Sejarah diplomasi moden mengalami 3 revolusi:
First masa Congress of Vienna tahun 1814-1815 yang membincangkan halatuju Eropah selepas Perang Napoleon. Buat kali pertama wujud persidangan “multilateral” (pelbagai hala) di mana duta daripada lebih 3 negara berhimpun dan berunding pada masa dan tempat yang sama.
Diplomasi sebelum tu bersifat dua hala saja. Kalau nak buat perjanjian 3 negara, duta negara A kena travel ke negara B dan kemudian C untuk dapatkan tandatangan. Tapi disebabkan Perang Napoleon membabitkan banyak negara, maka muncul cara multilateral.
Kali kedua semasa Paris Peace Conference tahun 1920 yang membincangkan halatuju dunia pasca Perang Dunia Pertama. Buat kali pertama persidangan antarabangsa diadakan secara terbuka dan transparent.
Sebelum tu diplomasi adalah bersifat rahsia, tapi Paris Conference ajak wartawan buat liputan harian supaya nak tunjukkan konon negara pemenang tak tindas negara yang tewas semasa perundingan.
Dan tahun 2020 kita menyaksikan video conference menggantikan persidangan fizikal. Bermula dengan G20, EU, Majlis Keselamatan PBB, OPEC dan sekarang ASEAN (mungkin lepas ni APEC dan WTO pulak), negara-negara nampaknya dah mula adapt dengan persidangan jarak jauh akibat COVID-19.
Tren ni bagus juga, tak payah fikir pasal venue, nak kejar flight, nak kena book hotel, uruskan F&B, pegawai pengiring (LO), usher, pengawal keselamatan, outrider, bendera di sepanjang jalan untuk menyambut tetamu luar. Jimat bajet kerajaan dan tenaga pegawai kerajaan, hanya perlu fokus agenda mesyuarat dan IT setting saja.
Tapi kekurangannya video conference ni tak ada personal touch. Banyak deal antara negara sebenarnya dicapai masa jumpa face to face. Diplomasi yang unggul mesti ada elemen ‘secrecy’ yang tertentu.
Video conference juga memberi negara kecil ‘spotlight’ yang lebih adil. Macam dalam persidangan OPEC baru-baru ni, negara pengeksport minyak utama macam Saudi terpaksa bersetuju dengan permintaan Mexico yang merupakan small player. Kalau dalam persidangan fizikal, Mexico dah kena sideline. Tapi video conference ni lebih transparent dan equal dan memberikan negara-negara kecil lebih banyak ruang bersuara.
Ini mungkin akan jadi antara ‘new normal’ dalam hubungan antarabangsa bagi tahun-tahun akan datang.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih