Nama Wuhan akan sentiasa terpahat dalam lembaran sejarah sebagai punca penularan atau mangsa keadaan. Bagi sesetengah pihak, inilah bandar yang mencetuskan krisis kemanusiaan dunia.

Walau bagaimanapun, ada banyak bukti sekarang mengukuhkan pendapat bahawa COVID-19 dibawa ke Wuhan daripada bandar lain (The Straits Times, 2020). Apa-apa pun ceritanya masih sama: COVID-19 merebak ke seluruh dunia dengan pusat pertamanya adalah Wuhan.

Bimbang dengan perkembangan luar biasa ini, Beijing pantas mengisytiharkan perintah berkurung tegas selama 76 hari.

Perintah berkurung 2019.

Dalam tempoh ini, kerajaan melancarkan program pencegahan seperti kewajiban pelitup muka, penjejakan kontak dan ujian agresif, tidak lupa juga pada penjarakan fizikal dan pengehadan majlis keramaian tidak kira agama atau budaya.

Semua teknik ini ternyata membuahkan hasil, bukan saja memutuskan rantaian kebolehjangkitan tetapi memancung 30 ledakan kluster di Wuhan (Pinghui, 2020).

Jadi kembalinya COVID-19 ke Wuhan adalah perkara biasa. Apa yang berlaku di Wuhan sepatutnya dianggap suatu perkara biasa.

Cuma ada perkara yang berbeza dalam penularan COVID-19 yang sekarang mencetuskan kebimbangan baru di Wuhan.

Pertama sekali, 30 kluster yang berlaku sebelum ini adalah daripada varian induk. Penularan terkini pula bervarian delta, yang lebih mencelakakan. Dugaan lama nampaknya telah kembali ke Wuhan dengan jenis yang lebih ganas (AFP, 2021).

Perkembangan ini sebenarnya penting untuk diambil tahu. Jumlah kumulatif di seluruh China cuma dalam lingkungan 400 kes sahaja.

Kalau guna naratif dulu, memang dikira dahsyat gila-gila. Naratif sekarang membuat angka itu dipandang sebelah mata saja. Namun ada benda yang serba tidak kena dengan Wuhan sekarang. Ramai sedang mengalami “pandemic fatigue”, sekalipun mereka berkurung selama 76 hari sahaja.

“Pandemic fatigue” adalah situasi yang mana orang ramai sudah tidak mampu bertahan hidup dalam norma baru, senang kata. Cuba bandingkan semangat luar biasa pada awal pandemik dengan komitmen sekarang. Ramai sudah bosan, lagi muak. Apabila situasi ini menjadi kronik, memang akan jadi punca ledakan kluster baru.

Pada ambang Aidiladha demikian hari, ramai pakat lari balik Kelantan (Rohana, 2021). Banyak kenderaan diarah patah balik (Fazlina, 2021). Walhal mereka tahu keadaan sekarang. Itulah petanda “pandemic fatigue”, apabila arahan jelas pun habis dilanggarnya.

Dan sekarang Kelantan menerima bala besar sebagai negeri paling tinggi dari segi kadar kebolehjangkitan (Hidayah, 2021), dengan jumlah pesakit dalam kalangan bayi dan kanak-kanak melambung 30 peratus (Rohana, 2021).

Bayangkan. Angkara “pandemic fatigue”, Kelantan terpaksa menanggung bala. Wuhan sedang berdepan dengan risiko sama. Kerana “pandemic fatigue” sudah membelenggu bandar tersebut (Cortez & Lyu, 2021).

Satu-satunya cahaya yang menerangi kegelapan Wuhan adalah kadar imunisasi China yang sudah mencapai imuniti 60 peratus. Dan Beijing enggan mengambil langkah mudah dalam menangani penularan ini. China sekarang ini akan menjalani ujian saringan besar-besaran pada semua penduduk Wuhan, yang diwajibkan berkurung dan elak berkumpul (Lee, 2021).

China tahu langkah pencegahan terlalu agresif boleh menjejaskan ekonomi negara. Walau bagaimanapun, China juga tahu yang ekonomi boleh terjejas jauh lebih teruk andainya COVID-19 dibiar merebak tanpa kawalan. Sebab itulah mereka akan memastikan COVID-19 dicegah sehabis-habisnya.

Pembelian barangan asas untuk menghadapi penutupan.

Varian Delta adalah jenis yang mudah menular. Penerima vaksin masih boleh dijangkiti, cuma dengan kadar lebih rendah dengan tahap morbiditi bergejala ringan sahaja. Mungkin ini adalah satu benda yang harus disyukuri semua.

Kerana Delta menular pada ketika dunia sudah dilindungi rahmat kesihatan iaitu imuniti vaksin. Andainya Delta menular tahun lalu ketika Pfizer, Sinovac dan Astra-Zeneca sedang berhempas pulas, tentu sekali angka kematian akan melambung jauh lebih tinggi.

RUJUKAN:

AFP. (2021, Ogos 3). China’s Wuhan to test ‘all residents’ as Covid returns. NST.

Cortez, M., & Lyu, D. (2021, Ogos 4). Covid-19 Is Back in Wuhan. Bloomberg.

Fazlina, R. (2021, Julai 19). 55 kenderaan cuba masuk Kelantan diarah patah balik. Harian Metro.

Hidayah, B. (2021, Ogos 4). Covid-19: 35 kluster baharu, Kelantan catat Rt tertinggi. Harian Metro.

Lee, Y. (2021, Ogos 4). F rom Beijing to Wuhan, China orders mass testing and restrictions as Covid cases rise. CNBC.

Pinghui, Z. (2020, April 26). Wuhan declared free of Covid-19 as last patients leave hospital after months-long struggle against coronavirus. South China Morning Post.

Rohana, N. (2021, Julai 16). Ramai mula balik ke Kelantan hari ini. Kosmo.

Rohana, N. (2021, Ogos 4). Covid-19: Pesakit kanak-kanak, bayi naik 30% di Kelantan. Utusan.

The Straits Times. (2020, Ogos 6). WHO: Wuhan may not be place where coronavirus crossed into humans.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.