Contagion merupakan filem pandemik drama thriller ‘kejar masa’/race against the time ketika dunia sedang berhadapan dengan kemunculan sebuah virus baharu yang dikenali dengan jolokan nama fiksyen, MEV-1.

Terdapat beberapa inspirasi daripada kes-kes w4bak moden yang pernah melanda dunia yang diambil seperti SARS-CoV, MERS-CoV, H1N1, dan termasuklah inspirasi utamanya – virus yang pernah menggegarkan negara Malaysia kita sendiri sekitar tahun 1998/1999 iaitu virus Nipah (NiV).

Filem yang berdurasi selama 1 jam 46 minit ini dibintangi oleh pelakon-pelakon A-list mahal Hollywood seperti Marion Cotillard (The Dark Knight Rises), Matt Damon (Jason Bourne), Laurence Fishburne (Man Of Steel), Jude Law (Captain Marvel), Gwyneth Paltrow (Iron Man), Kate Winslet (Titanic) dan Jennifer Ehle (Zero Dark Thirty).

Turut membantu juga adalah pelakon berkaliber seperti Bryan Cranston (Breaking Bad), Chin Han (The Dark Knight) dan Monique Gabriela Curnen (The Dark Knight).

Dengan taglineNothing Spreads Like Fear’, filem ini mengetengahkan sebuah ‘realistic depiction’ bagaimana kita, sebagai umat manusia, menghadapi sebuah penularan w4bak baharu yang muncul di dunia dengan tidak semena-mena tanpa dijemput.

Marketing Contagion yang menarik

Kalau tengok sekali pandang, nampak Contagion ni seperti sebuah filem yang mudah dibikin dek kerana tag realistic depiction-nya.

Ye lah, kalau dah realisik tak perlulah nak masukkan elemen-elemen sci-fi lain macam alien, zombi, rahsia gelap kerajaan tentang ujikaji terlarang di makmal yang terletak nun jauh di bawah tanah (psst: Area 51), ataupun hero bijak yang ditunjukkan mampu menyelesaikan 100 masalah matematik tambahan dengan sekali pandang sahaja.

Tetapi tidak. Tidak mudah seperti itu.

Kerana ianya bukanlah sesuatu tugas yang senang untuk menterjemahkan sebuah karya moden yang tidak terlalu over-the-top – jika terlalu melampau dalam penyampaian bakal merisikokan filem ini untuk menjadi seperti kebanyakan filem sci-fi sedia ada lain yang sudah banyak membanjiri pasaran.

Yang berkemungkinan boleh menghilangkan ‘appeal’ kepada penonton selain boleh menyebabkan sebahagian netizen dengan latar belakang sains mencipta hujah balas atas kesahihan elemen sains yang keterlaluan yang terkandung dalam filem.

Dan juga, tidaklah boleh terlalu bersahaja dengan tulisan konsep intipati sains dan virologi bagi filem ini sampai hilang tunjang ‘roh’ yang padu disebalik sainsnya. Kuncinya di sini adalah bagi mencapai keseimbangan yang sempurna antara kehidupan di dunia sebenar dan konsep sains virus berb4haya.

Disebabkan itu, Scott Z. B. (penulis skrip) telah bekerjasama dengan seorang journalist dalam bidang sains bernama Laurie Garrett.

Yang turut dibantu oleh 2 orang lagi rakannya, Dr. Ian Lipkin (Columbia University) dan Dr. Larry Brilliant (epidemiologist) bagi menguatkan lagi khidmat nasihat konsultansi dari sudut real science bagi filem Contagion.

Laurie Garrett ni bukan calang-calang journalist. Beliau merupakan satu-satunya penulis yang berjaya merangkul ketiga-tiga anugerah ‘3 Big Ps’ dalam journalism iaitu The Pulitzer (Pulitzer Prize), The Polk (George Polk Award), dan The Peabody (Peabody Award).

Jadi, kehebatannya dalam pengetahuan mengenai isu global public health, peny4kit kronik dan berj4ngkit serta lain-lain lagi, memang tidak perlu dipersoalkan.

Terutamanya dalam membabitkan input situasi sebenar yang diberikan dalam filem Contagion yang menelan belanja pembikinan sebanyak USD 60 million (kutipan box office pula adalah sebanyak USD 135.5 million).

Scott Z. B. juga pernah menulis screenplay bagi filem padu yang tidak perlu diperkenalkan sangat iaitu The Bourne Ultimatum (2007), dibintangi Matt Damon.

Dan satu lagi filem cemerlang psychological thriller bertajuk Side Effects (2013) yang dilakonkan oleh Jude Law serta diarahkan oleh Steven Soderbergh (filem arahan terakhirnya sebelum persaraan sementaranya).

*Spoiler bermula*

Contagion bermula dengan karakter Gwyneth Paltrow – yang bekerja sebagai Global Marketing Operations Manager (besar pangkat ni) merangkap Project Executive bagi sebuah projek baharu syarikat tempat dia bekerja – jatuh s4kit sebaik sahaja kembali ke rumahnya di Amerika, beberapa hari selepas urusan kerjanya di Macau/Macao.

Dia seterusnya menghembuskan nafasnya yang terakhir secara mengejut diikuti dengan anak lelakinya yang masih kecil yang turut meninggal dunia back-to-back.

Centres for Disease Control and Prevention (CDC) yang berpangkalan di Georgia, Amerika Syarikat dan World Health Organization (WHO), Switzerland, seterusnya cakna akan hal ini terutama sekali selepas kejadian kem4tian beberapa lagi individu lain di serata dunia dan mula merangka siasatan dan kajian susulan yang berkaitan.

Setelah kajian demi kajian, penyiasatan demi penyiasatan, monyet demi monyet (rhesus monkey – sebagai bahan/host ujikaji vaksin), dilakukan bagi mencari penawar yang mujarab termasuk punca kerebakan w4bak ini, apa yang mereka temui hanyalah jalan buntu.

Keadan dunia (dan tidak lain tidak bukan pastilah Amerika Syarikat) menjadi semakin meruncing dan kucar-kacir apabila kadar kem4tian terus meningkat.

Jumlah kem4tian terus meningkat akibat penangan virus MEV-1

Kacau-bilau dan paranoia berlaku dengan penduduk bertindak untuk mengaplikasikan sistem anarki di beberapa bandar utama sehingga kerajaan terpaksa mengumumkan perintah darurat bagi mengawal keadaan dengan menghantar pasukan t3ntera.

Mengeruhkan lagi isu adalah apabila karakter ahli teori konspirasi (mewakili netizen oportunis jahat) menyebarkan benih-benih berita palsu demi menggaut keuntungan peribadi.

Isi

  • Ketelitian Skrip & Kejituan Arahan
  • 3 Wakil Tunjang Cerita
    1. Kumpulan Keluarga Kecil
    2. Kelompok Besar: CDC, WHO, Jabatan Kesihatan, Homeland Security dan T3ntera (National Guard)
  • Capaian Maklumat Di Hujung Jari: Media & Implikasi Ahli Teori Konspirasi
  • Contagion: Struktur 3 Babak
    1. First Act (Day 2 – 7)
    2. Second Act (Day 8 – 26)
  • Third Act (Day 29 – 135)
  • Kekurangan
  • Inspirasi Kes Virus Nipah 1998/1999
  • Contagion & Situasi COVID-19 Pada Masa Kini
  • Penamat Contagion: Save The Best For Last

1) Ketelitian Skrip (Scott Z. B.) dan Kejituan Arahan (Steven Sodergbergh)

Aku boleh rasa respek pada kajian dan homework yang telah dilakukan oleh penulis skrip dan pasukan kreatif filem ini apabila memasukkan babak-babak di mana karakter berbincang mengenai kes-kes w4bak virus yang pernah melanda dunia sebelum ini

Salah satunya seperti Spanish flu – yang merupakan antara sebuah w4bak berb4haya dalam carta sejarah w4bak manusia sepanjang zaman.

Jika sedang berhadapan dengan sesuatu yang baru, biasanya apa yang kita akan lakukan? Ya, kita akan lihat dan teliti semula sejarah-sejarah yang pernah berlaku di masa lepas.

Betapa pentingnya sejarah sampaikan orang cakap, sesiapa yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya (“Those who do not remember the past are condemned to repeat it” – George Santayana). Dan sememangnya dalam kehidupan sebenar pon begitulah yang terjadi.

Mana-mana negara yang tidak berpegang kuat pada sejarah dan mengambil iktibar daripadanya, terutamanya bab sejarah kecelakaan. Kelak di kemudian hari pasti akan terjadi dan berlaku semula perkara kecelakaan tersebut pada negara itu.

Inilah yang dilakukan oleh watak-watak saintis dalam Contagion apabila mereka kerap kali diperlihatkan mengingatkan dan berbincang dengan watak lain (sebagai kenderaan bagi penonton) mengenai sejarah lampau atau moden w4bak-w4bak yang pernah melanda dunia, untuk mencari inspirasi dan iktibar.

Dengan cara ini, karakter dan filem tampak lebih ‘hidup’ dan memberikan ‘authenticity’ kepada watak-watak ini dan kepada filem secara keseluruhannya.

[“Well, in 1918, 1 percent of the population died from Spanish flu. It was novel, like this (MEV-1), no one had ever seen it before.” – Dr. Cheever

“1 percent of America?”

“1 percent of the world” – Dr. Cheever]

Di samping sejarah-sejarah w4bak yang dimasukkan, terdapat juga beberapa babak jenaka yang disisip secara rawak dalam dialog perbualan.

Karakter yang bekerja di Centres for Disease Control and Prevention (CDC) seperti Morpheus (Laurence Fishburne) yang berlakon sebagai Dr. Cheever (boss besar CDC) dan Dr. Ally – pekerja penting Dr. Cheever dalam menjalankan kajian klinikal di makmal vaksinisasi mereka – merupakan antara vessel karakter dalam menyampaikan humor.

Tapi humor dia bukan macam one-liner joke MCU punya level. Humor di sini lebih kepada humor yang Alfred selalu buat dalam Dark Knight Trilogy. Jenis dry wit dan de4dpan humor – kalau faham kau akan ketawa kecil (sinis), dan kalau kau tak faham, tak gelak dan tiada apa-apa respon pon takde masalah jugak.

[“Is there any way someone could weaponize the bird flu?” – Homeland Security guy

“Someone doesn’t have to weaponize the bird flu. The birds are doing that.” – Dr. Cheever]

Seterusnya, dah nama pon filem scif-fi, jadi banyaklah terma-terma saintifik yang kedengaran b0mbastik dan jargon-jargon dilontarkan ke dalam filem ini. Namun exposition kepada istilah sains ini diceritakan dengan baik dan tidak rasa begitu dipaksa atau dirumitkan.

Di sini, Dr. Mears (watak Kate Winslet) dipertanggungjawabkan untuk menjadi ‘pengajar’ kepada sebahagian watak-watak sampingan untuk faham mengenai bab exposition virus ini.

Istilah-istilah sains seperti formites, cluster, r-nought (scale of epidemic), incubation period, contagious (berkemampuan menyebar peny4kit/virus melalui kontak), novel dijelasan dengan ringkas tapi padat, memudahkan penonton untuk turut sama memahami isu yang disampaikan.

Terutamanya supaya penonton faham dan jelas akan keb4hayaan yang bakal dihadapi di hadapan oleh manusia.

Dr. Erin Mears (Kate Winslet) sedang memberikan tunjuk ajar. Draw me like one of.. whoopps, wrong movie

Tapi itu lah, ada jugak sesetengah penjelasan aku buat angguk-angguk je tanda setuju dan faham.

[“What’s that, fomites?”

“Uh, it refers to transmission from surfaces.” “In between, we’re touching doorknobs, water fountains, elevator buttons, and each other. Those things become fomites.” – Dr. Erin Mears]

Selain dengan kemasukan istilah-istilah sains, tulisan skrip yang berlatar belakangkan festive week (Thanksgiving dan Christmas) turut menampakkan kecemerlangan dan keberjayaan unik filem ini. Benda-benda macam ni pon antara perkara yang menghidupkan filem dan karakter dalam penceritaan.

Contoh macam masa Thanksgiving tu, skrip boleh tunjukkan sekali beberapa karakter boleh sembang-sembang kasual membawang bertanyakan buat apa atau masak apa semasa cuti tersebut, sambil-sambil tengah buat kerja di makmal.

Sementelahan sembang kasual ni jugak bias membuatkan penonton boleh relate dengan situasi watak-watak saintis dan pengkaji filem ini walaupun watak-watak dorang ni level-level berpelajaran tinggi diselubungi dengan jargon-jargon yang jarang disebut dalam percakapan harian rakyat marhaen.

Ibarat filem sci-fi ini telah dirakyatkan atau dimasyarakatkan sainsnya dengan kemasukan hal-hal berkaitan festival cuti dalam plot penceritaan.

Walaupun istilah ‘realistic depiction’ tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan Contagion, namun pacing bagi filem ini masih berasa baik dan tidak terlalu perlahan.

Jika ada pon sesetengah babak yang perlahan (terutamanya semasa second act filem), keperlahanannya bagi aku masih boleh diterima dan tidak mengganggu perjalanan keseluruhan filem. Sekali lagi, kecekapan dan kehebatan seorang pengarah berpengalaman jelas kelihatan dengan cara pengendalian kelajuan skrip.

Pengarah/penulis juga dapat dilihat terpaksa memendekkan beberapa babak/plot terutamanya semasa babak pengujian vaksin kerana kalau nak betul-betul ikut masa dunia sebenar (real time), entah berapa jam lagilah nak kena tambah dalam cerita ini untuk membuat perjalanan masa yang lebih kurang sama.

Namun, walaupun filem menggambil pendekatan short-cut dengan ujian klinikal vaksin ini dengan menunjukkan Dr. Ally (pekerja makmal di CDC) terus melakukan human self-test kepada diri sendiri tanpa mengikut SOP yang berpatutan (sebab sekali lagi, untuk mengelakkan penceritaan menjadi terlalu berleretan).

Skrip juga memasukkan fakta sejarah mengenai seorang doktor perubatan yang pernah membuat self-test melawan segala protokol yang ada demi mencari penawar dan membuktikan teorinya.

Orang yang dimaksudkan di sini adalah seorang doktor perubatan yang bernama Barry Marshall yang berjaya mencari rawatan dan ubat kepada s4kit ulser (dan jugak kaitan dengan kanser perut), sekitar tahun 1984.

Teorinya adalah, ia adalah merupakan bakteria yang menyebabkan ulcer, dan bukannya perasaan stress seperti pemahaman dunia perubatan pada tika itu.

Kisahnya, dek kerana susah untuk mencari pes4kit manusia bagi menjalankan kajian human trial setelah sering menemui jalan m4ti bagi pembuktian teorinya, beliau telah melantik dirinya sendiri untuk menjadi bahan ujikaji dengan meminum cecair sup yang telah dicemari dengan bakteria (helicobacter pylori), yang menyebabkan s4kit ulcer.

Setelah itu, beliau mengambil antibiotik dan berjaya membuktikan teorinya mengenai rawatan ulcer menggunakan ubat tersebut, seraya mengubah keseluruhan pemahaman komuniti perubatan mengenai peny4kit ulcer.

Kisah menakjubkan Dr. Barry Marshall ini dimasukkan ke dalam skrip ketika perbualan antara Dr. Ally dan ayahnya di hospital – sebelum Dr. Ally ingin memberikan svntikan vaksin yang baru ditemuinya kepada ayahnya. (kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa, dan kasih anak soleh sentiasa mendoakan ibu bapanya).

Dr. Barry Marshall (bersama-sama rakannya) seterusnya telah menerima anugerah Nobel Prize pada tahun 2005 hasil kajian mereka tersebut. Power betul.

Cumanya, hanya sekitar tahun 90-an barulah komuniti perubatan menerima dan meluluskan ubat antibiotik bagi merawat bakteria H. pylori tersebut. Punyalah jauh jarak masa tu.

Jadi, berbalik kepada persoalan utama, walaupun pengarah/penulis skrip mengambil jalan pintas bagi babak penemuan dan penciptaan vaksin, sekurang-kurangnya mereka meletakkan sekali dengan insuran bahawa perkara tersebut (self-test) memang pernah terjadi  dalam dunia sains sebenar sebelum ini.

Inilah bezanya skrip penulis yang dah buat study dulu, dengan skrip tangkap muat yang biasa didapati dalam sebahagian drama-drama tempatan. Apa ke heyynya projek perniagaan sampai boleh mencecah RM 35.9 billion woih. Bilangan tenaga pekerja pulak sampai 250, 000 orang. *tepuk dahi*

Yelah, yelah, fine. Takkanlah nak bandingkan level filem dengan drama televisyen ye dak? Tak aci lah ya?

Dr. Ally Hextall (Jennifer Ehle) melakukan ujian percubaan vaksinisasi ke atas dirinya sendiri tanpa kajian lebih lanjut

Lighting & production design termasuk dengan colour pallete diadun dengan menarik. Contoh macam babak di pejabat AIMM Alderson Industry, dorang guna gaya macam natural/surrounding light sahaja yang datang dari luar bangunan masuk melalui tingkap.

Dekat babak ni pon boleh nampak dengan terperinci bahagian production design dan prop apabila dorang menunjukkan lampu ofis tidak dipasang langsung, dengan backdrop pejabat yang dipenuhi dengan kotak-kotak.

Mungkin memberi maksud bahawa mereka tengah berkemas kerana perlu mengosongkan bangunan atau sebagai persediaan untuk bekerja di rumah dalam babak soal siasat oleh Dr. Mears, wakil dari CDC (karakter Kate Winslet) di ibu pejabat AIMM Alderson (syarikat tempat kerja karakter Gwyneth Paltrow yang dij4ngkiti virus).

Colour palette/grading yang banyak digunapakai adalah warna light yellowish (+ light bluish & light greenish) terutama semasa babak di ofis CDC. Stylo jugak nampak dari segi estetika apabila warna kuning ni dicampur dengan warna-warna hijau + biru ringan.

Editing dan pemilihan shot juga kreatif. Contoh ketika karakter WHO yang sedang menyiasat ground zero dengan melihat rakaman CCTV di kasino tempat patient zero/index patient lepak-lepak, filem berselang-sli shot dari pandangan pekerja WHO tersebut yang sedang fokus pada TV , dengan shot kejadian di kasino itu sendiri.

Aku jugak suka bagaimana bila filem tunjukkan para karakter sedang melihat skrin di hadapan mereka, filem tunjukkan dengan shot senget bagi paparan skrin tersebut. Seolah-olah macam dia ambil POV karakter tu sendiri (yang duduk berjauhan sedikit, di bawah tidak sejajar dengan skrin televisyen besar yang digantung pada dinding).

Cameo daripada virus Nipah. Contoh shot disengetkan bila karakter sedang tengok pada paparan skrin. Sama ada untuk tunjuk trajektori POV karakter, atau sekadar artistic choice pengarah untuk memaksimumkan keluasan visual shot.

Skrip yang diberikan kepada pelakon-pelakon dalam Contagion bukan memerlukan mereka menggunakan segala acting chop yang dimiliki mereka. Jadi disebabkan mereka ni kebanyakannya pelakon-pelakon berkelas A, skrip mudah macam ni sememangnya menjadi mainan celah gigi untuk laksanakan lakonan.

Sebagai teraju utama, Matt Damon, Marion Cotillard, Jude Law, dan Kate Winslet diberikan skrip yang lebih mencabar sedikit berbanding pelakon lain.

Terutamanya bagi karakter yang dipegang Marion Cotillard (penyiasat WHO yang ditugaskan untuk mencari patient zero dan kemudian telah diculik sebagai tebusan) dan karakter Kate Winslet (seorang pekerja lapangan penting CDC yang kemudiannya turut dij4ngkiti dengan virus dalam filem ini).

Sebagai seorang pengarah/penulis skrip yang bagus, Steven Soderbergh dan Scott Z. B. mengambil langkah yang praktikal dan bijak bagi memudahkan penonton untuk faham perjalanan masa apabila menggunakan konsep dayscale on-screen text kerebakan w4bak ini bermula pada hari-hari awal sehingga hari-hari yang terakhir.

Cara olahan pengenalan juga bagus dengan menunjukkan permulaan daripada beberapa individu, dan diperbesarkan lagi kepada sebuah keluarga.

Kemudian baru dimasukkan dan ditunjukkan kepada beberapa individu di serata dunia yang sudah dij4ngkiti, selepas itu ke tahap epidemik, sebelum akhirnya filem menunjukkan virus yang terus mengg4nas hingga menukarkan status ke pandemik ketika berada pada babak kedua.

2) 3 Wakil Tunjang Cerita

  1. Kumpulan Keluarga Kecil

Ya, sebenarnya anda boleh bangunkan cerita mengenai penularan w4bak di dunia dengan senang. Tunjuk dari mana virus tersebut datang. Tunjuk index patient yang dij4ngkiti. Di mana ground zero-nya.

Kemudian terj4ngkit pada karakter ini, terj4ngkit kepada karakter itu. Seterusnya karakter-karakter tersebut ini menyebarkan lagi kepada orang lain sampailah ke tahap berlakunya global pandemik.

Namun, disebalik kesenangan untuk memaparkan j4ngkitan demi j4ngkitan yang melanda, apa yang mengikat atau menjadi foundation kepada cerita virus atau peny4kit merebak ini jawapannya hanyalah satu – iaitu dengan meletakkan drama manusia di dalamnya.

Tanpa drama, filem tersebut hanya jadi sebuah dokumentari sahajalah. Di sinilah peri pentingnya kelompok keluarga kecil yang semacam menjadi tunjang atau batu asas kepada plot dalam Contagion.

Tapi itulah, skrip pon terpaksa ‘menipu’/cheat dengan memberikan plot armour kepada salah seorang watak utama dalam filem ini. Plot armour yang diberikan adalah dengan menulis bahawa watak Matt Damon (suami kepada watak Gwyneth Paltrow) rupanya entah macam mana immune/kebal dengan virus MEV-1 dalam cerita ini.

Jikalau plot armour ini tidak diberikan, nescaya susah sikitlah untuk memberikan impak-impak drama bersifat peribadi yang berkesan. Ya lah, kalau dah semua watak yang ada contact dengan orang yang dij4ngkiti pasti akan m4ti, nak buat drama apa dah.

Jadi terpaksalah dorang buat leniency sikit dan skrip pon tak jelaskan sangat mengapa watak Matt Damon boleh immune. Jadi telan dan angguk jelah bila masuk bahagian ni. Selain betapa convenient-nya skrip dengan pemberian peranan bagi watak untuk menjadi immune kepada virus ini adalah figura hebat, Jason Bourne. lulz.

Selain kelompok kecil keluarga Matt Damon (yang terdiri daripada isterinya, anak lelaki kecil, dan seorang anak perempuan remaja), hubungan asas kekeluargaan bagi menguatkan plot juga diberikan kepada watak Dr. Ellis Cheever (Laurence Fishburne) dan 3 lagi orang terdekat dalam cycle wataknya.

3 orang tersebut terdiri daripada yang pertama, watak teman tapi mesranya, yang kedua pekerja foot soldier-nya, iaitu Dr. Erin Mears (Kate Winslet) – yang bertanggunggjawab ke sana ke mari menyiasat kes di Minnesota (kawasan tempat tinggal karakter Matt Damon dan Gwyneth Paltrow).

Dan yang ketiga ialah Dr. Ally, orang kanan Dr. Cheever yang menggalas tugas mencari penawar vaksin bagi virus MEV-1 di makmal CDC.

Ketiga-tiga mereka duduk dalam cycle Dr. Cheever (Laurence Fishburne) dan interaksi antara mereka dan Dr. Cheever (Laurence Fishburne) masing-masing dipenuhkan juga dengan beberapa babak tulisan drama kekeluargaan, kasih sayang, dan pengorbanan.

Yang kesemuanya dilakukan atas nama tugas, cinta, dan kemaslahatan umat sejagat.

  1. Kelompok Besar: CDC, WHO, Jabatan Kesihatan, Homeland Security & T3ntera (National Guard)

Daripada peranan kecil kelompok dalam keluarga/rakan-rakan tadi, filem memperbesarkan sedikit skala dengan penglibatan pihak CDC, seterusnya Jabatan Kesihatan Negeri/hospital, WHO, dan termasuklah pihak Homeland Security dan t3ntera (National Guard).

Walaupun skala penglibatan pihak dan agensi kerajaan sudah diperluaskan, skrip masih memeluk utuh dengan rapat supaya tidak lari jauh daripada batu asas plot filem ini dengan hanya memperkenalkan satu atau dua orang wakil sahaja bagi setiap organisasi yang mereka wakili.

Tak boleh lebih-lebih. Inilah konsep less is more yang diterapkan dalam filem ini berkenaan dengan cara pengendalian watak-watak.

Contoh bagi pihak t3ntera, filem hanya menunjukkan watak Bryan Cranston (karakter Rear Admiral Haggerty – ni pon lagi sorang berpangkat besar) yang menjadi ‘muka’ kepada pihak t3ntera.

Begitu jugak dengan pihak Homeland Security, hanya seorang watak sahaja yang di tolak kehadapan sebagai pengantara organisasi di sepanjang filem ini berlangsung.

Baik, sekarang ni cuba teka pihak mana di antara mereka yang dapat hidu dahulu isu pasal virus ni? Adakah pihak CDC atau WHO? Atau Homeland Security?

Jawapannya, sudah semestinya kumpulan kaum netizen bersama-sama dengan platform virtual hujung jari mereka yang jumpa dahulu. Di mana kumpulan ini diwakili oleh seorang ahli teori konspirasi/blogger bernama Alan Krumwiede (Jude Law).

iii. Capaian Maklumat Di Hujung Jari: Media & Implikasi Ahli Teori Konspirasi

Pengenalan kepada watak ahli teori konspirasi/ blogger sepenuh masa bernama Alan Krumwiede disertakan dan dimulakan dengan exposition awal mengenai Peny4kit Minamata kepada para penonton (melalui watak seorang pekerja di syarikat media cetak).

Peny4kit Minamata ini disentuh kerana karakter Alan Krumwiede ini menjumpai sebuah video seorang lelaki Jepun yang telah jatuh s4kit di kawasan awam (salah seorang orangg awal yang dijangikit virus MEV-1 ini daripada watak Gwyneth Paltrow).

Sebut sahaja mengenai Peny4kit Minamata ni (yang mula meny3rang perairan Minamata di Jepun pada tahun 1956), boleh dikatakan semua environmentalist atau sesiapa yang mempunyai latar belakang dalam pembelajaran alam sekitar mengetahui mengenai peny4kit ini.

Peny4kit ini merupakan antara study case peny4kit top profile popular/infamous yang berlaku hasil daripada tangan-tangan kapitalistik dan tidak bertanggunggjawab sesetengah manusia.

Perlu diingatkan, tahun 1956 merupakan tahun peny4kit itu dikesan. Maknanya, entah berapa tahun dah pencemaran methylmercury telah berlaku di kawasan perairan tersebut sebelum kesannya baru nampak pada tahun tersebut.

Okay cukup bab-bab alam sekitar ni. Kalau teruskan, panjang pulak lagi nanti aku nak berceloteh. Do me a favour, jangan bukak youtube dan taip tajuk Minamata Disease Cat.

Alan Krumwiede ni menyebarkan dakyahnya menerusi blog miliknya yang bertajuk ‘Truth Serum Now’ dan mempunyai capaian engagement hingga 12 juta orang!

Situasi panik di sebuah farmasi selepas masyarakat termakan dakyah Alan Krumwiede

Jadi bayangkanlah betapa ramainya orang yang boleh termakan dakyah songsangnya sebaik sahaja jari jemarinya menari-nari di atas papan kekunci bagi menyebarkan berita-berita yang tidak diketahui kesahihannya.

Kalau dia bagitahu virus MEV-1 ni hanya ciptaan kerajaan sebagai s3njata biologi, 12 juta orang ada kemungkinan untuk percaya. Kalau dia beritahu tak perlu lakukan vaksinisasi sebab benda-benda macam ni semuanya agenda yahudi, 12 juta orang akan ada kemungkinan untuk percaya dengan berita pelesu dia.

Seterusnya, dalam konteks tulisan skrip mengenai media ini, Contagion juga menyelitkan tentang permulaan kemeruduman media cetak, berlawanan dengan media elektronik seperti blog yang sedang meningkat naik.

Ya, perlu diingatkan bahawa filem ini merupakan filem keluaran tahun 2011. Jadi boleh diambil kira latar masa filem ini juga berlaku pada tahun 2011.

Justeru, media sosial pada tahun ni macam Twitter dan Facebook baru nak naik lagi (bukan macam sekarang rasanya). Kalau ambil waktu sekarang ni di tahun 2020, rasanya memang boleh dah kalau nak masukkan media sosial dalam Maslow’s Hierarchy of Needs.

Jadi disebabkan platform dan medium media sosial tersebut masih berkategori BBNU pada tahun filem tersebut, maka blog merupakan medium media elektronik yang digunakan dalam Contagion.

Walau bagaimanapun, Twitter dan Facebook masih membuat cameo yang minimal tapi boleh dibanggakan dengan disebut secara begitu sahaja dalam beberapa plot penceritaan.

Prophet or Profit?: Alan Krumwiede – ahli teori konspirasi dan propaganda

3) Contagion: Struktur 3 Babak

Seterusnya, aku p3cahkan filem ini mengikut konsep 3 struktur/fasa yang menjadi kebiasaan untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas tentang perjalanan masa dalam Contagion:

  1. First Act: Day 2-7 (Set-up/Exposition/Pengenalan)
  2. Second Act: Day 8-26 (Confrontation/Keruncingan isu)
  3. Third Act: Day 29-135 (Resolusi)
  4. First Act: Day 2-7 (2, 3, 5, 6, 7)

Seperti biasa, babak pertama adalah sebuah babak yang penting untuk establishment dan pengenalan filem kepada penonton teutamanya isu yang dihadapi dan siapakah pemain-pemain utama yang menggalas watak yang berlainan tugas.

Pada first act, pengarah banyak menggunakan medium shot size untuk tunjuk contact beberapa orang yang sudah dij4ngkiti dengan virus MEV-1 ni (medium level, aras tangan).

Contohnya, lepas affected person ni pegang fail dan letakkan atas meja, kamera tunjukkan fail atas meja tu sekejap. Lepas affected person ni pegang tombol pintu, kamera tunjukkan shot tombol pintu tu buat seketika.

Lepas affected person ni pegang tiang (handrail) kat bas, dorang tunjukkan shot kawasan tu sekejap dan sebagainya (you get the idea).

Ini sesuatu yang bagus, nampak filmmaker dah buat kerja rumah. Kerana dengan isu-isu kecil tapi penting ni pon dia masukkan dan establish-kan dengan bagus. Dia nak penonton tahu bagaimana salah satu cara kemerebakan virus ni boleh berlaku – iaitu melalui contact.

Dan bagaimana virus ini masih boleh bertahan pada permukaan-permukaan dan objek yang sebahagian affected person tersebut telah sentuh. Sebelum filem memberikan exposition dengan lebih teliti melalui karakter-karakter saintis dan penyelidik pada second act cerita.

[“My wife makes me takes off my clothes in the garage. Then she leaves out a bucket of warm water and some soup. And then she douses everything in hand sanitizer after I leave. I mean, she’s overacting, right?” – pertanyaan seorang watak dalam Contagion. Sounds a bit familiar with our current situation right?]

  1. Second Act: Day 8-26 (8, 12, 14, 21, 26)

Babak ini dimulakan dengan press statement daripada pihak CDC dan t3ntera (sebagai wakil kepada kerajaan). Dengan menggunakan sidang media, perkara ni secara tidak langsung menunjukkan keb4hayaan virus tersebut sudah mula memuncak.

Aku juga suka akan suntingan transition dalam filem ni yang menyebabkan flow cerita rasa natural. Terutama dari satu shot ke shot lain, dan dari satu babak ke babak lain.

Suntingan J-Cut – audio daripada babak/shot seterusnya (contoh babak No 2) masuk dahulu semasa visual babak/shot No 1 masih dipaparkan pada skrin dan L-Cut – audio daripada babak/shot No 1 dimasukkan sedikit ke dalam babak/shot No 2 – digunakan dengan baik sekali.

Contoh, ketika sidang media sedang dilakukan di pejabat CDC (di Amerika), skrip menunjukkan Dr. Cheever menjawab soalan wartawan dan memetik bahawa WHO juga sedang melakukan siasatan di kawasan dipercayai sebagai ground zero.

Semasa Dr. Cheever sedang sebut mengenai WHO, kamera transition dan cut kepada babak watak epidemiologist WHO, Dr. Leonora Orantes (Marion Cotillard) sedang berada di lapangan terbang untuk berangkat ke Hong Kong, sambil dialog jawapan Dr. Cheever itu masih dimainkan pada babak shot visual karakter Marion Cotillard.

Penggunaan medium-medium lain seperti televisyen (karakter sedang menonton berita), sambil-sambil untuk tunjuk karakter lain di lokasi berlainan di serata dunia memberikan kesinambungan dan aliran pergerakan plot yang nampak semula jadi.

Penghujung second act (rising action) dimasukkan lagi debaran macam biasa ikut fasa akhir second act, iaitu dengan khabaran bahawa virus MEV-1 telah mutated menjadi lebih g4nas. Dan di luar pula, Amerika Syarikat telah isytiharkan darurat dan Martial Law diaktifkan.

Jururawat di Minnesota (tempat tinggal Matt Damon) pula telah melakukan mogok kerana sudah berada di luar kemampuan mereka untuk membantu dan menolong pes4kit yang terlampau banyak dimasukkan ke hospital dan pusat rawatan tambahan.

Kau tengok, punyalah teruk kadar j4ngkitan virus dalam Contagion ni sampaikan petugas kesihatan dan hospital pon buat mogok. Kita yang duduk di sini sepatutnya bersyukurlah sebab takde lagi frontliners seperti doktor dan jururawat nak buat tunjuk perasaan.

Aku harap sekurang-kurangnya kerajaan boleh selesaikanlah apa-apa jenis masalah penempatan atau kontrak mereka yang dah banyak berjuang ni, serta memberikan insentif-insentif yang berpatutan kepada mereka. Salute to frontliners!

Dan sekurang-kurangnya hebahan pada sidang media bertarikh 23 Mac 2020 diharap dapat mengurangkan beban mereka dan KKM secara keseluruhannya

iii. Third Act: Day 29-135 (29, 133, 135)

Sekarang ni dah masuk musim Christmas. Rusuhan rakyat makin teruk. Bekalan makanan boleh dikatakan dah tiada (pihak t3ntera ditunjukkan membekalkan makanan ready-made kepada penduduk).

Proses pemberian makanan oleh pihak t3ntera kepada penduduk setempat

Dalam dunia tengah gila semasa fasa-fasa terakhir ini, akhirnya apabila sampai ke test vaksin yang ke-57, monyet ujikaji kelihatan tidak terk0rban semasa diperiksa oleh Dr. Ally.

Namun hal ini tidak menjelaskan mengapa Dr. Ally (saintis CDC) tiba-tiba sanggup melakukan self-test dengan menyvntik vaksin tersebut kepada dirinya tanpa ujian lebih lanjut. Tidak ditunjukkan motif atau sebab pendorong mengapa dia sanggup bertindak sedemikian rupa.

Satu-satunya hal yang boleh difikirkan adalah kemungkinan disebabkan oleh ayahnya (yang tiba-tiba filem menunjukkan kemunculannya) yang sedang terlantar s4kit di hospital, kemungkinan tinggi kerana positif dij4ngkiti virus MEV-1 jugak.

Walau bagaimanapun, vaksin ini hanya boleh siap dalam masa 2-4 bulan selepas mass production. Dan sebagai contoh di Amerika, kerajaan terpaksa melakukan cabutan mengikut tarikh lahir bagi pemberian vaksin ini kepada rakyat mereka, semacam catuan mengikut jumlah bekalan vaksin yang telah dihasilkan.

Undian batch pertama penerima vaksin sedang dijalankan

Seramai lebih kurang 26 juta manusia yang dilaporkan telah terk0rban di serata dunia akibat penangan virus MEV-1 ini.

Ini adalah sesuatu yang menakutkan, kerana dalam vaksin tersebut sedang dibangunkan sehingga boleh mencukupi untuk digunakan di seluruh dunia, angka kem4tian akan terus meningkat hari demi hari.

Harapnya, kita di dunia sebenar ini dapat terus bertahan dan berdoa dalam menghadapi w4bak virus yang sedang meny3rang dunia, sekurang-kurangnya sehingga penawar dapat dicari bagi meneutralkan coronavirus disease (COVID-19).

4) Kekurangan

Jika ada perkara negatif pasal filem ini, secara peribadi saya berasa sedikit kureng bagi sesetengah bahagian seperti:

  1. Secara keseluruhan, score bagi filem ini yang ditulis oleh komposer Cliff Martinez adalah baik. Terutamanya sebab kena dengan situasi cemas seperti ditunjukkan dalam filem.

Tetapi ada sesetengah bahagian bunyian score filem kedengaran macam dibuat untuk level siri dokumentari skema, level rancangan TV  sekitar tahun 80-an, atau level siri TV penyiasatan.

Bunyi semacam fusion elektronik dan kalau tak silap sampai bunyi table/drum pon ada kedengaran dalam salah satu babak yang sepatutnya menjadi babak cemas ‘race against the time’ bagi menyelamatkan seorang mangsa yang sudah kena contact dengan karakter Gwyneth Paltrow.

Mungkin komposer menjadikan filem ini sebagai bahan eksperimentasinya kerana sebelum ini dalam filem Drive (2011), komposer telah memberikan score yang cemerlang, bertepatan dengan bunyi, ambience, dan feel neo-noir cantik dalam filem Drive yang dibintangi oleh Ryan Gosling.

Tapi sekali lagi, bab ini cuma kekurangan peribadi yang boleh dikatakan minimum impaknya. Ada juga bahagian score yang saya minat. Kerana keseluruhannya, seperit yang saya katakan, score Contagion dah mencapai objektifnya untuk memberikan perasaan cemas kepada para penonton.

  1. Jika ada plot yang boleh dikatakan tidak diikat dengan begitu ketat, saya boleh mengambil contoh subplot watak Marion Cotillard (saintis epidemiologist WHO) yang diculik semasa sedang menyiasat di Hong Kong (kerana kumpulan yang menculiknya inginkan vaksin yang sedang dibangunkan oleh pihak CDC).

Subplot ini tampak hanya dicipta untuk memberikan sedikit perasaan suspense buat seketika, tetapi malangnya tidak berpenghujung.

Dan sebelum itu juga, karakter Marion Cotillard tiba-tiba dilihat berubah dari segi karakteristiknya dan nampak seperti dia sudah lupa misi utama dan asalnya semasa menjejakkan kaki ke Hong Kong. Mungkin dah terkena Stockholm Syndrome.

Jangkaan aku bagi subplot ini, filem ingin menunjukkan bahawa walaupun setelah vaksin penawar sudah dicipta, huru-hara di serata dunia masih belum reda dan hanya memasuki fasa baharu dengan kebanyakan kumpulan pengg4nas pasti ingin mendapatkan vaksin tersebut dengan apa jua cara.

Selain itu, subplot ini juga ingin memberitahu bahawa bukan semua pihak akan mendapat akses untuk disembuhkan (atau sekurang-kurangnya perlu menunggu masa yang lama). Terutama bagi yang tinggal di negara-negara Dunia Ketiga dan yang sedang membangun.

Oh ya, vaksin MEV-1 dicipta menggunakan mekanisma nasal spray– spray ke dalam hidung. Tapi tak pasti mengapa menggunakan semburan melalui hidung (berbanding svntikan pada lengan/badan macam biasa). Tak sempat nak study dengan lebih lanjut. Mungkin sebab lebih efektif terus ke paru-paru.

5) Inspirasi Kes Virus Nipah 1998-1999

Seperti yang disebut di atas, filem Contagion mengambil inspirasi daripada virus rekaan hibrid Influenza dan kes virus Nipah (NiV) yang pernah berlaku di Malaysia pada tahun 1999 dan di Bangladesh dan India pada tahun 2001.

Inspirasi yang dimaksudkan adalah berkenaan dengan karakteristik virus MEV-1 yang bersamaan dengan virus Nipah di dunia sebenar. Terutama sekali bagaimana punca pembawa asal bagi virus ini (MEV-1) yang sejibik macam virus Nipah.

Menurut seorang virologist daripada University of Texas Medical Branch bernama Paramila Walpita (PhD), beliau menyatakan virus fiksyen MEV-1 dicipta berdasarkan pathogen sebenar yang dikenali sebagai virus Nipah (NiV).

Yang boleh membawa simpom-simptom seperti masalah respiratory/pernafasan, encephalitis (radang otak), dan sawan/seizure dan duduk dalam kelawar sebagai perumah mereka. Yang memang ada persamaan macam apa yang terjadi kepada pes4kit yang terj4ngkit dengan virus MEV-1 dalam Contagion.

Jadi setelah baca bahagian ni, diharapkan segelintir kelompok acah-acah ahli teori konspirasi palatao berhenti daripada membuat onar cerita bahawa filem ini merupakan konspirasi Amerika/Hollywood yang sudah mengetahui 9 tahun lebih awal sebelum tahun 2020 mengenai w4bak COVID-19 yang sedang melanda dunia sekarang ini.

Mengatakan bahawa COVID-19 merupakan konspirasi terancang Hollywood seperti apa yang dipaparkan filem Contagion menerusi virus MEV-1, merupakan suatu kenyataan yang sedikit meragukan.

Tetapi jika tolak segala teori konspirasi ke tepi, dan menyatakan bahawa beberapa simtom termasuk terutamanya cara pengendalian dan langkah berjaga-jaga dalam filem Contagion mempunyai persamaan dengan situasi COVID-19 sekarang, ya di sini ada sedikit logik persamaannya.

Contohnya apa yang sama diperkatakan dalam Contagion adalah seperti mengisolasi yang s4kit dan kuarantinkan yang sudah terdedah kepada pes4kit, jangan sentuh bahagian muka, suhu badan meningkat sehingga mencecah 38° celcius bagi yang berj4ngkit, s4kit kepala yang teramat, susah nak menelan, dan sebagainya.

Tetapi setakat ini sahajalah persamaannya, jauh lagi kalau nak samakan w4bak dalam Contagion dengan COVID-19 sebenarnya. Apatah lagi, para saintis masih belum mendapatkan suatu kajian yang konklusif bagi w4bak COVID-19.

Tak cukup dengan orang yang tak jujur dalam memberikan maklumat kepada warga KKM yang berhempas pulas mempertaruhkan ny4wa bagi membendung dan merawat pes4kit-pes4kit di hospital.

Ada pulak jenis-jenis manusia buat palatao sebar maklumat yang lagi mengeruhkan lagi keadaan yang tengah tegang sekarang termasuklah penyebaran maklumat acah-acah teori konspirasi pasal Contagion (2011).

Mengeruhkan keadaan satu hal, menyemakkan newsfeed pulak satu hal lain lagi.

Betullah apa yang orang tua-tua cakapkan, virus mungkin dapat dikawal dengan respon dan pelaksanaan langkah berjaga-jaga yang baik. Tapi bila masuk bab kejahilan, belum tentu lagi dapat dibendung dengan sempurna. Sebab kejahilan ni tidak bersempadan. Jahil satu hal, bodoh sombong pulak satu hal lain lagi.

This looks like a mosque, isn’t it? An empty one. #StayAtHome

6) Contagion & Situasi COVID-19 Pada Masa Kini

Tapi pada masa yang sama, nampak tak betapa realistiknya filem Contagion paparkan. Sentiasa akan ada ahli teori konspirasi di dunia sebenar seperti watak Alan Krumwiede lakonan Jude Law dalam filem ini. Bertepatan dengan dakwaan dan ramalan segelintir orang mengenai filem Contagion dan w4bak COVID-19.

Beginilah, untuk ahli acah-acah teori konspirasi pasal filem ni, kalau tak boleh nak sabar sangat, berharaplah selepas vaksin bagi COVID-19 ni dah dijumpai, mass produced dan dipasarkan ke seluruh dunia bagi memulihkan semula keadaan dunia.

Sebaik sahaja selesai semua itu, berharaplah ada mana-mana penerbit atau studio oportunis yang akan mula mengorak langkah bagi membuat filem mengenai penularan w4bak COVID-19 ni dengan betul.

Harapnya selepas itu, takde dah lagi nak pergi claim bahawa filem Contagion ni merupakan konspirasi Amerika/Hollywood yang dah tahu dari awal lagi. Dan kalau betul ada pihak produksi yang nak buat filem mengenai COVID-19, harapnya buatlah dengan plot yang padu (dan tepat).

Termasuklah kalau boleh ambillah pengarah-pengarah power contoh macam Christopher Nolan atau Damien Chazelle bagi mengarahkan filem tersebut (sekadar memetik nama top 5 director yang aku minat). Nak ambik David Fincher pon ok jugak.

7) Penamat Contagion: Save The Best For Last

Kemuncak kekreatifan skrip filem dengan material yang terhad ini adalah apabila suntingan Day 1 diletakkan di penghujung filem.

Punca dia simple je. Chef yang sedang menguruskan babi yang berada dalam barisan untuk dimasak di dapur tempat kerja dia (casino di Macau), telah dipanggil untuk bertemu dengan karakter Gwyneth Paltrow di luar (mungkin atas permintaan Paltrow untuk berterima kasih secara bersemuka terus atas hidangan yang disediakan).

Masalah yang timbul adalah apabila si chef ni dengan selambedek tidak mencuci tangannya dengan bersih menggunakan sabun, sebaik sahaja selepas dia duk tonyoh-tonyoh tangan dia dalam mulut babi tu (yang makan buah yang terjatuh daripada seekor kelawar semasa berada di penempatan kandang babi).

No cheff, no! Wash those hands properly. That’s wiping, not washing! Pfft. Punca betul

Dan kemudiannya chef ini terus pergi berjumpa si Gwyneth Paltrow untuk sesi beramah mesra bersalaman antara satu sama lain. Tu dia, setel (nasib si chef tu tidak pulak ditunjukkan langsung, mungkin sebab tak penting bagi konteks keseluruhan filem).

Jadi apa moral of the story-nya rakan-rakan?

Contagion sampaikan satu mesej mudah yang ramai dalam kalangan kita ambil acuh tak acuh. Mesejnya, walau apa-apa pon yang anda ingin lakukan, sentiasalah basuh tangan anda dengan penuh cermat sambi menggunakan sabun sebelum dan selepas melakukan apa-apa jenis aktiviti.

Terutamanya sebaik sahaja lepas pegang babi! (najis mughallazah)

Obviously kalau muslim bukan setakat perlu bersihkan, tetapi kena sucikan sekali melalui proses sertu. Bersih luaran dan suci ni dua perkara berbeza (bab toharah), ingat tu.

Tapi itulah, timbul pulak persoalan lain iaitu – kau dah nak buat apa pergi pegang atau sentuh najis-najis berat ni pulak kalau bagi muslim. Kalau dah tahu najis berat, elakkanlah daripada pegang atau sentuh.

Malahan, seperti diketahui ramai, bukan setakat najis berat je yang tak boleh dipegang. Secara asasnya, hatta orang bukan mahram (mahram ye, bukan muhrim) yang berlainan jantina pon dilarang disentuh secara fizikal tanpa berlapik. Tapi kalau nak sentuh hati, itu lain cerita la. lulz.

Asalkan tidak melanggar pantang larang dengan mempermainkan hati yang telah disentuh. Terutamanya bagi kes-kes mempermainkan hati sampai melibatkan kecurangan terhadap pasangan.

Macam apa yang sudah dilakukan oleh watak Gwyneth Paltrow terhadap suaminya (watak Matt Damon).

Bagaimana sebelum bertolak balik ke rumahnya di Minnesota, karakter Gwyneth Paltrow buat pit stop layover flight sekejap di Chicago untuk bertemu dengan kekasih lamanya – merangkap suami orang – bernama John Neal, sekadar untuk beramas mesra dan berzina.

Sudahnya, John Neal pon m4ti beberapa hari kemudian semasa filem masih dalam fasa first act.

Jadi tuan puan sekalian, selain kerap membersihkan tangan menghilangkan kekotoran dengan menggunakan sabun, jauhilah juga perzinaan. Dahlah sama-sama berstatus suami orang, isteri orang. Lepas tu apa ke gila sanggup pergi buat pit stop di Chicago semata-mata nak berzina. Kan dah kena. Tuhan bayar cash terus.

Oleh itu, kasihanilah pasangan halal anda. Sedih tengok karakter Matt Damon yang terpaksa menelan hakikat bahawa isterinya menduakan cinta dia dengan ditiduri dan meniduri suami orang.

Terutama semasa babak di pengakhiran di mana Matt Damon berseorangan belek-belek gambar mendiang isterinya (semasa di Macau) yang terdapat dalam kamera keluarga mereka, sambil terpaksa menahan sebak atas kehilangan isterinya.

Walaupun dicurangi, Matt Damon masih ingin menghormati jenazah isterinya dengan pergi ke rumah pengebumian untuk mengebumikan mayat isterinya dengan cara yang sempurna (tanam).

Namun, tiada satu pon agensi yang ingin menerima jasad tersebut untuk diuruskan disebabkan stigma kesan virus MEV-1 tersebut. Dorang siap cadangkan kepada Matt Damon untuk mengambil pilihan dengan cara memb4kar (cremati0n) terus jasad tersebut.

Mana nak cari lagi suami macam ni bhai. Teguh dan steady lagi dengan segala ujian yang menimpa dia. Masih ambil peduli untuk memberikan penghormatan terakhir kepada jasad isterinya walaupun telah diperlakukan sebegitu rupa. Cincin perkahwinan mereka pon masih disarungnya lagi.

Babak-babak drama macam ni yang menguatkan lagi plot dan penceritaan dalam Contagion. Terasa realism filem ini dengan kemasukan isu-isu drama kekeluargaan yang sangat dekat dengan masyarakat.

Isu-isu macam anak remaja perempuan jadi rebel sikit sebab kena tahanan rumah dan tak dapat berjumpa dengan teman lelakinya, isu kecurangan pasangan, isu bab kepercayaan, dan lain-lain.

Kemudian naikkan sikit skala drama dengan isu orang naik gila bukan setakat panic buying dah, tapi mengamalkan sistem anarki dengan pergi mencuri dan mer0mpak kedai-kedai termasuk juga di sekitar kawasan perumahan jiran tetangga.

Perasan tak ada berita melaporkan tiba-tiba rakyat Amerika pergi shopping beli s3njata 4pi beberapa hari lepas masa COVID-19 kian memuncak? Ha dalam Contagion pon sudah ditunjukkan sebab apa.

Jason Bourne, bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan – American style

Sungguh sekali lagi dengan teras realistik filem ini, Contagion tak memilih untuk tunjukkan sisi hero keperwiraaan berlebih-lebihan melalui watak si ayah (Matt Damon). Pengarah dan penulis skrip memang cuba sedaya upaya untuk kekalkan sifat realistik plot dalam cerita ni

Contagion tak tunjuk si ayah pergi dukung si isteri atau si anaknya yang tengah s4kit meredah banjiran manusia di hospital atau di jalanan bagi menyelamatkan mereka.

Contagion tak tunjukkan si ayah pergi melawan dan melanggar terus roadblock National Guard (t3ntera) di sempadan negeri selepas diarahkan untuk patah balik ke lokasi asal dorang datang.

Apa yang Contagion tunjukkan adalah si ayah bercakap sekejap dengan seorang anggota t3ntera (sekadar untuk menyvntik sedikit ketegangan babak) sebelum akur dengan arahan t3ntera tersebut dan terus masuk dalam kereta dan buat u-turn kembali ke rumah dia.

Dah, setel masalah. Tak payah nak masukkan babak watak utama pergi tunjuk hero tak kena tempat dalam cerita ni. Semuanya untuk mengekalkan realism filem ini. Jadi untuk para peminat filem aksi yang mengharapkan aksi hebat dalam Contagion, mungkin akan berasa sedikit bosan dan hampa.

Sekatan jalan raya oleh t3ntera yang telah diaktifkan di sempadan negeri

Yang ni pon sebenarnya segelintir masyarakat kita kena belajar jugak. Kalau dah pihak penguasa memberi arahan untuk masuk dan duduk je dalam rumah masa korang didapati berkeliaran atau berada di luar tanpa sebab yang munasabah, ikutlah cakap penguasa dan baliklah ke rumah semula.

Tak kisahlah korang ni pelancong luar ke, pelancong dalam ke, doktor pakar ke, doktor cinta ke, agamawan ke, ahli saintis ke, pakar ekonomi ke, jaguh sukan atau juga jutawan. Kalau dah pihak polis cakap masuk ke rumah, masuklah ke dalam rumah dan duduk diam-diam dalam tu.

Kata rumahku, syurgaku. Ye dak?

Sedangkan orang legendary ‘human weapon’ spy hitman macam Jason Bourne pon boleh hormat arahan penguasa dan tak nak buat scene serta menyusahkan orang lain, inikan pulak korang level-level orang awam je. Sepatutnya lagilah boleh ikut arahan kan.

Satu lagi, berlakulah jujur (kepada staf KKM) dan janganlah menjadi pembvnuh secara senyap.

Di samping itu (kembali semula kepada penamat cerita ini – Day 1), cara cerita ini tamat dengan flashback jugak turut mendedahkan bahawa syarikat AIMM Alderson – sebuah syarikat global dalam bidang mining dan manufacturing – sebenarnya sedang melakukan kerja-kerja penebangan dan pembersihan hutan (deforestation) untuk membina sebuah tapak projek kilang baharu bagi syarikat gergasi tersebut.

Dan karakter Gwyneth Paltrow (bersama-sama dengan top management AIMM Alderson lain dari serata dunia) sedang berpesta dan berseronok di salah sebuah casino yang terletak di Macau bagi meraikan pembukaan tanah kilang baharu tersebut.

Jadi, mungkin boleh disimpulkan hal ini seperti satu kitaran sumpahan hukum alam atau sebuah sumpahan kelawar (dan binatang-binatang lain yang dikacau habitatnya) terhadap manusia.

Kelawar ladam (horseshoe bat) tu tengah duk syok lepak-lepak kat pokok, tiba-tiba mai pulak bulldozer pergi langgar pokok tempat dia tengah bergayut dengan member-member dia. Lepas rasa macam kena halau dari habitat sendiri, kelawar tu pergi la cari makan dan menjamah selera buah pokok pisang.

Akibat kawasan rumah asal dah kena langar bulldozer, kelawar tersebut pergilah terbang ke lokasi lain. Dan lokasi lain ini tidak lain tidak bukan adalah sebuah kandang babi.

Duk bergayut kelawar tu sambil makan kat situ sampailah makanannya itu secara tak sengaja (atau sengaja) jatuh ke bawah betul-betul di kawasan babi-babi tersebut berkumpul.

Cantik punya landing jatuh datang pulak seekor babi pergi ngap buah tersebut. Kemudiannya, eloklah pulak ada chef atau pekerja restoran kasino datang beli babi tersebut, sebagai persiapan atau stok untuk dimasak. Konklusinya, bertemulah chef tersebut dengan watak Gwyneth Paltrow pada malam tersebut di kasino itu.

Akhirnya, virus daripada kelawar yang lari selepas dilanggar bulldozer AIMM Alderson, terhinggap kepada pekerja AIMM Alderson sendiri semula. Nampak tak, poetik.

What are the odds!

Cerita ditamatkan dengan memperlihatkan jika untuk pencari vaksin/penawar, usaha yang tidak putus dan ikhtiar yang berterusan itu penting. Jangan sesekali putus asa. Demi meneutralkan virus dan w4bak yang melanda untuk kesejahteraan manusia.

Namun bila masuk bab fitnah dan misinformation, terutama yang melibatkan kepentingan peribadi, itu memang tiada penawarnya dan yang ada hanyalah masyarakat yang celik maklumat dan sentiasa tabayyun. Bagi melawan dan menghentikan segala penyebaran virus kecelaruan dan kesalahan maklumat.

Itulah yang ditunjukkan apabila dunia telah sedikit demi sedikit beransur pulih, orang macam ahli teori konspirasi bernama Alan Krumwiede dalam Contagion ini, akan sentiasa hidup dan terus wujud.

Terserah kepada masyarakat untuk memperbetulkan sebahagian maklumat yang penuh dengan kebatilan.

Vaksin SARS dan H1N1. Kemudian shot menunjukkan vaksin MEV-1 siap untuk disimpan. Sukses! Case closed! Sekarang mari berusaha untuk COVID-19 pula!

Akhirul kalam, semoga tuhan dapat memberikan pertolongan serta rahmatnya, dan kita rakyat Malaysia dapat bertahan dan mengharungi detik-detik sukar yang sedang melanda dunia sekarang dengan cekal dan jayanya.

#DudukDiRumah

#Jarak1MeterDariOrangLain

#KerapBasuhTanganGunaSabunSelama20Saat

[“But right now, our best defense has been social distancing. No hand-shaking, staying home when you’re sick, washing your hands frequently.” – Dr. Cheever]

Rating: 4.0

2.5 – Better luck next time
3.0 – Average at best
3.5 – Above average
4.0 – A good, solid movie
4.5 – Near-perfect
5.0 – A masterpiece!

RUJUKAN:

  1. com, https://www.boxofficemojo.com/release/rl3595208193/
  2. Garrett, L. (2017). Contagion: Exploring Modern Epidemics. havard.edu, https://www.radcliffe.harvard.edu/file/contagion-5-5-laurie-garrett-radcliffe-institute
  3. Ghose, T. (2011). Contagion: Science Fact? the-scientist.com, https://www.the-scientist.com/news-opinion/contagion-science-fact-41929
  4. Kugler, M. (2019). The Minamata Dis4ster and the D1sease That Followed. com, https://www.verywellhealth.com/minamata-d1sease-2860856
  5. squarespace.com, http://lgarrett.squarespace.com/contagion
  6. com, https://octavianreport.com/contributor/laurie-garrett/
  7. Weintraub, P. (2010). The Doctor Who Drank Inf3ctious Broth, Gave Himself an Ulcer, and Solved a Medical Mystery. com, https://www.discovermagazine.com/health/the-doctor-who-drank-inf3ctious-broth-gave-himself-an-ulcer-and-solved-a-medical-mystery
  8. int, https://www.who.int/csr/disease/nipah/en/

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Beridentitikan sebagai pengamal HSE, penulis merupakan penggemar Batman yang agak tegar. Namun, disebabkan kadang-kala berprinsipkan dengan lagak sang realis, ketegaran itu berada dalam genggaman erat tangannya sahaja, dan tidak sampai disematkan di dalam kotak hatinya. Sehingga kini, penulis masih merefleksikan hakikat pengertian sebenar sinema bagi dirinya sendiri - sebuah 'solace' atau sebentuk 'escapism'

Comments are closed.