Oktober lalu, kerajaan India buat satu pengumuman: India semakin dekat dengan imuniti kelompok.

Punyalah optimis mereka meramal, siap cakap pasal “Indian Supermodel” yang katanya COVID-19 akan terkawal pada Februari 2021 (Biswas, 2020).

Masuk saja bulan Februari, memang India nampaknya berjaya. Kes harian dalam 10,000 hingga 15,000 sahaja, berbanding 90,000+ September sebelumnya.

Dua bulan kemudian, apa yang jadi?

Dua orang terpaksa berkongsi katil hospital yang sama (Siddiqui & Pal, 2021)… sebab kes COVID-19 memuncak gila-gila. Supermodel entah kemana angkara supercluster yang banyak.

Bebanan besar.

Daripada purata 15,000 sehari, India mencatatkan 200,000 kes baru. Jumlah ini belum kemuncak lagi.

Tidak pelik jika India memintas Amerika Syarikat, meskipun dengan jurang lapan angka yang memisahkan dua negara ini. India sekarang semakin melingkup kerana 1) majlis keramaian, 2) amalan hidup berkelompok dan 3) tidak mengikuti norma baharu (Al-Jazeera, 2021).

Punca penularan melampau ini adalah kerana ahli-ahli politik juga. Narendra Modi contohnya telah mengadakan perhimpunan besar-besaran, di mana himpunan keramaian bertembung bahu tanpa pelitup muka (Tewari, 2021).

Minggu lalu saja, banyak negeri – Assam, Bengal Barat, Kerala, Puducherry, dan Tamil Nadu antaranya – mengadakan pilihan raya legislatif. Tidak lupa juga 40 pilihan raya kecil diadakan (atau bakal diadakan) di seluruh India.

Himpunan yang besar.

Sesudahnya berkempen, sekarang pentadbiran India mempertimbang perintah berkurung pula (Times of India, 2021). Perintah berkurung pun bukannya sehari dua… tetapi 15 hari (… macam pernah dengar pula skrip macam ni).

Masalahnya, perintah berkurung menya.kiti golongan miskin dan miskin tegar India (Kapoor, 2020).

Rakyat dan Politik Mengambil Lewa

Negeri Uttarakhand mempunyai sebuah bandar bernama Haridwar. Dalam bahasa Sanskrit, daerah ini membawa maksud: “Gerbang Dewa Vishnu”. Pengertian ini sudah cukup untuk semua faham, bahawa Haridwar mempunyai nilai kesucian tinggi.

Tambah pula setiap 12 tahun, Haridwar akan menganjurkan sebuah “pesta” iaitu Kumbh Mela. Kebetulan pula, Kumbh Mela kali ini jatuh pada tahun 2021.

Ribuan membanjiri Sungai Ganga sempena Kumbh Mela tanpa berjarak sosial dan memakai pelitup muka.

Sejarah berulang. Pada tahun 1783, perhimpunan sempena Kumbh Mela menyebabkan penularan kolera yang membµnµh lebih daripada 20,000 orang (Barua & Greenough, 2013).

Dalam masa beberapa hari sahaja, 1,701 peserta Kumbh Mela dilaporkan positif COVID-19. Kejadian ini menimbulkan dua spekulasi: 1) rakyat sudah penat dengan kekangan COVID-19 dan 2) rakyat tidak kisah kerana agama.

Dalam menghadapi COVID-19, agama tidak bersalah. Tidak kira Islam, Kristian, Hinduisme dan sebagainya. Malah agama tidak wajar diketepikan pun. Cuma kaedah pelaksanaannya mesti selaras dengan keadaan. Tentu sekali tiada siapa yang mengerjakan ibadah dalam rumah terba.kar.

Pengajaran Daripada India

COVID-19 mendidik orang ramai tentang kesejahteraan komuniti. Apabila kes menular, bukan orang berkenaan sahaja yang jatuh sakit.

Ramai di keliling orang berkenaan akan terkesan sama. Jumlah keramaian ini akan “menghantar” COVID-19 kepada orang lain pula.

Apabila terlalu ramai jatuh sakit, pihak kesihatan (dan pengurusan may.at) pun semestinya terbeban sampai tidak boleh menerima kes baru. Itulah keadaan India sekarang, dengan orang ramai mencari ubat daripada pasaran gelap yang entah berkesan atau selamat (Pandey, 2021).

Malaysia perlu berwaspada supaya tidak menjadi begini. Program imunisasi harus dimantapkan supaya rakyat Malaysia mendapat imuniti dengan cara lebih selamat. Pengalaman India menunjukkan bahawa vaksin sahaja boleh bantu menyelesaikan COVID-19 ini.

India asalnya mendabik dada seolah-olah menghampiri imuniti kelompok secara manual (jangk.itan besar-besaran). Tetapi sekarang, India tersungkur dengan gelombang baharu.

Sekatan-sekatan dalam Malaysia sememangnya meletihkan. Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri sudah membuat cadangan tentang rentasan negeri Aidilfitri (Leong, 2021).

Pada ketika ini, rakyat tidak berpuas hati atas isu pelaksanaan SOP sahaja. Tambah pula sebelum ini Malaysia sudah berjaya mengekang COVID-19… sebelum gelombang baru menyusahkan semua.

Mungkin sekarang semua boleh mengambil iktibar daripada nasib India: orang lain menyebarkan virus COVID-19, orang lain pula yang terpaksa menanggung kesannya. Sesudahnya, masyarakat pula kena banyak bersabar kerana ekonomi teruk.

RUJUKAN:

Al-Jazeera. (2021, Mac 31). COVID situation in India going from bad to worse: Health official.

Barua, D., & Greenough, W.B. (2013). Cholera. Springer Science & Business Media. Halaman 6.

Biswas, P. (2020, Oktober 18). Covid-19 peak over; (ditapiskan) can be controlled by February 2021: Govt-appointed panel. The Times of India.

Kapoor, S. (2020, April 21). Stories of hunger: India’s lockdown is hitting the poorest. Friedrich Ebert Stiftung.

Leong, I. (2021, April 15). Sambutan Aidilfitri: KKM cadang rentas negeri ditangguhkan – Dr Adham Baba. Astro Awani.

Pandey, V. (2021, April 16). India’s desperate Covid-19(pesakit)

Siddiqui, D., & Pal, A. (2021, April 15). Two to a bed in Delhi hospital as India’s COVID (ditapiskan) spirals. Reuters.

Tewari, R. (2021, April 14). Poll rallies to Kumbh Mela – Modi-Shah’s conscience must take a look at latest Covid surge. The Print India.

Times of India. (2021, April 14). 15-day lockdown must to (ditapiskan) (ditapiskan) chain of transmission: Experts.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.