Mac 11 2020, World Health Organisation atau dikenali sebagai WHO mengisyhtihar Covid-19 sebagai satu pandemik selepas ianya dikesan tidak mempunyai vaksin. Covid-19 yang kini telah mer4gvt lebih daripada 1 juta ny4w4 seluruh dunia ternyata amat membimbangkan, tidak terkecuali, rakyat Malaysia yang kini menghadapi gelombang ketiga Covid-19.
Namun, persoalannya, adakah ahli-ahli politik benar takut akan pandemik ini, atau mereka hanya menggunakan pandemik ini sebagai satu peluang untuk perebutan kuasa.
Pilihan raya negeri Sabah yang dianjurkan pada 26 September 2020, memberi gambaran yang amat jelas bahawa pandemik ini bukan penghalang untuk ahli-ahli politik menentukan nasib mereka.
Pilihan raya negeri yang serba sedikit menjadi faktor kepada peningkatan jumlah kes positif Covid-19, mendatangkan kemarahan kepada sesetengah rakyat yang terjejas teruk dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini.
Aneh jika kita fikirkan “wakil rakyat” ini benar-benar peduli rakyat sehingga mereka sanggup meletakkan nyawa rakyat yang sepatutnya dibela demi kepentingan masing-masing.
Tidak ketinggalan, Episod demi episod, Dato’ SSeri Anwar Ibrahim sekali lagi mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan yakin kali ini, beliau dapat membentuk kerajaan secara “simple majority” atau majoriti mudah selepas beliau nyatakan terdapat sokongan padu daripada ahli-ahli Dewan Rakyat blok kerajaan.
Walaubagaimanapun, nama-nama yang tersenarai telah menafikan sokongan mereka terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim. Apakah kesudahan dilema perebutan jawatan Perdana Menteri ini? Adakah Pilihan Raya umum akan diadakan dalam masa terdekat?
Secara rasional, hanya orang gila kuasa sahaja yang sanggup merisikokan ny4w4 rakyat demi kepentingan peribadi dengan alasan “untuk rakyat”. Dengan peningkatan jumlah kes, pilihan raya umum tidak sepatutnya menjadi salah satu pilihan atau jalan penyelesaian dilema perebutan kuasa.
Jika kenyataan yang dikeluarkan Dato Seri Anwar Ibrahim tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh, Yang di-Pertuan Agong mungkin perlu menjalani sistem yang sama seperti awal tahun 2020 atau lebih dahsyat, pembubaran parlimen.
Dari sudut undang-undang, jika perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, beliau hendaklah meletak jawatan melainkan jika atas permintaan beliau, parlimen perlu dibubarkan.
Pilihan ini termaktub dalam perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan. Namun, seperti yang digariskan dalam perkara 43(4), Perdana Menteri hanya diberi ruang untuk memohon agar parlimen dibubarkan.
Ini membuka dua kemungkinan yang akan berlaku, antara Dato Sri Anwar Ibrahim dapat membuktikan majoriti sokongan ahli Dewan Rakyat dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 9 atau parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum akan diadakan.
Mengikut proses undang-undang, kuasa pembubaran parlimen terletak pada kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong seperti yang digariskan dalam perkara 40(2)(b) di mana Tuanku mempunyai kuasa untuk tidak memperkenan permintaan bagi pembubaran parlimen.
Ini bermakna, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa mutlak untuk membubarkan parlimen sekiranya mendapat permintaan daripada Perdana Menteri itu sendiri. Persoalannya, mahukah Perdana Menteri membuat permintaan untuk membubar parlimen jika benar beliau telah hilang majoriti?
Secara tidak langsung, merisikokan lebih banyak jumlah kebolehan v1rus ini berjangkit dan usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19 sekali lagi, gagal.
Tidak mustahil jika dalam masa satu tahun, Malaysia mungkin menerima lebih dari 2 perdana menteri. Melihat sistem demokrasi berpalimen ini secara menyeluruh, ia mengamalkan konsep yang lebih fleksible dan secara tidak langsung, membuka peluang untuk ahli-ahli politik berebut kuasa dan kedudukan.
Secara konklusif, keadaan sekarang yang makin kritikal, tambahan pula dengan menteri dan ahli-ahli politik lain yang diuji positif Covid-19 membuktikan bahawa sesetengah pihak memang tidak peduli dengan pandemik ini. Mungkin “mereka” yang kurang peduli tentang pandemik ini masih tidak sedar bahawa mereka berdiri di atas cukai rakyat.
Dengan itu, tanda tanya untuk meletak pilihan raya umum sebagai satu pilihan mengatasi dilema politik ini, secara logik, sangatlah tidak wajar. Dengan kondisi ekonomi Malaysia yang semakin teruk, ianya tidak akan bermanfaat sepenuhnya daripada pilihan raya umum sekiranya dianjurkan dalam masa terdekat.
Namun, dari akar umbinya, undang-undang hanya badan panduan untuk kemudahan sistem dari kecil hingga yang paling besar. Beban untuk berfikir dan membuat keputusan secara rasional terletak sepenuhnya pada pihak yang bertanggungjawab.
Eloklah pihak-pihak yang telah diberi mandat oleh rakyat berganding bahu dan hentikan desakan atas nama “rakyat” kerana, pandemik ini bukanlah satu arena peluang untuk ahli-ahli politik berebut kuasa di kala ribuan rakyat terjejas.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih