Selepas tiga orang angkasawan China tiba di stesen angkasa lepas Tiangong pada 16 Oktober lepas, ia dilihat merupakan satu lagi pencapaian hebat kepada China. Selama bertahun-tahun, Beijing melaburkan berbilion dolar untuk mengejar dua negara yang dianggap berpengalaman dalam angkasa lepas, Amerika Syarikat dan Rusia. Kini, China berharap mempunyai krew tetap stesen angkasa lepas menjelang 2022 dan seterusnya menjejakkan kaki ke bulan.

China sebenarnya sudah lama mempunyai cita-cita ke angkasa lepas. Tidak lama selepas Rusia (ketika itu Kesatuan Soviet) melancarkan Sputnik ke angkasa lepas pada 1957, Mao Zedong berikrar, “Kita juga akan menghasilkan satelit.” Usaha tersebut mengambil masa sedekad tetapi ia direalisasikan pada tahun 1970.

Beli buku terbaru kami di https://bit.ly/pratempahktmktr

Usaha menghantar angkasawan pula mengambil masa lebih lama. Tetapi akhirnya pada 2003, angkasawan Yang Liwei menempa sejarah sebagai angkasawan China pertama ke angkasa lepas. Sejak itu, Beijing tidak menoleh ke belakang dan telah menghantar tujuh misi krew manusia ke angkasa lepas.

Bagaimanapun, China tidak mahu berhenti di situ saja. Seperti AS dan Rusia, China juga ingin mempunyai stesen angkasa lepas mereka sendiri. Usaha ini dimulakan dengan melancarkan pod makmal Tiangong-1 pada 2011.

Pada tahun 2013, angkasawan wanita kedua China Wang Yaping mengadakan kelas kepada kanak-kanak di seluruh negara menerusi sidang video dari makmal berkenaan. Makmal tersebut turut digunakan untuk pelbagai eksperimen perubatan dan ujian bagi menguji persediaan membina sebuah stesen angkasa lepas.

Kemudian pada 2016, China melancarkan makmal kedua ke angkasa lepas iaitu Tiangong-2. Angkasawan yang berkesempatan menghabiskan masa di situ menjalankan pelbagai eksperimen botani termasuk menanam padi.

Rajah 1: Eksperimen botani di Tiangong-2.

Tetapi yang paling menakjubkan sudah pasti unit perayau bulan yang dipanggil Arnab Jed. Dilancarkan pada 2013, pada awalnya ramai menganggap ia merupakan satu kegagalan kerana disangka rosak semasa tiba di bulan dan tidak menghantar sebarang isyarat ke bumi. Namun begitu, entah bagaimana, ia kembali aktif dan membuat tinjauan di permukaan bulan selama 31 bulan – lebih daripada tempoh perkhidmatan sebenarnya.

Rajah 2: Unit perayau bulan Arnab Jed

Di bawah pentadbiran Xi Jingping, cita-cita astropolitik China terus dikembangkan. Beijing berharap selain dapat membina stesen angkasa lepas, mereka dapat merealisasikan pembinaan pangkalan angkasa lepas di bulan. Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China mensasarkan usaha itu dapat direalisasikan pada 2029.

Tetapi usaha ini berdepan pelbagai cabaran. Pada 2017, roket Long March-5 Y2 gagal dilancarkan ke angkasa lepas. Roket tersebut merupakan sebahagian daripada pelancaran satelit komunikasi milik negara itu ke angkasa lepas. Ini memaksa pelancaran Chang’e-5 terpaksa ditangguhkan hingga separuh kedua tahun tersebut.

Di sebalik itu, penangguhan tersebut merupakan batu loncatan untuk detik bersejarah China di angkasa lepas. Pada Januari 2019, Chang’e-4 berjaya tiba di bahagian paling jauh bulan sekaligus menjadikan ia robot perayau pertama tiba di situ. Ini disusuli pendaratan Chang’e-5 di bahagian paling dekat bulan dengan pengibaran bendera republik itu di permukaan bulan pada tahun 2020.

Chang’e-5 turut membawa pulang sampel batu dan tanah bulan ke bumi apabila ia kembali pada Disember tahun sama. Ini menjadikan misi tersebut misi pertama membawa sampel dari bulan dalam tempoh 40 tahun.

Pada Februari 2021, imej pertama planet Marikh dihantar oleh Tianwen-1 di mana ia kemudiannya menghantar unit perayau ke permukaan planet berkenaan. Ketika ini, unit tersebut sedang menjelajah permukaan planet Marikh.

Dengan penghantaran tiga orang angkasawan ke Tiangong, misi mereka dijangka akan berlangsung selama enam bulan. Ini merupakan tempoh misi paling lama diharungi oleh angkasawan China. Tiangong atau Istana Syurga memerlukan 11 lagi misi agar ia dapat beroperasi sebagai stesen angkasa lepas sepenuhnya.

Selepas siap, Tiangong dijangka berada di orbit rendah bumi sekitar 400 hingga 500 km selama 10 tahun. Ini bagi merealisasikan kewujudan manusia secara jangka panjang di angkasa lepas. Walaupun Beijing tidak merancang sebarang kerjasama antarabangsa di Tiangong, mereka mengalu-alukan kolaborasi dengan negara-negara asing dalam pelbagai eksperimen saintifik. Bagaimanapun, tidak diketahui sejauh mana kerjasama itu akan direalisasikan.

RUJUKAN

AFP. (2021, 17 Oktober). China’s ‘space dream’: A Long March to the Moon and beyond.

Sumber gambar: AFP


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.