelawa untuk beraksi dengan Sporting Lisbon FC, iaitu kelab lama Ronaldo (dan barangkali kelab beliau akan kembali pada hujung kariernya nanti). Namun masalah lutut telah mengakhiri karier bola sepak Martunis (Rahmat, 2017).
Apa yang berlaku menunjukkan bahawa bantuan Ronaldo benar-benar membentuk seorang pemuda. Perkara ini harus diambil sebagai ilham dan pedoman kepada semua. Ronaldo memang terkenal sebagai figura yang enggan bergaduh.
Apa yang berlaku di padang adalah perkara biasa. Semua faham. Semua tahu. Tetapi di luar sana, Ronaldo tidak ada sebarang isu. Pernah saja difitnah pihak media katanya Ronaldo meneguk minuman keras dalam sebuah kelab malam. Pihak media berkenaan meminta maaf, yang sudah cukup untuk menggembirakan Ronaldo.
Kempen Sosial
Cristiano Ronaldo memang gigih berkempen demi kesejahteraan manusia. Pada tahun 2012, beliau menyertai sebuah program untuk meningkatkan kesedaran umum dalam kalangan kanak-kanak tentang masalah dαdαh, gejαlα HIV dan impak obesiti (Polo, 2012). Setahun kemudian, beliau kembali untuk bersaa Save the Children dalam usaha untuk mengurangkan kebuluran kanak-kanak dan obesiti (Surke & Souillere, 2013).
Pendekatannya sememangnya sangat baik dan positif, kerana membuka mata orang ramai. Dan semua ini berlaku pada ketika beliau sedang sibuk bermain. Sekarang bayangkan andai satu hari beliau bersara.
Dengan masa begitu banyak, tentu sekali Ronaldo akan kekal berlagenda kepada semua sepertimana Diego Maradona dijulang sepanjang zaman.
RUJUKAN:
Doedon, M. (2017). Cristiano Ronaldo. Lerner Publications. Halaman 21.
Rahmat, A. (2017, Disember 26). Martunis (ditapiskan) saat (ditapiskan) bintang Timnas Indonesia. CNN.
Polo, P. (2012, Disember 31). Messi and Ronaldo join forces for FIFA’s ’11 for Health’. Marca.
Surke, E., & Soulliere, J. (2013). Cristiano Ronaldo Kicks Off the New Year as Save the Children’s New Global Artist Ambassador for Child Hunger and Nutrition. Save the Children.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih