Maharaja Commodus adalah maharaja yang menyebabkan empayar Rom mulai runtuh akibat cara baginda memerintah yang begitu korup. Commodus percaya bahawa baginda ialah inkarnasi dari hero mitologi bernama Hercules kerana sifatnya yang suka bertarung di arena gladiator.
Baginda juga suka membvnuh lawan yang tidak lagi berupaya melawan dan binatang puas saat baginda bertarung sebagai gladiator. Kerana ketaksuban Commodus ini, ramai rakyat Rom tidak menerima baginda sebagai maharaja.
KEHIDUPAN AWAL COMMODUS
Commodus dilahirkan pada 31 Ogos 161 Masihi di kota Lanuvium, 22.5 kilometer dari tenggara Rom. Ayahandanya ialah maharaja Rom bernama Marcus Aurelius dan bondanya ialah sepupu pertama Aurelius bernama Faustina the Younger.
Commodus ialah anak kesepuluh dari 14 orang anak. Pada asalnya, Commodus lahir bersama adik kembarnya bernama Titus Aurelius Fulvus Antonius. Setelah Titus meninggal dunia pada usia 4 tahun, hanya Commodus saja yang hidup.
Ahli perubatan Aurelius bernama Galen diberi tugasan untuk menjaga Commodus untuk memastikan dia sentiasa sihat. Jika Commodus sakit, dia segara diubati agar badannya sentiasa cergas.
Selain diberi jagaan kesihatan yang cukup, Commodus juga diberikan pendidikan yang baik dan latihan ketenteraan dan dia gradusi dengan jayanya, Dari kehidupan awal, Commodus dilihat terjamin dan berkelayakan sebagai maharaja Rom yang berkarisma.
Namun uniknya pada kehidupan awal Commodus ini, dia diambil sebagai anak angkat oleh keempat-empat maharaja sebelum Aurelius, sampaikan Commodus mendapat gelaran Caesar pada umur 5 tahun bersama adik lelakinya bernama Marcus Annius Verus.
Setelah kemangkatan Verus, Commodus satu-satunya anak lelaki Aurelius yang mempunyai gelaran Caesar. Di sinilah Aurelius mula terdesak inginkan darah dagingnya mewarisi takhta selepas baginda mangkat, bermula dari melantik anak lelakinya ini sebagai ketua tentera pada usia yang muda.
Bertahun-tahun Commodus membesar, dia dikatakan sedih dengan sikap ayahandanya yang tidak lagi serius melakukan urusan kerajaan, tidak lagi maharaja yang berkarisma di mata Commodus.
Terdapat khabar bahawa Commodus bukanlah anak kandung Aurelius, sebaliknya dia adalah kelahiran dari hubungan sulit bondanya. Khabar ini wujud disebabkan Commodus sendiri yang cintakan pertarungan gladiator.
Kemudian wujud lagi khabar bahawa Commodus ialah anak kelahiran bondanya bersama seorang gladiator.
Dari perkhabaran ini Aurelis berasa sedih namun baginda tetap juga ingin mengasah bakat Commodus untuk menjadi pewarisnya . Ketika Commodus pada usia remaja, dia mengikuti ekspedisi ketenteraan ayahandanya. Pada 27 November 176 Masihi, Aurelius melantik Commodus sebagai Imperator, pangkat atasan yang tugasnya seperti komander.
Pada tahun-tahun berikutnya, Commodus menjadi maharaja bersama Aurelius dan mereka berdua memerintah bersama sehingga kemangkatan Aurelius pada tahun 180. Dari sinilah Commodus dilantik sebagai maharaja baru dan ahli konsul termuda dalam sejarah Rom.
ZAMAN PEMERINTAHAN COMMODUS
Setelah kemangkatan ayahandanya, Commodus menjadi maharaja solo. Sepanjang baginda memerintah, segala urusan pentadbiran Rom baginda bersikap acuh tak acuh dan tidak cekap. Tidak pernah Commodus berniat untuk menjadi maharaja berkaliber seperti mendiang ayahanda inginkan.
Commodus pada mulanya melibatkan diri dalam aktiviti tentang kepimpinan dan mengadakan perjanjian damai yang lebih memihak kepada Rom. Kemudian, baginda melaksanakan penurunan nilai mata wang Rom iaitu denarius dan menurunkan nilai ketulenan mineral perak.
Pada awal pemerintahan, baginda bertanggungjawab seperti maharaja terdahulu. Lama kelamaan, Commodus terus fokus hobinya sebagai gladiator. Menurut sejarahwan Rom bernama Dio Cassius, Commodus mula tidak berminat dalam dunia politik saat empayar Rom mengalami keruntuhan. Di sinilah Commodus jadikan Rom dari kerajaan emas kepada kerajaan besi dan berkarat.
Semasa baginda sibukkan diri dalam arena gladiator, Commodus biasanya terus terjun ke arena dan ikut bertarung. Orang Rom melihat tindakan baginda ini sebagai tindakan memalukan dan tidak menghormati upacara gladiator.
Namun Commodus tidak peduli dan dengan angkuh baginda menyatakan dengan jelas bahawa dia ialah inkarnasi Hercules. Kemudian, baginda mahukan patung arca dirinya berpakaian seperti Hercules dan mahukan rakyat memanggil beliau dengan nama Hercules.
Apabila bertarung dalam arena, ramai lawan Commodus menyerang kalah untuk selamatkan dirinya. Namun Commodus seperti haiwan buas. Semasa latihan, Commodus membvnuh semua lawannya.
Ketika masuk dalam arena, Commodus meminta tentera yang cedera dan cacat dibawa masuk untuk dibvnuh. Rakyat yang kecacatan kaki akan diikat bersama dan disediakan untuk Commodus pukul sepuasnya.
Tambahan lagi, baginda membvnuh haiwan-haiwan eksotik seperti singa, burung unta, badak sumbu, gajah, dan zirafah. Ketaksuban Commodus dalam arena gladiator menjadikan warga Rom kegerunan dan muak akan peranannya sebagai maharaja.
AKHIR KEHIDUPAN COMMODUS
Kerana sifat Commodus yang liar ini, ia membawa kepada percubaan untuk membvnuh baginda. Pada November 192, baginda mengadakan Plebian Games, permainan di mana baginda menggunakan panah dan lembing untuk memburu haiwan liar yang berkeliaran pada waktu pagi. Petangnya pula baginda pergi ke arena gladiator.
Sehingga bulan Disember tahun ini, Commodus akan mengisytiharkan dirinya sebagai gladiator yang sah pada tahun baru iaitu 1 Januari 193. Pengisytiharaan baginda mengundang kemarahan warga Rom dan para anti-Commodus mula melakukan cubaan membvnuh maharaja itu.
Skandal Commodus bernama Marcia memainkan peranan penting dalam cubaan membvnuh Commodus. Pertama, dia meracun maharaja itu dengan meletakkan racun dalam makanan. Namun Commodus memuntahkan balik makanan itu. Cubaan kedua pula ialah meminta kawan segusti Commodus bernama Narcissus mencekik baginda semasa mandi. Percubaan ini berjaya dan akhirnya Commodus mengikut jejak maharaja dahulu yang mati dibvnuh pada tahun 192.
Kisah Commodus ini kemudian ditulis dan disimpan oleh sejarahwan. Kisah baginda menjadi pengajaran kepada semua warga bahawa menjadi maharaja yang ‘syok sendiri’ dan taksub kepada arena gladiator bukanlah maharaja yang Rom inginkan, walaupun empayar semakin goyah. Di sinilah Commodus dikenali sebagai maharaja yang memulakan keruntuhan empayar Rom.
Kalau anda berminat dengan artikel berkaitan Tamadun Rom, kami sebenarnya baru sahaja menaikkan dua buku terbaru kami, KITAB TAMADUN ROM dan KITAB TAMADUN MONGOL untuk mula dijual di Shopee. Boleh beli di KTM: bit.ly/3r5FGS4 KTR: bit.ly/30VoLai
RUJUKAN:
Reese, M.R. 27 November 2021. Commodus: The Outrageous Emperor Who Fought as a Gladiator. Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih