#COVID19 merupakan nightmare kepada ramai pemimpin dunia. Tapi bagi Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in adalah satu blessing in disguise yang mengubah tuah (fortuna) politiknya.
Di bawah kepimpinan Moon, Korea menangani krisis COVID dengan cemerlang sekali. Di awal Mac Korea adalah antara top 4 negara yang paling banyak kes, now dah drop ke No. 23. Kes aktif turun dari 7470 pada awal Mac ke 2385 sekarang.
Moon adalah anak pelarian dari Korea Utara semasa Perang Korea. Moon didiskriminasi sejak dari kecil. Walaupun cemerlang pelajaran & lulus exam bar, Moon tak layak jadi pendakwa raya sebab pernah ditahan akibat berdemo lawan kerajaan. Hidup Moon agak loser, tak ada harapan.
Roh masuk politik pada tahun 1988, menyertai parti Minju-dang yang diketuai oleh Kim Dae-jung. Sebagai parti centre-left, Minju-dang memperjuangkan ekonomi yang lebih saksama dan bebas cengkaman “chaebol” (재벌), konglomerat bisnes keluarga yang menguasai pelbagai bidang.
Chaebol mengawal ekonomi sejak zaman Park Chung-hee (1963-79). Sentimen kewilayahan Gyeongsang mewujudkan pakatan ahli politik centre-right & ahli korporat chaebol. Ahli politik bagi kemudahan kepada ahli korporat memonopoli pasaran, ahli korporat bagi dana kepada ahli politik.
Kim Dae-jung menang pemilihan presiden 1997, menjadi presiden centre-left pertama. Namun waktu tu berlaku Krisis Kewangan. Majoriti parlimen pun masih dipegang centre-right. Jadi Kim tak dapat tackle chaebol. Dalam gambar: Kim jual emas miliknya untuk bantu bayar hutang IMF.
Disebabkan perlembagaan Korea hanya membenarkan presiden pegang 1 term, Kim digantikan oleh Roh pada tahun 2003. Walaupun member baik jadi presiden, Moon cuma jadi setiausahanya, tak minta jawatan politik. Moon tak suka main game politik, lebih rela jadi pembantu hyung dia.
Roh nak mengurangkan pengaruh chaebol. Selepas penggal Roh habis, chaebol mula balas dendam. Lee Myung-bak, presiden baharu datang dari parti centre-right, & adalah seorang “chaebol man”. Lee pernah jadi CEO Hyundai, kamceng dgn ketua chaebol seperti Lee Kun-hee, (Samsung).
Lee buka siasatan korupsi ke atas Roh & mendakwa isterinya menerima rasuah. Chaebol gerakkan media milik diorang untuk harass Roh hari2 dengan pelbagai dakwaan palsu. Akibat tekanan, Roh membvnuh diri pada 23 Mei 2009. Kematian Roh adalah tamparan terbesar dalam hidup Moon.
Moon tahu Lee adalah dalang tapi dia tak dapat nak buat apa-apa. Lee ada kuasa, chaebol ada harta, Moon nak lawan dengan apa? Maka Moon mengambil keputusan untuk masuk politik demi menuntut keadilan bagi Roh.
Tahun 2012, penggal Lee tamat. Moon menyertai pemilihan presiden sebagai wakil centre-left untuk lawan Park Geun-hye, anak Park Chung-hee. Namun malangnya Moon hanya dapat 48% undi. Park menjadi presiden wanita Korea pertama. Moon hanya boleh bersabar.
Park didakwa dan dilucutkan dari jawatan presiden pada Mac 2017, dan kemudian dikenakan hukuman penjara 25 tahun. Moon bertanding dalam pemilihan presiden, dan kali ini Moon menang. Centre-left kembali ke tampuk kuasa selepas 9 tahun.
Lantas Moon melancarkan siasatan ke atas Lee Myung-bak atas pelbagai salah laku, termasuk menerima suapan 6 bilion won (US$ 5 juta) dari Samsung. Pada Oktober 2018, Lee dikenakan hukuman penjara 15 tahun. Umur Lee dah 77 tahun, memang mereput dalam penjara sampai mati gayanya.
Lepas selesaikan Lee, Moon declare war ke atas chabeol. Apabila kes Seungri timbul pada awal tahun 2019, Moon mengarahkan kes Jang Ja-yeon juga dibuka semula.
Jang ialah pelakon yang bvnuh diri pada 2009 akibat tak tahan jadi hamba seksual orang politik & chaebol. Jang tinggalkan surat list down nama orang2 yang pernah abuse dia. Namun disebabkan Presiden Lee waktu tu mahu lindungi chaebol, kes digugurkan. Tiada keadilan bagi Jang.
Industri hiburan Korea pun sebahagian daripada ekosistem chaebol. Ramai artis mengalami nasib sama macam Jang. Jadi Moon nak ambil peluang kemarahan orang ramai terhadap Seungri untuk telanjangkan kebusukan sistem chaebol yang membarah.
Tapi 2019 adalah tahun yang agak sukar bagi Moon. Trade war menyebabkan eksport Korea jatuh. Bila ekonomi tak bagus, makin ramai tak suka Moon, tak kira dia nak fight untuk keadilan sesiapa pun. Approval rate Moon mula jatuh.
Ada teori konspirasi yang kata kenaikan kes COVID di Korea adalah perancangan centre-right. 60% kes COVID datang dari kluster gereja Shincheonji di Daegu, Gyeongsang, kubu kuat centre-right.
Semasa ketua Shincheonji, Lee Man-hee sujud minta maaf dengan rakyat Korea, terdedah jam tangannya ada tulisan “Park Geun-hye”, kemungkinan besar hadiah dari Park waktu menjadi presiden. Jadi ada yang lihat Shincheonji pakat dengan centre-right sebar virus untuk sabotaj Moon.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih