Tatkala Perang Vietnam semakin hangat pada 1966, usaha mengumpul maklumat turut dipergiatkan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA). Bagi perisik seperti John Wiant, ini bermakna mereka perlu menggandakan usaha pengumpulan yang dibuat oleh aset Vietnam Utara mereka. Ini termasuk membayar mereka dengan produk katalog!

Wiant yang berpangkalan di Hue menyangka aset-asetnya bersedia menerima ganjaran wang sebagai menghargai titik peluh mereka di lapangan. Tetapi bagi ejen-ejen ini, wang tidak bernilai terutama jika mereka berada di kawasan pedalaman. Lebih baik mereka diberi barang yang dianggap bersesuaian seperti topi atau pakaian sebagai bonus.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Satu lagi masalah ialah wang juga merupakan bukti seseorang itu merupakan perisik bagi agensi asing. Pastinya jika mereka mempunyai pendapatan lebih, ia sudah pasti akan disiasat oleh pihak berkuasa. Jadi, mahu tak mahu, Wiant harus kreatif berkenaan ganjaran terhadap aset-aset Vietnam Utaranya.

Semua itu berubah apabila dia melihat majalah katalog Sears yang dikirim isterinya di atas meja. Dengan melihat semua barang yang dipamerkan dalam katalog berkenaa, ia memberi idea kepada Wiant untuk menghasilkan skim insentif untuk aset-asetnya.

Majalah katalog Sears dianggap sebagai buku barangan berpatutan Amerika Syarikat. Ini kerana ia menawarkan pelbagai produk dari topi dan pakaian hinggalah periuk dan senjata api. Malah, sebelum dihantar bertugas di Eropah semasa Perang Dunia Kedua (WWII), George S. Patton turut menggunakan katalog ini bagi mendapatkan bekalan dan alat ganti diperlukan orang-orangnya.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Selepas melihat katalog Sears, Wiant membuat satu skim pembayaran yang ditentukan oleh tempoh misi dan penilaian risiko misi. Pemberian insentif ini dilihat menaikkan moral aset-aset ini yang bekerja dalam keadaan bahaya saban hari. Selain itu, mereka juga diberi kebebasan memilih barang yang mereka mahu daripada katalog.

Menjelang 1967, skim tersebut bagaimanapun terpaksa dihentikan. Ini kerana keadaan di Vietnam Utara semakin merbahaya buat aset-aset CIA ini. Pada masa sama, Tentera Marin Amerika Syarikat turut dikerah ke Vietnam dan menjalankan tugas hampir sama dengan mereka. Atas sebab itu, khidmat ejen-ejen ini dihentikan dan skim pembayaran Sears menjadi kenangan.

RUJUKAN

Beckett, J. (2021, 10 Disember). During the Vietnam War, the CIA Paid Spies with Products from the Sears Catalog. War History Online.

Sebastian, M. (2015, 8 Oktober). The CIA Once Paid Spies with ‘Red Velvet Blazer Vests’ from the Sears Catalog. Esquire.

Sumber gambar: OC/Mike Mozart


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply