Don’t you dare to speak about “spread love”, if you not even understand anything about “true love”.
LGBT sebenarnya pengkhianatan terbesar ke atas cinta.
Cinta sejati ialah membenci apa sahaja yang dibenci Kekasih. Setiap mukmin hakiki tentu mencintai-Nya. Allah sudah tegas berfirman melaknat LGBT. Siapa kita sekadar hamba untuk menyangkal?
Benci, bila adil diletak pada tempatnya, ialah cinta.
“Sesungguhnya ikatan keimanan yang paling kuat adalah engkau mencintai kerana Allah dan engkau membenci juga kerana Allah”. (HR Ahmad)
Aktivis LGBT sudah tidak malu mengangkat cinta palsu. Hilang maruah. Mengutamakan ego berbanding wahyu. Apa saja alasan yang tak masuk akal digunakan. Mereka sebenarnya penunggang nafsu. Gagal menghormati sensitiviti masyarakat muslim di Malaysia. Gerakan mendesak pengiktirafan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) tidak boleh ditoleransi. Mereka sudah melampau.
Mevlana Jalaluddin Rumi sinonim dengan cinta.
Rumi’s Quote meletus viral di eropah. Mengungguli carta New York Bestseller. Sampaikan muncul persoalan, mungkinkah pujangga madah ini merelakan LGBT diwartakan halal oleh undang-undang? Mungkinkah tokoh sufi ini mengenepikan hak Tuhan demi kononnya ‘hak asasi manusia’?
Entah sejak bila LGBT jadi hak asasi manusia?
Kalau LGBT ialah hak asasi manusia, pasti pupuslah manusia di bumi. Tak membiak. Jika dikunci pasangan gay atau lesbian di satu rumah untuk sepuluh tahun pun, pasti mustahil dapat mengandungkan zuriat. Jika LGBT ialah keperluan manusia, tidaklah Allah menciptakan Hawa sebagai pasangan Adam. Secara fitrah, lelaki pasangannya perempuan. Bukan songsang.
Lebih teruk bila ada yang mendakwa LGBT diterima baik dalam dunia haiwan, jadi apa kata kita lazimkannya di dunia manusia. Apa teruk sangat akal mereka nak rendahkan martabat manusia serendah binatang?
“Akulah khadam al-Quran sepanjang hayatku. Akulah debu di bawah telapak kaki Muhammad utusan Tuhan. Andaikata sesiapa menafsir perkataanku dengan jalan lain, aku menyanggah orang tersebut dan aku menganggah perkataannya.”
(Mevlana Jalaluddin Rumi)
Jika kepala sudah dimuliakan di bawah telapak kaki Rasulullah, mungkinkah ada hasrat berpaling tadah?
“Ada 3 perkara, siapa saja yang memilikinya nescaya ia akan merasakan manisnya iman:
- Allah dan Rasul-Nya menjadi yang paling ia cintai daripada keduanya.
- Mencintai seorang kerana Allah semata.
- Benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api.
(HR Bukhari & Muslim)
Rumi will never ever approve LGBT. Rumi is not into absurdity. Tagline “Spread Love, Not Hatred” itu pun serba tak kena. Bagaimana bisa menyebarkan cinta, bila Tuhan sendiri sudah murka? Manusia diciptakan Tuhan untuk mencintai-Nya. Tiba-tiba datang LGBT, cinta diletakkan pada maksiat yang menghalau kasih sayang Tuhan. Cinta LGBT ialah cinta palsu berasaskan nafsu syahwat yang rosak.
Cinta tidak mengajar pecinta menurutkan nafsu serakah. Berbeza sekali cinta sejati dengan cinta palsu. Cinta sejati tidak dipandu syahwat semata-mata. Cinta di dada manusia untuk apa?
Cinta di dunia untuk mengenal cinta Allah taala.
“Ibu kami ialah cinta, ayah kami ialah cinta! Kami lahir dari cinta! Kami ialah cinta! Seluruh cinta menegakkan jambatan menuju cinta Ketuhanan. Kita belajar mencintai Tuhan dengan jalan mencintai manusia”
(Mevlana Jalaluddin Rumi)
Inilah yang Rumi sedar bila mengenal cinta dalam persahabatan. Bukanlah berasaskan nafsu syahwat sepertimana tuduhan palsu segelintir pengkaji. Sahabatnya, Shams Tabrizi mengajarkan bahawa apa saja yang ingin Rumi cari, ada di dalam hatinya.
“Shams Tabrizi hanyalah muqadimah.
Kami (Allah) yang dipuja sesungguhnya.”
(Mevlana Jalaluddin Rumi)
Bermakna, hati adalah wadah untuk mengenal Allah.
Cahaya di atas cahaya. Al-Quran Surah an-Nur ayat 35-38 menafsirkan bahawa hati yang suci ialah ‘cermin’ bagi orang beriman menyaksikan kasih sayang Allah. Hati yang dibersihkan daripada ego dan nafsu syahwat ialah kolam jiwa yang memantulkan tajalli Allah di alam ini.
“Tugasmu bukan mencari Kekasih. Tugas sebenarmu ialah meruntuhkan apa saja hijab antara engkau dengan diri-Nya.”
(Mevlana Jalaluddin Rumi)
Cinta ialah mengorbankan ego demi ar-Rahman.
Pecinta tidak dikelabui ego diri. Tembok terbesar antara hamba dengan Tuhannya ialah ego. Awal ego ialah menganggap diri baik. Sudah tentu sukar nak berubah bila merasa diri tidak salah. Pecinta mengorbankan apa yang diri mahu, bagi memenuhi kehendak Kekasih. Ada orang diuji dengan ada sifat pemarah, itu tak bererti dia harus menunjukkan marah sesuka hati. Ada orang diuji dengan ada sifat pendendam, itu tak bererti dia harus membiarkan kebencian terpendam.
“Bila sifat ego ada,
Sifat mulia ‘kan sirna”
(Mevlana Jalaluddin Rumi)
Begitulah juga naluri songsang. Memilikinya ialah ujian. Tidak boleh dijadikan hujah untuk justified jenayah liwat yang dibuat. Sedangkan Rasulullah sudah mengajar yang mana betul yang mana salah. Allah sudah membuka peluang untuk bertaubat. Berubahlah, walaupun payah.
“Apabila kamu sampai ke bahagian terendah sifatmu sendiri, barulah kamu akan sedar bahawa kejahatan itu datang dari dirimu sendiri.”
(Mevlana Jalaluddin Rumi)
Cinta sejati ialah membenci apa yang dibenci kekasih.
Allah ialah cinta pertama. Sejak sebelum dilahirkan lagi telah kita kenal cinta-Nya. Allah membenci LGBT. Jadi, tiada lagi penafian mengapa harus membenci LGBT. Kalau anda mencintai seseorang, pastinya apa saja yang dia suka, anda suka. Pastinya apa saja yang dia benci, anda benci. Begitulah perumpamaan LGBT.
Allah telah mengharamkan LGBT.
Dan Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya, “Tergamak kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.”
Tidak ada jawapan daripada kaumnya selain daripada berkata, “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari Bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah golongan yang berpura-pura menyucikan diri.”
Maka kami selamatkannya dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, dia tergolong daripada orang yang dibinasakan. Dan kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu lihatlah bagaimana akibat orang yang melakukan kejahatan. [QS AL-A’RAF:80-84].
“Dan kamu meninggalkan isteri-isteri kamu yang dijadikan oleh Allah untuk kamu? Bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas!” [QS AL-SHU’ARA’ 26:167]
LGBT lebih teruk daripada zina.
Ia membelakangi fitrah manusia.
Oleh kerana ini, manhaj menanganinya berbeza. Dalam kes zina, Rasulullah dan para sahabat menanganinya dengan halus. Berbeza dengan kes seks songsang, Rasulullah dan para sahabat bertindak tegas. Tiada kompromi.
Sedangkan Nabi sangat membenci LGBT.
Sudah tentu Rumi juga membenci LGBT,
Sampai Nabi tidak mengaku umat.
Siapalah kita dibandingkan Nabi?
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, bukanlah daripada kalangan umatku perempuan meniru lelaki dan lelaki meniru perempuan,” beginilah teguran sahabat kepada seorang wanita yang berkelakuan menyerupai lelaki.
“Rasulullah telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.” (HR ABU DAUD)
“Jika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (meliwatnya) maka mereka berdua adalah penzina, dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain (lesbian) maka mereka berdua adalah penzina.” (HR BAIHAQI)
Nabi Muhammad ialah manusia yang paling penyayang. Rahmat buat sekalian alam. Tapi, Rasulullah sendiri membenci dan melaknat LGBT. Kalau manusia yang paling penyayang pun sungguh-sungguh membenci maksiat ini. Siapa kita?
Apa makna laknat?
Laknat bererti kemarahan Allah. Dipisahkan dari rahmat Allah. Sesiapa yang dilaknat akan jauh dari kasih sayang Tuhan dan petunjuk-Nya.
Bukan main-main.
Asasnya, kasih sayang Allah mengatasi murka-Nya. Namun, bagi maksiat yang melampaui batas seperti LGBT, ar-Rahman sendiri membenci dan melaknatnya. Kerana Allah bukan saja mempunyai asma’ Maha Penyayang (ar-Rahman), tetapi juga asma’ Maha Pemaksa (al-Jabbar).
Bila Tuhan dah benci, maknanya perbuatan tu akan merosakkan manusia. Tidak pelik bila Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual mudah ditimpa depression dan masalah psikologi. Sebab Tuhan dah laknat.
“Setiap cinta yang bukan kerana Tuhan akan diakhiri kekecewaan.”
(Mevlana Jalaluddin Rumi)
Dilaknat Tuhan ialah jawapan mengapa LGBT hidup sengsara.
“Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut” (HR AHMAD)
LGBT bukan lagi maksiat tersembunyi. Penganutnya berbangga mengkibarkan bendera pelangi. Mengumpulkan ‘circle’ bagi saling menyokong kesalahan ini. Semakin hilang rasa bersalah.
“Tidak terjadi perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terangan melakukannya, melainkan akan berjangkit di kalangan mereka wabak penyakit menular (Ta’un) dengan cepat, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang terdahulu.”
(HR IBNU MAJAH)
“Tidaklah perbuatan zina dan riba itu telah tampak (secara terang-terangan) di suatu kaum, kecuali mereka telah menghalalkan azab Allah bagi mereka sendiri.” (HR AHMAD)
Lihatlah realiti. Hati mana yang tidak panas bila mereka semakin kurang ajar. Berapa banyak kes gay merogol lelaki lain, menjadikan orang lain mangsa, senior memaksa liwat junior, adakah kita redha? Kes luar tabiie orang merogol kanak-kanak lelaki, sanggupkah kita memejam mata? Pondan dan pengkid sudah tidak malu menayangkan seksualiti songsang di fb, ig dan twitter. Itu belum kira lagi pondan yang biadap menceroboh tandas wanita. Ini semua berlaku di tanah tumpah darahku; Malaysia.
Vicious Circle: lingkaran yang tidak berujung pangkal.
Yang paling berbahaya tentang Lesbian dan Gay, adalah potensi merebak vicious cycle. Penyakit ini berjangkit. Dalam beberapa kes, bila si A meliwat si B, maka si B kelak meliwat pula si C. Lalu, si C pula teringin meliwat si D. Seorang demi seorang berjangkit seperti wabak. Oleh kerana ini, LGBT boleh merosakkan umat manusia. Jangan pandang ringan, si gila seks yang sudah ketagih tidak akan berdiam diri. Peliwat akan mencari mangsa bagi melempiaskan nafsunya.
“Sufi ialah anak kepada waktu.”
(Mevlana Jalaluddin Rumi)
Waktu untuk bertegas sudah tiba.
Jika kita masih tidak sedar, berpura-pura tidak tahu dan malas bertegas mengekang ancaman LGBT pada waktu ini, bagaimanakah nasib anak cucu kita di suatu hari nanti?
“Engkau tidak melihat dengan jelas kejahatan dirimu. Kalau tidak, engkau akan membenci dirimu sendiri dengan sepenuh hati.”
(Mevlana Jalaluddin Rumi)
Bila LGBT semakin berleluasa dan tidak segan memijak-mijak agama. Ia bukan lagi soal dosa peribadi. Tak usah sedap-sedap menyatakan konsep tatkala membutakan mata daripada konteks. Aktivis LGBT mengancam seluruh maqasid syariah Islam.
“Setiap umatku akan mendapat ampunan, kecuali mujahirin (orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa). Dan yang termasuk terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang berbuat (dosa) pada malam hari, kemudian pada pagi hari dia menceritakannya, padahal Allah telah menutupi perbuatannya tersebut, yang mana dia berkata, ‘Hai Fulan, tadi malam aku telah berbuat begini dan begitu.’ Sebenarnya pada malam hari Rabb-nya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi pada pagi harinya dia menyingkap perbuatannya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah tersebut.” (HR BUKHARI)
“Bila engkau berdiam diri sahaja tatkala agamamu dipijak, baik tukarkanlah pakaianmu kepada kain kafan,” kata buya HAMKA.
Boleh baca tentang ancaman kritikal LGBT di sini:
https://thepatriots.asia/pro-lgbt-di-malaysia-semakin-kurang-ajar/
Satu-satunya jasa LGBT, ialah mempercepatkan keluarnya Dajjal di akhir zaman. LGBT sendiri ialah fitnah Dajjal.
Bertaubatlah, sebelum masanya terlambat.
“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.” (HR. Muslim).
“Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di siang hari dan Dia membentangkan tangan-Nya pada siang hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di malam hari, sehingga matahari terbit dari barat (Kiamat).” (HR. Muslim).
“Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: “sesungguhnya aku bertaubat sekarang.” (QS. An-Nisaa’: 18).
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba, selama nyawanya belum sampai di kerongkongan.” (HR. At-Tirmidzi)
“Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau memohon dan mengharap kepada-Ku, nescaya Aku ampuni dosa-dosamu yang lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu sampai ke awan langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepada-Ku dengan dosa-dosa sepenuh bumi dan kamu menemui-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku dengan sesuatupun, niscaya Aku datangkan utukmu ampunan sepenuh bumi pula.” (HR. At-Tirmidzi).
Sekian,
Saya tutup penulisan ini dengan nasihat daripada sahabat karib saya, Muzahfar Shah Bin Abdul Munir. Seorang lepasan Darul Quran JAKIM dan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Berikut ialah komentar saudara Muzahfar Shah:
“Saya setuju dengan jalan diskusi dan beri peluang tetapi hakikatnya hari ini mereka bukan menjadi LGBTQ atas dasar tidak faham tetapi atas dasar pilihan.
Jika ia bukan pilihan, pasti mereka tak akan perjuangkan.
Jika mereka masih berasa perbuatan ini menyalahi fitrah manusia, pastinya mereka sendiri akan mula berubah perlahan-lahan dan tak sanggup nak menegakkan benang yang basah.
Siapa yang lebih mempunyai sifat rahmat dan ihsan daripada Tuhan yang menciptakan? Kejamkah Tuhan mengharamkan perbuatan songsang sebegini?
Sentiasa ada peluang buat mereka yang ingin berubah tetapi jika mereka sendiri tidak mahu faham dan perjuangkan, mereka sendiri yang tidak beri peluang kepada diri mereka sendiri.
Kita boleh terbuka dan fleksibel untuk menyedarkan mereka (dakwah secara hikmah), tetapi kita harus tegas dengan prinsip, bahawa LGBTQ ini bukan satu perkara yang harus diterima dan dinormalisasi.
Semoga post Zaki Sapuan tidak menimbulkan kebencian kepada pelaku tetapi kebencian pada perbuatan songsang mereka.
Semoga kita semua dijauhkan daripada gejala ini dan semoga golongan ini mendapat petunjuk dan dikurniakan kekuatan untuk kembali kepada fitrah”
Rujukan:
- Al-Quran
- Hadith Nabawi
- Mevlana Jalaluddin Rumi.
- Fundamental Of Rumi’s Thought. Sefik Can.
- LGBT Organisations in Malaysia: https://smartexpat.com/malaysia/how-to-guides/family/lgbt/lgbt-organisations
- A list of links for the Malaysian LGBT community: https://amp-reddit-com.cdn.ampproject.org/v/s/amp.reddit.com/r/malaysia/comments/3a69an/a_list_of_links_for_the_malaysian_lgbt_community/?usqp=mq331AQGCAEoATgB&_js_v=0.1
- LGBT di sisi undang-undang negara: http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/zainul-rijal-abu-bakar/lgbt-di-sisi-undang-undang-negara-1.829963
- Malaysian wins Miss Transsexual Australia 2017: https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/01/29/malaysian-wins-miss-transsexual-australia-2017/#eS1tUWtRAGgoEi3e.99
- Gerakan LGBT dan masa depan Malaysia: https://www.google.com/amp/s/www.ismaweb.net/2015/03/05/gerakan-lgbt-dan-masa-depan-malaysia/amp/
- Iftar GAY Terbesar Malaysia – Numan Afifi: https://www.google.com/amp/s/www.menara.my/iftar-gay-terbesar-malaysia-numan-afifi/amp/
- Kembalinya gerakan LGBT: https://www.google.com/search?q=gerakan+lgbt+malaysia&rlz=1CDGOYI_enMY759MY760&oq=gerakan+lgbt+malaysia&aqs=chrome..69i57j0.5363j0j7&hl=en-GB&sourceid=chrome-mobile&ie=UTF-8
- PIM 4: LGBT dan Perjuangan Mereka di Malaysia: http://gamismalaysia.com/lgbt-dan-perjuangan-mereka-di-malaysia/
- LELAKI MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA DARI SUDUT HUKUM SYARAK: http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/828-lelaki-menyerupai-perempuan-atau-sebaliknya-dari-sudut-hukum-syarak
- LGBT: Hak Asasi Individu atau Penyakit Moral, http://karyaorbitaku.wordpress.com
- Seksualiti Merdeka 2011, http://gengjahat.com.my
- Kisah Gay di Malaysia, http://www.utusan.com.my
- Laman Sosial Platform Seks Songsang, http://www.utusan.com.my
- Lelaki Melayu Kahwin Sejenis, http://www.utusankini.com
- Isu Lgbt Di Malaysia: https://www.scribd.com/book/190253109
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih