Semasa era Dinasti Tang, era tersebut menyaksikan pelbagai pencapaian. Semasa era ini, ibu kotanya Chang’an (kini Xi’an) mempunyai populasi penduduk teramai di dunia dengan laluan-laluan perdagangan lumayan sepanjang Jalan Sutera. Tetapi semua ini musnah angkara cinta seorang maharaja terhadap gundiknya.

Maharaja yang dimaksudkan penulis ialah Maharaja Xuanzong. Semasa era baginda, era tersebut bukan saja dianggap zaman kegemilangan Dinasti Tang. Malah, ia turut diangkat sebagai zaman keemasan peradaban China. Atas sebab itu, sesetengah orang China merujuk diri mereka sebagai ‘tang ren’ atau orang Tang.

Maharaja Xuanzong

Semasa hayat baginda, permaisuri pertama baginda ialah Maharani Zhenshun. Bagaimanapun, baginda mangkat semasa berusia 40-an selepas jatuh gering. Semua ini berpunca daripada tindakan Zhenshun memerangkap tiga putera Xuanzong dan menuduh mereka cuba merampas takhta ayahanda mereka.

Tidak lama selepas ketiga-tiga putera raja Tang itu dihukum mati, baginda didatangi mereka dalam mimpi. Sejak itu, imej mereka sentiasa menghantui Zhenshun semasa mimpi sehingga mengakibatkannya jatuh gering. Walaupun telah mengadakan upacara sembahyang dengan harapan menenangkan roh yang berdendam terhadapnya, ia gagal menghentikan gangguan tersebut. Ini membawa kepada kemangkatannya pada 737 Masihi.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Susulan kemangkatan Zhenshun, Xuanzong berharap dapat ditemukan dengan wanita yang boleh menyamainya dari segi kecantikan dan karismanya. Hasratnya itu menjadi kenyataan apabila baginda bersua muka dengan seorang wanita bernama Yang Yuhuan. Dikatakan kecantikannya melebihi kecantikan bunga-bungaan sehingga tersenarai dalam senarai Empat Wanita Tercantik China.

Tetapi Xuanzong berdepan satu masalah besar. Yuhuan merupakan isteri salah seorang puteranya, Li Mao. Jika Xuanzong dikesan menjalinkan hubungan dengan menantunya sendiri, ia akan mencetuskan skandal yang mencemarkan imej Dinasti Tang. Sebagai langkah terbaik, baginda memaksa Li Mao membenarkan Yuhuan meninggalkan istana dengan menjadi sami wanita Taoisme.

Menerusi tindakan itu, ia membolehkan perkahwinan tersebut dibubarkan tanpa sebarang masalah. Selama tujuh tahun, Yuhuan menjalani kehidupan sebagai sami wanita biasa. Tetapi ia bukan satu rahsia sekali-sekala beliau akan kembali ke istana dan menghabiskan masa semalaman bersama Xuanzong.

Hanya selepas bekas suaminya, Li Mao berkahwin semula, barulah Yuhuan dapat kembali ke istana. Ini membolehkan Xuanzong mengangkatnya sebagai gundik dan mengurniakan gelaran Guifei kepadanya. Guifei di sini bermaksud wanita kegemaran maharaja. Kedudukannya itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh baginda untuk menaikkan martabat keluarganya.

Ini termasuk menamakan sepupunya, Yang Zhao (kemudiannya bergelar Yang Guozhong) sebagai perdana menteri. Bagaimanapun, tindakan Guifei melobi Xuanzong untuk melantik ahli-ahli keluarganya sebagai pegawai kerajaan memakan diri di kemudian hari termasuk Guozhong. Ini kerana sepupunya itu merupakan seorang pentadbir yang lemah sekaligus menyediakan batu asas kepada kejatuhan Dinasti Tang.

Semasa berada di istana, Guifei menjalani kehidupan mewah dengan setiap kemahuannya dituruti oleh Xuanzong. Ini termasuk mendapatkan buah laici kegemarannya walaupun ia perlu diambil dari wilayah yang jauh. Hal ini mengundang rasa tidak puas hati pegawai-pegawai istana yang melihat Xuanzong mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pemerintah kerana cinta.

Tetapi disebabkan kedudukannya sebagai orang kegemaran maharaja, maka golongan bangsawan dan pegawai istana terpaksa tunduk dengan permintaan Guifei. Dengan berbuat demikian, ini membolehkan mereka memberi nasihat atau melobi usaha mereka dengan sokongan gundik kesayangan Xuanzong itu.

Namun begitu, bohonglah kalau tiada pasang surut dalam perhubungan mereka. Pada satu ketika, Xuanzong pernah menyingkirkan Guifei sebanyak dua kali atas sebab terlalu cemburu dan kerana mencuri. Tetapi dalam kedua-dua kes, baginda memilih memanggilnya pulang semula ke istana. Ini selepas Xuanzong merasakan tidak boleh hidup tanpanya.

Salah seorang bangsawan yang mendapat manfaat daripada sokongan Guifei ialah seorang jeneral bernama An Lushan. Lushan berkhidmat sebagai komander di perbatasan dan mempunyai angkatan tentera terkuat dalam kalangan tentera Tang. Jika ada yang dapat menyainginya, angkatan tersebut milik sepupu Guifei, Guozhong.

Malangnya, kepimpinan lemah Guozhong diambil kesempatan oleh Lushan untuk melancarkan pemberontakan pada 755 dan menubuhkan dinastinya sendiri iaitu Dinasti Yan. Pemberontakan ini mengakibatkan 36 juta warga Tang ketika itu terbunuh dengan kerabat diraja dan bangsawan terpaksa meninggalkan ibu kota mereka Chang’an. Antara yang lari termasuklah Xuanzong dan Guifei.

Gambaran Maharaja Xuanzong, kerabat diraja dan bangsawan Tang melarikan diri selepas An Lushan melancarkan serangan ke atas Chang’an.

Tentera diraja merasa marah dengan kepimpinan lemah Guozhong lalu membunuhnya. Setelah itu, mereka mendesak Guifei diserahkan kepada mereka agar menerima hukuman sama seperti sepupunya. Bagi tentera Tang, wanita tersebut merupakan punca musibah yang menimpa mereka dan hukuman selayaknya bagi Guifei ialah kematian.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Sedar baginda tiada pilihan, Guifei mengucapkan selamat tinggal terhadap Xuanzong. Tidak diketahui bagaimana baginda mangkat. Ada yang mendakwa ia dilakukan dengan cara beberapa orang pembantu mencekiknya sehingga mangkat. Ada pula mendakwa baginda mengambil nyawanya sendiri bagi memuaskan hati mereka yang marah terhadap Xuanzong.

Yang pasti, situasi ini mendorong baginda turun takhta dan digantikan oleh puteranya Li Heng. Li Heng yang menaiki takhta sebagai Maharaja Suzong berjaya menakluk semula Chang’an. Tidak lama selepas pulang ke Chang’an, Xuanzong cuba memberi pemakaman diraja kepada Guifei tetapi dihalang oleh pegawai-pegawai istana. Mereka bimbang disebabkan tindakan baginda ini, ia akan mencetuskan pemberontakan baru.

Makam Guifei di Xingping, China.

Tetapi pada akhirnya, ia diatur secara rahsia oleh beberapa orang sida yang dipercayai baginda. Namun begitu, kerana cintanya yang mendalam terhadap Guifei, Dinasti Tang tidak lagi seperti dahulu. Walaupun menunjukkan pemulihan, kegemilangan yang dikecapinya sebelum ini ibarat rakan lama yang telah pergi.

Kisah cinta Xuanzong dan Guifei sememangnya satu kisah romantik. Tetapi angkara cinta juga, ia berupaya membina atau memusnahkan sesebuah kerajaan dalam sekelip mata – hakikat pahit yang terpaksa ditelan Suzong selepas melihat panahan cinta membara yang dialami ayahandanya, Xuanzong.


Kalau anda berminat dengan artikel berkaitan dengan Tamadun Cina, kami nak jemput anda membeli buku terbaru kami, KITAB TAMADUN CINA dipautan: bit.ly/KTCAyman 

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

RUJUKAN

Wong, N. (2022, 15 Februari). How a legendary romance ended China’s golden age. Free Malaysia Today.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply