Coelacanth adalah spesis ikan purba yang berkembang kepada dua jenis ikan dari kumpulan genus Latimeria iaitu Coelacanth India Barat (Latimeria chalumnae) dan Coelacanth Indonesia (Latimeria menadoensis).
Ikan ini dari kumpulan besar Sarcopterygii, ikan bersirip bulat berkeluarga dengan kumpulan ikan lungfish dan kumpulan haiwan tetrapod (berkaki empat), berbeza dengan kumpulan ikan laut bersirip yang melebar.
Ikan yang hidup dari 400 juta tahun lalu ini adalah ikan yang besar dan mampu membesar sehingga 2 meter panjang dan berat sehingga 90 kilogram. Jangka hayat Coelacanth biasanya mencecah 60 tahun atau lebih.
Coelacanth adalah haiwan nokturnal (aktif pada waktu malam) dan pemakan ikan yang pasif. Ikan ini mempunyai 8 sirip di seluruh badan: sepasang di bahagian hadapan badan, 4 pasang di bahagian abdomen, dan 2 lagi sirip di bahagian ekor (ekor juga termasuk sebagai sirip).
Kulitnya pula berbintik putih dan bersisik tebal yang berpotensi sebagai perisai semula jadi. Ikan ini juga sebenarnya berenang agak perlahan walaupun berstatus pemangsa. Ia hanya memecut apabila terjumpa mangsa di hadapannya.
Uniknya tentang ikan Coelacanth ini adalah para pengkaji menyangka ikan purba ini telah pupus bersama ikan bersirip bulat yang lain selepas kepupusan besar-besaran dinosaur. Mengikut kajian dari fosil, Coelacanth hidup sehingga 66 juta tahun dulu dan sepatutnya pupus bersama ikan purba lain seperti ikan Osteolepiform dan Porolepiform.
Pada 23 Disember 1938, pemancing dan pemilik kapal bernama Hendrick Goosen telah menangkap ikan yang serupa dengan Coelacanth di Sungai Chalumna, Afrika Selatan. Kemudian penjaga muzium bernama Marjorie Countenay-Latimer terpanggil untuk melihat ikan yang aneh menurut Goosen.
Latimer terus menghubungi J. L. B. Smith, pengkaji ikan dari Rhodes University dan menghantar lukisan ikan oleh Latimer. Keputusannya, inilah ikan Coelacanth sebenar yang telah dianggap pupus!
Dari penemuan itu, ikan itu dipanggil Coelacanth India Barat dan ditemui di kawasan perairan Comoros, Kenya, Tanzania, Mozambique, Madagascar, dan Afrika Selatan. Pada tahun 1938 hingga 1975, sebanyak 84 ekor Coelacanth telah ditangkap untuk tujuan penyelidikan.
Manakala spesis Coelacanth dari Indonesia pula ditemui oleh seorang penemu bernama Mark V. Erdmann. Pada September 1997, Erdmann bersama isterinya melawat di pasar ikan Sulawesi, Indonesia dan menemui sejenis ikan yang aneh persis coelacanth tetapi hanya mengambil gambar ikan itu saja.
Kemudian Erdmann kembali ke Sulawesi pada November 1997 untuk menemuramah para pelayan yang pernah menangkap ikan berupa Coelacanth itu. Akhirnys seorang nelayan membantu Erdmann untuk menangkapnya dan memberikan kepada Erdmann pada Julai 1998.
Tahun seterusnya, pengkaji menyiasat ikan Erdmann dan terbukti itu adalah ikan Coelacanth yang spesisnya berbeza dari Coelacanth dari Afrika Selatan, kemudian memanggil ikan itu adalah Coelacanth Indonesia.
Kini, status konservasi bagi Coelacanth India Barat adalah Critically Endangered (Teramcam dan Kritikal) dengan hanya sebanyak kuarang 500 ekor ikan. Manakala status konservasi Coelacanth Indonesia pula adalah Vulnerable (Terdedah dan Hampir Terancam) dengan populasinya sebanyak kurang 10,000 ekor ikan.
Dunia fokus kepada pemuliharaan ikan Coelacanth India Barat kerana terancam oleh penangkapan ikan laut secara berlebihan. Ikan Coelacanth sentiasa terperangkap apabila tibanya musim menangkap sejenis ikan kembung bernama Oilfish. Kedua-kedua spesis ikan ini noktural dan mempunyai habitat yang sama. Jadi, kebanyakan nelayan tersalah menangkap ikan Coelacanth.
Tahun 1987, Coelacanth Conservation Council (CCC) ditubuhkan untuk melakukan konservasi terhadap ikan Coelacanth. CCC kemudian menubuhkan beberapa cawangan di Comoros, Afrika Selatan, Kanada, UK, AS, Jepun, dan Jerman. Cawangan-cawangan CCC ini membantu dalam perlindungan dan penambahan populasi Coelacanth.|
Masuk tahun 2002, program South African CoelacanthConservation dan Genome Resource Programme dilancarkan untuk membantu penyelidik yang melakukan konservasi terhadap Coelacanth. Kerajaan Afrika Selatan membelanjakan sebanyak R10 juta (lebih kurang 600,000 USD) untuk perlaksanaan kedua-dua program ini.
Tahun 2011, taman konservasi bernama Tanga Coelacanth Marine Park telah dibentang bertujuan untuk menempatkan habitat untuk haiwan marin termasuk Coelacanth. Taman ini akan mengurangkan kemusnahan habitat dan membaiki keupayaan pemburuan haiwan pemangsa yang terancam teruk.
RUJUKAN:
Johanson, Z.; Long, J. A; Talent, J. A; Janvier, P.; Warren, J. W (2006). “Oldest coelacanth, from the Early Devonian of Australia”. Biology Letters. 2 (3): 443–6
Holder, Mark T.; Erdmann, Mark V.; Wilcox, Thomas P.; Caldwell, Roy L.; Hillis, David M. (1999). “Two Living Species of Coelacanths?”. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 96 (22): 12616–20
Fricke, Hans (June 1988). “Coelacanths — The Fish That Time Forgot”. National Geographic. Vol. 173 no. 6. pp. 824–838
Erdmann, Mark V.; Caldwell, Roy L.; Moosa, M. Kasim (1998). “Indonesian ‘king of the sea’ discovered”. Nature. 395 (6700): 335
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih