Kalau korang baca macam mana Sultan Abdul Hamid II meninggal dunia sendirian setelah digulingkan, mesti korang rasa sedih. Macam mana Khalifah Turki Uthmaniah yang banyak berjasa ni, dilayan punyalah teruk. Tapi korang tau tak, keturunan dia masih ada. Dah tu, cicitnya siap datang Malaysia tau!

Şehzade Abdülhamid Kayıhan Osmanoğlu, keturunan keempat Sultan Abdul Hamid II. Pada 4hb Ogos 1979, dia menjadi keturunan pertama yang lahir di tanah asal leluhurnya iaitu Istanbul, Turki selepas 50 tahun pengusiran waris-waris kesultanan Ottoman.

Selama tempoh itu, Şehzade iaitu putera-putera diraja Turki yang lain lahir di negara luar seperti Perancis, Syria, Lubnan, Mesir, Austria, Jerman, Beirut dan England.


Yang bestnya pada 18hb Februari 2023 kat Malaysia, Abdülhamid Kayıhan Osmanoğlu join Mawlid Alam Melayu. Teruja dia tengok orang Melayu bersilat, membuka bunga tari warisan bangsa. Masa dia tengok ni mungkin ada terfikir, inilah pahlawan-pahlawan yang akan berjuang dalam kebangkitan akhir zaman esok.

Kedatangannya disambut oleh Guru Mursyid dalam Tarekat Naqsyaband ‘Aliyah & Kholidi: Ghausul Anam Syeikh Mohamad Zaid Dor Alfi Sani as-Sinny. Sambil mengucup keris, Tuan Guru berucap, “tak Melayu hilang di dunia, Ottoman will rise again!” Semangat la orang ramai. Memang terbaik!

Tahun 2021 yang lepas, Abdülhamid Kayıhan Osmanoğlu disambut meriah oleh rakyat Turki. Perjumpaan tu sempena memperingati tahuk ke-103 kemangkatan Sultan. Peminat dia ni bukan sikit. Ramai baq hang! Diorang siap ada persatuan lagi: Devlet-i Aliyye Ocakları yang bermaksud Pertubuhan Daulah Agung.

Perarakan dengan tema Khilafah Turki Uthmaniah ni dibuat depan Istanbul Mausoleum Abdul Hamid II. Rancak betul sambil diiringi janissary band yang melagukan Mehter, orkestra perang Ottoman.



Tahukah anda, semua keturunan diraja Turki Uthmaniah berdarah Ahlul Bait. Pengasas dinasti, Osman Ghazi berkahwin dengan anak perempuan Syeikh Edebali dari keturunan Rasulullah. 

Mengimbau tragedi 3 Mac 1924, keluarga diraja Turki Uthmaniah hidup dalam buangan di negeri orang setelah pembubaran Khilafah. Bagi memastikan anak cucu diraja tak melupakan darah keturunan mereka, nama keluarga Osmanoğlu diletakkan dalam panggilan setiap putera yang lahir. Osmanoğlu bermaksud anak Osman, merujuk kepada Osman Ghazi pengasas Khilafah Turki Uthmaniah. Takutnya rejim sekular dengan keluarga diraja, diorang dilarang duduk kat Turki.

Pagi 1924, anak-anak Sultan yang tak pernah hidup di negeri orang, dihalau daripada tanah nenek moyang mereka. Keluarga besar ni berkumpul di Stesyen Keretapi Sirkeci untuk berpindah dan bertebaran ke Eropah, Amerika dan Timur Tengan. Kerabat Sultan Mehmed VI Vahideddin banyak pergi ke Perancis. Dengan kerinduan kepada tanah air sentiasa menebal, diorang usaha juga untuk jenguk ke kampung halaman. Kerajaan Sekular tu pernah bagi izin untuk diorang balik jenguk, tapi tak lama.


Sampailah 1951, waris perempuan sahaja dibenarkan pulang. Pada 1973 sezaman Fahri Sabit Korutürk menjadi presiden Turki, barulah waris lelaki dapat jejak kaki ke kampung halamannya. Bagaimanapun, diorang takdelah nak tuntut hak. Kepala Keluarga Diraja Osman, Şehzade Ertuğrul Osman Efendi (1912–2009) cakap, “Demokrasi ok je kat Turki.” Sekarang ni, yang jadi Kepala Keluarga ialah Harun Osman Osmanoğlu. Dia ni bapak kepada Abdülhamid Kayıhan Osmanoğlu yang datang Malaysia tu. Jalur keluarga ni balik daripada buangan di Damsyik pada 1974.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia


Masa abang Harun Osman, Dündar Osmanoğlu meninggal dunia pada 2021, presiden Turki iaitu Recep Tayyip Erdoğan call dia ucapkan takziah. Innalillah. Harun ni kerabat diraja, tapi dia yang terima kasih dan bagitau selalu doakan Erdogan.

Menariknya, diorang siap mention pasal Payitaht: Abdülhamid, tv series tentang Sultan Abdul Hamid II. Minat betul diorang dengan citer ni. Hari ini, sokongan orang ramai kepada nostalgia Khilafah Turki Uthmaniah semakin menjadi-jadi. Jangan sampai Mustafa Kemal Attaturk bangkit daripada kubur. Haha.









Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply