Pe.ra.ng Dunia Kedua (WWII) meninggalkan pelbagai legasi yang terus dirasai sehingga hari ini. Bagi para penje.na.yah pe.ra.ng dari Jerman, Itali dan Jepun, Tribunal Nuremberg dan Tokyo menjadi tempat untuk mereka diadili dan dihukum. Tetapi satu je.na.yah dibiarkan berlalu tanpa sebarang keadilan buat mangsanya: com.fort women atau ha.mba se.ks ten.te.ra Jepun.

Walaupun rumah pela.cu.ran ten.te.ra sudah diwujudkan untuk memenuhi keperluan se.ks.ual ten.te.ra Jepun pada 1932, itu masih lagi tidak mencukupi. Rumah-rumah pela.cu.ran mula diwujudkan secara meluas selepas satu insiden paling menyayat hati di Nanking: peristiwa ro.go.l beramai-ramai di Nanking.

Pada 13 Disember 1937, ten.te.ra Jepun menggerakkan kempen pembu.nu.han beramai-ramai secara sistematik di Nanking selama enam minggu. Kempen tersebut bukan saja menyaksikan bandar itu bertukar menjadi padang jarak padang tekukur. Malah, kempen Nanking turut menyaksikan 20,000 hingga 80,000 orang wanita menjadi mangsa nafsu buas ten.te.ra negara Matahari Terbit itu.

Rajah 1: Kempen berda.ra.h Nanking pada 1937 memaksa Jepun mengubah polisi rumah pela.cu.ran untuk ten.te.ra mereka.

Apabila imej kempen di Nanking terpampang di dada pelbagai akhbar di seluruh dunia, imej tersebut ternyata mengejutkan komuniti dunia. Maharaja Jepun ketika itu, Maharaja Hirohito mengarahkan rumah-rumah pela.cu.ran ten.te.ra ditambah bagi memastikan perkara ini tidak berulang. Ini kerana ia dapat mencegah penularan penyakit berjangkit sek.sual (STD) dalam kalangan ten.te.ra, mengelakkan lebih banyak insiden keke.ja.man terhadap orang awam dan menjamin bekalan pela.c.ur diperlukan untuk memuaskan nafsu ten.te.ra mereka.

Kebiasaannya, wanita-wanita ini ‘direkrut’ dengan cara sama ada diculik di tepi jalan, dijanjikan gaji lumayan untuk pekerjaan seperti jururawat atau kerani atau dibeli untuk dijadikan sebagai khadam. Kebanyakan wanita ini berasal dari wilayah-wilayah Asia yang dijajah Jepun termasuk Asia Tenggara tetapi majoriti mereka berasal dari China dan Semenanjung Korea. Dan ada kes di mana wanita-wanita Barat turut dipaksa dijadikan sebagai comfort women.

Bila mereka berada di rumah-rumah pela.cu.ran ini, wanita-wanita ini dipaksa mengadakan hubungan kelamin dengan ten.te.ra Jepun dalam keadaan menyedihkan dan tidak berperikemanusiaan. Walaupun pengalaman mereka berbeza mengikut wilayah yang dijajah, kebanyakan pengalaman mereka berkongsi naratif sama. Antara persamaan pengalaman mereka ialah kekerapan aktiviti ro.go.l terutama sebelum sebarang operasi keten.te.raan, sakit fizikal melampau, mengandung, dijangkiti STD dan keadaan rumah pela.cu.ran yang kotor. (Blakemore, 2018)

Di Malaysia, kebanyakan comfort women yang dipaksa memuaskan nafsu ten.te.ra Jepun merupakan orang Cina. Bagi ketua biro aduan parti MCA, Datuk Michael Chong, satu kisah comfort women yang diceritakan pada 1993 masih segar dalam ingatan beliau. Ia berkenaan seorang wanita yang mengadukan nasibnya sebagai comfort women semasa era pendudukan Jepun.

Rajah 2: Datuk Michael Chong semasa mendengar kisah comfort women pada 1993. Sumber: Datuk Michael Chong.

Wanita tersebut menceritakan dia pernah melayan 12 orang ten.te.ra dalam sehari. Wanita itu pernah berkira-kira untuk mengakhiri riwayatnya sendiri tetapi membatalkannya selepas dipujuk ibunya untuk terus tabah setiap kali bertemu di rumah pela.cu.ran. Tambah Chong lagi, tidak lama selepas mendapat kes berkenaan, tiga lagi wanita dari Sandakan dan Kota Kinabalu tampil menceritakan pengalaman ngeri mereka sebagai comfort women. (Kwan, 2021)

Narcisa Claveria, 89, dari Filipina pula menceritakan pengalaman dirinya dibawa ke rumah pela.cu.ran untuk dijadikan sebagai pemuas nafsu buas ten.te.ra Jepun. Dia masih ingat setiap kali malam menjelang, pada waktu itulah ‘binatang-binatang’ itu merobek mereka tanpa sebarang belas kasihan. Claveria pada ketika itu berusia 12 tahun. (McCarthy, 2020)

Jika anda sangka amalan comfort women berakhir dengan tamatnya WWII, anda tersilap sama sekali. Rumah-rumah pela.cu.ran ten.te.ra Jepun terus dikekalkan dengan pelanggannya saja berubah: ten.te.ra-ten.te.ra Amerika Syarikat! Bukan sedikit comfort women dipaksa mengadakan hubungan kelamin dengan ten.te.ra-ten.te.ra AS sehinggalah rumah-rumah ini diarah tutup atas arahan Jeneral Douglas MacArthur pada 1946.

Pada ketika itu, terdapat 20,000 hingga 410,000 orang wanita diperhambakan sebagai hamba s.eks di 125 buah rumah pela.cu.ran. Menjelang 1993, Tribunal Pencabulan Hak Asasi Wanita Antarabangsa PBB menganggarkan 90% comfort women telah kembali menemui Pencipta mereka. Angka tersebut sememangnya mengejutkan kerana dengan pemergian mereka, semakin sedikit bilangan wanita yang boleh menjadi saksi testimoni terhadap je.na.yah kejam Jepun itu. (Blakemore, 2018)

Tambah sukar, kebanyakan dokumen berkenaan comfort women dimu.sn.ahkan oleh Jepun pada akhir WWII. Ini memaksa sejarawan dan pengkaji bergantung kepada anggaran bilangan sebenar mereka mengikut dokumen-dokumen yang terselamat. Bagi Jepun, cerita sebegini cuba dipadam sebagai satu babak sejarah mereka yang memalukan dan patut dilupakan.

Pada Jepun, perkara sebegini boleh dilupakan begitu saja. Tetapi bagi para wanita yang dipaksa sebagai hamba se.ks Jepun, mereka berdepan pelbagai tohmahan dan disisihkan daripada masyarakat sekeliling. Ada yang terpaksa menyembunyikan kisah ini untuk tempoh yang lama kerana menganggap ia satu titik hitam yang patut dilupakan. Justeru, tidak hairanlah jika ada kes di mana sesetengah wanita ini membu.nu.h diri atau cuba membu.n.uh diri. (Blakemore, 2018; Kwan, 2021)

Jika anda berani, cubalah bangkitkan isu ini dalam kalangan masyarakat Jepun. Percayalah, ramai akan menolak isu ini atas alasan rumah-rumah pela.cu.ran ten.te.ra tidak wujud atau itu sekadar kisah lama yang patut dilupakan. Tidak seperti Jerman yang dipaksa berdepan dengan je.na.yah mereka semasa WWII dan mengakuinya, Jepun tidak diletakkan dalam situasi sama.

Penulis tahu selama bertahun-tahun golongan nasionalis Jepun enggan mendedahkan sisi gelap negara itu dalam WWII dalam kurikulum sejarah mereka. Jika didedahkan, mitos kempen Jepun yang dianggap suci dan bebas daripada perilaku je.na.yah selama ini akan terbongkar. Dan semua tinggalan era berkenaan termasuk Kuil Yasukuni akan dipandang dari sudut berbeza oleh warga Jepun.

Bukan tidak ada usaha memaksa Jepun mengakui kesalahan mereka dan memberi pampasan kepada wanita-wanita ini. Kempen sudah digerakkan pada tahun 80-an lagi terutama selepas Korea Selatan bebas daripada pengaruh junta ten.te.ra pada 1987.  Sejak tahun 90-an, isu ini menjadi duri dalam daging kepada hubungan Jepun-Korea Selatan.

Jepun ada membuat permohonan maaf berkenaan comfort women pada tahun 1993 tetapi ia bukan dibuat atas kapasiti rasmi. Dan ini sesuatu yang menjengkelkan ramai pihak yang berusaha melobi mereka untuk berbuat demikian. Sehingga hari ini, tiada sebarang usul permohonan maaf dibentangkan di Diet dengan setiap Perdana Menteri memilih untuk membisu.

Pada 2015, Jepun memeterai perjanjian dengan Korea Selatan untuk membayar pampasan kepada comfort women mereka. Menariknya, perjanjian itu dirundingkan Menteri Luar ketika itu merangkap bakal Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida. Bagaimanapun, apabila Korea Selatan meminta ia disemak semula, ia sekali lagi merenggangkan hubungan kedua-dua negara sehingga hari ini. (Blakemore, 2018)

Dengan Kishida bakal menjadi Perdana Menteri, hal ini sudah pasti akan diketengahkan semula sebagai syarat menjernihkan hubungan kedua-dua negara. Tetapi persoalannya, apakah itu akan berubah di bawah Kishida atau skrip sama berulang? Hanya masa akan menentukan.

Di Malaysia, usaha mendapatkan permohonan maaf telah dibuat oleh Chong tetapi berakhir dengan kegagalan. Ini kerana pentadbiran negara pada tahun 90-an yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad memilih untuk tidak membangkitkan hal berkenaan atas alasan mahu menjaga hubungan baik dengan Jepun. Malah, beliau diberitahu hal tersebut dianggap selesai selepas negara itu menyerahkan dua buah kapal dagang kepada Malaysia beberapa tahun sebelumnya. (Kwan, 2021)

Yang pasti, masa semakin suntuk untuk wanita-wanita ini menuntut hak mereka. Bagi Lee Yong-soo, 92, dia menganggap perjanjian pampasan yang dimeterai Korea Selatan dan Jepun pada 2015 sebagai satu pengkhianatan. Kini, satu-satunya harapan untuk mendapatkan keadilan ialah menerusi Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Tetapi dengan usianya semakin lanjut, dia hanya mampu berharap Tuhan melanjutkan usianya sebelum perkara tersebut tercapai. (Sang-mi, 2021)

RUJUKAN:

Sang-mi, Cha. (2021, 2 Julai). S.Korea’s few surviving ‘co.mfor.t women’ face life’s end as political fight rages on. Reuters.

Blakemore, Erin. (2018, 20 Februari). The Brutal History of Japan’s ‘Co.mfort Women’. History.

Kwan, Faye. (2021, 8 Mac). Untold stories of Malaya’s ‘comfort women’. Free Malaysia Today.

McCarthy, Julie. (2020, 4 Disember). Why These World W.ar II Se.x Sla.ves Are Still Demanding Justice. National Public Radio.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.