Minggu ini, negara dikejutkan dengan satu kes pembvnvhan seorang remaja berusia 19 tahun di Hulu Terengganu. Pada awalnya, ramai menganggap ini sekadar perlakuan j3n4y4h k3j4m yang dilakukan oleh penj3n4y4h tegar. Tetapi selepas polis menahan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun pada 2 November lalu sebagai suspek kes, ia mengingatkan penulis kepada satu lagi kes kejam membabitkan Isabella Guzman.
Pada Ogos 2013, Isabella Guzman, ketika itu berusia 18 tahun melakukan satu perbuatan terkutuk yang tidak boleh dibayangkan oleh akal iaitu men1k4m ibu kandungnya Yun Mi Hoy sebanyak 151 kali di bahagian muka dan dada. Perbuatan ini berlaku dalam bilik air kediaman mereka semasa ibunya sedang mandi. Selain men1k4m, Guzman juga memvkvl Hoy dengan pemvkvl bet.
Berdasarkan afidavit mahkamah, Guzman bukan sekadar tidak menghormati ibunya. Malah, pada satu tahap, sanggup meng4nc4m Hoy kerana merasakan ibunya yang berusia 47 tahun itu menghalang kebebasannya. Walaupun tidak dinyatakan apa bentuk halangan yang dinyatakan, jiran-jiran pernah menelefon polis Aurora kerana melihat beberapa orang lelaki melompat keluar dari pagar laman belakangnya.
Hasil siasatan polis mendapati lelaki-lelaki ini sebenarnya teman-teman lelakinya. Sehari sebelum Hoy dibvnvh, Guzman meludah ibunya dan menghantar satu e-mel berunsur 4nc4man yang berbunyi, “Anda akan menyesal.”
Pada hari berlakunya pembvnvhan, polis dipanggil awal hari tersebut selepas mendapat laporan perg4dvhan domestik. Walaupun tiada tangkapan dibuat, mereka memberi amaran kepada Guzman agar menjaga tingkah lakunya atau berdepan risiko diusir keluar dari kediaman berkenaan. Menurut bapa tirinya Ryan Hoy, amaran tersebut menenangkannya dan mendorongnya duduk dalam bilik sepanjang hari.
Hoy yang ketakutan cuba meminta bapa kandung Guzman, Robert datang ke rumah dan menasihati anak kandungnya itu. Tiga jam sebelum pembvnvhan, dia tiba di rumah dan menasihatinya agar menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Robert menyangka anaknya akan akur dan bersedia mengubah sikapnya itu.
Dia berkata, “Dalam perbualan tersebut, saya sangka saya dapat mengubahnya. Tetapi nampaknya ia tidak memberi kesan kerana beberapa jam selepas itu, perkara ini (pembvnvhan Hoy) berlaku.” Pada malam kejadian, Ryan berada di rumah apabila Hoy pulang dari tempat kerjanya pada 9.30 malam dan naik ke tingkat atas untuk mandi.
Semasa sedang makan, tiba-tiba dia mendengar bunyi pvkvlan di tingkat atas dan suara isterinya meminta tolong. Ryan segera berlari ke tingkat atas tetapi Guzman segera menutup dan mengunci pintu. Pada masa itu juga, dia perasan darah mengalir laju di bawah pintu.
Tidak lama selepas itu, Guzman keluar dari bilik air sambil membawa seb1l4h p1s4u dan terus menuju ke bawah. Ryan cuba menyelamatkan Hoy tetapi pada ketika itu, isterinya sudah tidak bernyawa lagi. Polis Aurora yang tiba mengesahkan kem4t1annya dan salah seorang daripada mereka, Frank Fania menganggap tempat pembvnvhan sebagai sesuatu yang meng3rikan.
Siasatan polis mendedahkan selepas melarikan diri sehari selepas itu, Guzman singgah di premis H Mart berhampiran dan menggunakan tandas untuk mencuci muka dan menyalin pakaian. Dia berjaya berbuat demikian selepas mendakwa dirinya merupakan mangsa rogol di Denver dan meminta mereka tidak menghubungi polis. Jika mereka berbuat demikian, dia akan dihantar pulang dan Guzman mendakwa amat takut dengan bapanya.
Sehari kemudian, polis berjaya menjejakinya di sebuah tempat meletak kenderaan tetapi dia memberitahu mereka bahawa dia bukan Isabella Guzman. Sebaliknya, dia ialah Samantha Gonzales dari Cincinnati, Ohio dan bertegas itu merupakan identitinya walaupun selepas polis menunjukkan kad pengenalan sebenarnya. Bila ditanya tentang hal tersebut, Guzman membalas, “Orang itu serupa dengan saya tetapi saya bukan dia.”
Dia cuba melarikan diri tetapi cubaannya tidak berhasil. Ini kerana tiga orang polis sudah menunggunya semasa cuba melarikan diri dari dan berjaya menahannya tanpa sebarang insiden.
Setahun selepas itu, mahkamah memutuskan menghantarnya ke Institut Kesihatan Mental Pueblo, Colorado selepas rayuan Guzman bahawa dia tidak siuman diterima mahkamah. Keputusan tersebut dibuat selepas dia didiagonosis dengan peny4kit mental skizofrenia paranoid hasil testimoni pakar kesihatan mental Dr Richard Pounds.
Dalam keterangannya, Pounds berkata, “Terdapat tanda-tanda jelas dia berhalusinasi. Dia melihat ruang kosong, berbual dengan orang yang tidak wujud dan suka ketawa sendirian.” Dalam penghakimannya, Hakim George Brauchier mengumumkan Guzman akan ditahan di institut tersebut untuk satu tempoh yang tidak dinyatakan.
Beliau berkata, “Terpulang kepada para doktor menentukan sama ada dia masih berb4h4y4 kepada dirinya dan masyarakat atau tidak. Ia boleh saja selama setahun atau dua tahun atau sepanjang hayatnya. Ini merupakan satu keputusan yang sukar kerana anda menghakimi seseorang yang telah melakukan pembvnvhan k3j4m terhadap seorang wanita yang tidak berdaya dan tidak bersalah.
“Ibunya sedang mandi semasa dia dit1k4m 151 kali. Tetapi perlu diingat, kita bukan mem3nj4r4kan semua orang sesuka hati hanya kerana mereka melanggar undang-undang. Kita menghukum individu yang membuat keputusan salah bila mereka tahu ada pilihan lain dan boleh mengubah tindakan mereka.”
Berdasarkan semua keterangan yang didengarnya di mahkamah, Brauchier memutuskan Guzman langsung tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Tambahnya, “Saya merasa yakin. Dan demi kepentingan keadilan, saya perlu mengambil keputusan ini.”
RUJUKAN:
Daily Mail. (2014). Teenage girl who kill3d her mother by st4bb!ng her 151 times and then b34t her with a baseball bat AVOIDS jail after judge declares her insane. https://www.dailymail.co.uk/news/article-2672580/Teenage-girl-st4bb3d-mother-151-times-AVOIDS-jail-judge-declares-insane.html
Nazari, Tasneem (2020). The Horrifying Crim3 Story Behind The “Sweet But Psych0” Girl In That Viral TikTok Video. The Rakyat Post. https://www.therakyatpost.com/2020/09/10/the-horrifying-crim3-story-behind-the-sweet-but-psych0-girl-in-that-viral-tiktok-video/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih