Jalan Selasih K U12/K berhampiran dengan Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) mempunyai beberapa tarikan menarik.
Salah satunya ialah Kedai Haiwan Peliharaan Ultimate Creatures, milik seorang pengusaha Melayu bernama Mohd Fairuz.
Selang sebuah kedai dengannya terdapat satu lorong dimana seorang graduan UiTM berusia 27 tahun iaitu Suhaimi Ali telah menyumbang bakti kepada wira-wira negara.
En Suhaimi meluangkan dua hari untuk melukis setiap gambar (Sekaran, 2020). Menumpukan perhatian sambil memecah keringat begitu lama ialah suatu perkara yang mengagumkan.
Tidak peliklah Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah bersama isteri baginda Tunku Aminah dan Dr Noor Hisham pun hadir seolah-olah untuk memberikan pengiktirafan.
Lukisan-lukisan ini kekal bermegahan, dengan mata-mata tegas memerhati apa-apa saja yang lalu. Jika mereka mampu bersuara, tentu sekali apa yang berlaku pada 20 Julai dapat diceritakan. Kerana beginilah dinding itu sekarang:
Amatlah mendukacitakan apabila mural-mural yang begitu cantik ini diconteng oleh tangan yang tidak bertanggungjawab.
Perbuatan sumbang ini menunjukkan bahawa wujud dalam kalangan masyarakat segelintir yang akhlaknya runtuh.
Adanya gambar-gambar ini boleh menaikkan lagi tarikan perniagaan, sekaligus mengubahkan nasib para pengusaha dalam tekanan koronavirus.
Secara tidak langsung ia boleh mengukuhkan pendapatan negara dari segi penjagaan sosioekonomi dan pertambahan cukai.
Tetapi semuanya diketepikan, demi memuaskan hati sendiri. Perkara yang sama berlaku terhadap portret Allayarham Muhammad Adib Mohd Kassim demikian hari.
Menyingkap Vandalisme Seni
Apa yang berlaku terhadap mahakarya En Suhaimi sebenarnya selaras dengan protes politik.
Sudah menjadi suatu kebiasaan apabila kecenderungan politik menjadi asbab.
Kesedaran perkauman telah memanaskan enjin budaya untuk menolak pemimpin-pemimpin yang pernah berlaku sumbang terhadap kaum-kaum minoriti.
Antara yang terkesan ialah tugu Edward Colston dan Winston Churchill (Siegal, 2020).
Dalam semarak yang sama, ukiran Serve & Protect di Salt Lake City pun telah dicurahkan cat sebagai tanda penentangan terhadap polis-polis yang melampaui batas (Stevens, 2020).
Walaupun situasi Jalan Selasih dan apa yang dibincangkan amat berlainan, naratifnya jelas: kebencian politik.
Gambar-gambar dilukis tidak langsung mengubah naratif politik semasa. Jatuh bangun kerajaan mana pun, mereka masih ada di situ.
Sungguhpun begitu, inilah realiti yang Malaysia perlu lalui. Sebagai negara yang masih muda, banyak perkara perlu diubah untuk mencapai matlamat akhir iaitu masyarakat bertamadun.
Situasi sebegini menunjukkan bahawa lukislah gambar orang-orang terkemuka di bangunan tinggi sekalipun – andainya ada peluang, akan dicontengkan jua.
Prasangka paling awal ialah golongan yang melakukan perkara ini mempunyai masalah mental (Goldstein & White, 2019).
Mereka menggunakan cara ini untuk menyampaikan mesej geram dengan harapan tidak perlu dibawa ke mahkamah.
Berkemungkinan juga mereka pernah lalu lalang di lorong tersebut di waktu siang untuk memastikan rancangan jahat mereka tidak akan didedahkan kamera litar tertutup.
Ia tidak berputik daripada naluri ingin bergurau. Mereka mempunyai agenda dan matlamat, kerana masih banyak gambar lukisan di Malaysia ini yang tidak langsung diconteng.
Dua lukisan di atas ialah mahakarya hasil seorang pelukis Rusia di Pulau Pinang. Seni ini masih lagi berkekalan di situ.
Namun seni Jalan Selasih hanya bertahan dua minggu selepas ditularkan. Di sini semua boleh nampak kecenderungan politik yang amat menyedihkan apabila gambar Sultan Abdullah dan Dr Noor Hisham pun terkena juga.
RUJUKAN:
Goldstein, C., & White, K. (2019, Oktober 2). What Makes Someone Attack a Work of Art? Here Are 9 of the Most Audacious Acts of Art Vandalism—and What Inspired Them. Art Net. Retrieved from https://news.artnet.com/art-world/9-acts-of-art-vandalism-1630771
Sekaran, R. (2020, Julai 4). Local artist pays tribute to King and Health DG. Free Malaysia Today. Retrieved from https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2020/07/04/local-artist-pays-tribute-to-king-and-health-dg/
Siegal, N. (2020, Jun 15). The statues were toppled. What happens to them now? The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/06/15/arts/design/fallen-statues-what-next.html
Stevens, T. (2020, Mei 31). After demonstrations in downtown Salt Lake City, a determined cause still smolders. The Salt Lake Tribune. Retrieved from https://www.sltrib.com/news/2020/05/31/day-after-an-eerie-calm/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih