Du Huan 杜环 seorang warga Tang China kelahiran Jingzhao 京兆 (juga dikenali sebagai Chang’an, kini Xi’an), mengikuti pasukan Panglima Go Seonji 高仙芝/고선지 dalam Pertempuran Talas (怛罗斯之战/معركة نهر طلاس) di antara rantau Syr Darya, Transoxiana (kini di bawah Kyrgyzstan dan Kazakhstan).
Menariknya, Panglima Go Seonji berketurunan Korea. Beliau merupakan anak kepada Go Sagye 高舍鸡/고사계, seorang panglima kerajaan Goguryeo 高句丽/고구려 yang tewas di tangan kerjasama kerajaan Tang dan kerajaan Silla 新罗/신라. Goguryeo, Silla, dan Baekje 百济/백제 yang juga terletak dalam semenanjung Korea membentuk kisah ‘Three Kingdoms’ tersendiri.
Peper4ngan ini berakhir dengan kemenangan tentera ʿAbbāsīyah pada tahun September 751M, bersamaan dengan bulan 7 tahun ke-10 era Tianbao 天宝 (zaman pemerintahan Maharaja Xuanzong 玄宗). Akibatnya, Du Huan, bersama-sama dengan tawanan perang lain dibawa ke ʿAbbāsīyah.
Berada di negara asing dengan gaya hidup yang berlainan semestinya membawa ketakutan dalam diri kerana tiada persiapan langsung dalam menghadapi kejutan budaya ini. Namun, kami percaya kerajaan ʿAbbāsīyah memberikan layanan yang cukup baik kepada Du Huan dan tahanan lain kerana intipati ajaran Islām mewajibkan keperluan tahanan perang dipenuhi sebaiknya.
Oleh sebab itulah, berkemungkinan daripada situ, beliau berjaya menyesuaikan diri dan hal demikian memberikan persiapan mental kepadanya dalam memudahkan beliau memerhatikan alam sekelilingnya.
Jadi, adakah beliau warga China pertama yang sampai tanah Arab? Sebenarnya tidak juga. Di bumi ʿAbbāsīyah, Du Huan bertemu dengan para tukang kraftangan Cina yang bekerja dengan kerajaan di situ. Kata Du :
“绫绢机杼,金银匠、画匠、汉匠起作画者,京兆人樊淑、刘泚,织络者,河东人乐环、吕礼。”
(Pembuatan sutera, pertukangan emas dan perak serta seni lukis; Para pelukis Cina tersebut bernama Fan Shu 樊淑 dan Liu Ci 刘泚 dari Jingzhao [Xi’an], manakala penenun kain sutera bernama Yue Huan 乐环 dan Lü Li 吕礼 dari Hedong [Taiyuan di Shaanxi?])¹
Di samping itu, Du Huan dibawa mengunjungi pelbagai tempat sekitar ʿAbbāsīyah. Dipercayai beliau dibawa sekitar Kūfah الْكُوفَة kerana pada masa itu, pusat pentadbiran ʿAbbāsīyah berada di situ.
Setelah 10 tahun dalam tahanan, beliau akhirnya dibebaskan. Dengan menaiki kapal dagang yang bertolak ke Guangzhou 广州 (juga dipanggil Kanfu dalam catatan Arab), beliau berjaya pulang ke tanah airnya. Lantas beliau mencatatkan segala pemerhatiannya dalam kitab bertajuk Jingxing Ji 《经行记》 yakni ‘Catatan Pengembaraan’, terbitan travelog yang dipercayai terawal dalam sejarah China. ²
Selain memperkenalkan Khilāfah ʿAbbāsīyah, Kitab Jingxing Ji turut memperincikan 12 buah negara lain, iaitu Fergana (拔汗那国)、Samarkhan (康国)、Sri Lanka (狮子国)、Bizantin (拂菻国)、Maghribi (摩邻国)、Arab [ʿAbbāsīyah] (大食国)、Rum (大秦国)、Parsi (波斯国)、Tashkent (石国)、Tokmak (碎叶国)、Merv (末禄国)、Syria (苫国). Uniknya, Du Huan menyediakan sebuah bab khas yang menyentuh ‘Perundangan Arab’ [Syariah Islām] (大食法)、Perundangan Rum [Kristian] (大秦法) dan Perundangan Majusi (寻寻法).³
Sayangnya, catatan ini telah hilang ditelan zaman. Sungguhpun demikian, syukurlah ia wujud dalam bentuk petikan-petikan dalam kitab Tongdian 通典, karangan saudaranya Du You 杜佑 (735 – 812). Du You adalah mantan Datu Qi Anjian (岐安簡公).
Beliau merupakan seorang sarjana, sejarawan, dan ahli politik yang pernah berkhidmat sebagai Bendahara Dinasti Tang. Malah, sejarawan jurusan pengajian Timur Tengah di Universiti New York yakni Profesor Robert G. Hoyland berpendapat Du You adalah seorang ahli fikir politik yang agung (political thinker on a grand scale) yang setanding dengan Ibn Khaldun.
Tongdian merupakan sebuah kitab ensiklopedia berjumlah kira-kira 200 jilid yang menyentuh undang-undang, peristiwa dan hal ehwal semasa (zaman Dinasti Tang) serta peristiwa-peristiwa sebelumnya.
Di You mempersembahkan kitab ini kepada Maharaja Dezong 德宗 pada tahun 801 setelah siap pencetakannya. Begitu terperincinya kitab ini sehinggakan ia menjadi rujukan utama dalam penerbitan Jiu Tang Shu 旧唐书 (Rekod Dinasti Tang Lama).
Hanya sebanyak 1,511 perkataan daripada Jingxing Ji terkandung dalam Tongdian, yang mana kesemuanya disusun sebagai nota kaki.
???????????????????????? ???????????????????? ???????? ~ 鄭和之遺 ~ لڬسي چيڠ هو
ᴡᴡᴡ.ғᴀᴄᴇʙᴏᴏᴋ.ᴄᴏᴍ/ʟᴇɢᴀsɪᴢʜᴇɴɢʜᴇ
RUJUKAN:
(1) Tong Dian, Bab Pertahanan Sempadan 9, negara Dashi
《通典》《边防九》大食
(2) Tong Dian, Bab Pertahanan Sempadan 7
《通典》《边防七》
(3) Chong Kok Hoong, Muhammad Suhail, Abdul Hakim, Laksamana Zheng He: Teladan Merentasi Zaman, Kuala Lumpur: Grup Penjejak Tamadun Dunia, 2019: hlm 50
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih