Bila mana kita membuka komputer masing-masing, mesti kita ada pelayar pilihan masing-masing. Terlalu banyak pelayar internet yang ada di pasaran dan menjadi pilihan pengguna untuk melayari internet. Pelayar yang paling popular ialah Google Chrome, Firefox, Opera dan Microsoft Edge. Jika saya tanya pelayar mana paling mudah digunakan, Chrome sentiasa meniti di bibir. Tetapi ramai juga mengadu walaupun ia senang digunakan, ia juga menyebabkan komputer jadi lembap dan mengganggu hayat bateri komputer riba. Usah risau, saya ada tips untuk membantu Chrome anda.
- Kenalpasti dan buang tab dan sambungan yang mengganggu.
Salah satu tabiat yang saya perasan bila guna Chrome ialah kita suka buka tab laman sesawang banyak-banyak, minimum dua atau tiga tab. Tetapi tahukah anda, tabiat sebegini menyebabkan lebih banyak sumber perlu dihabiskan oleh Chrome untuk memastikan tab-tab tersebut terus berfungsi. Sebelum anda nak tutup tab anda sesuka hati semata-mata untuk menjimatkan ruang dan meningkatkan prestasi komputer, ambil sedikit masa dengan melihat Chrome Task Manager pada ruangan Menu. Task Manager akan menunjukkan kepada anda tab mana yang paling banyak menggunakan sumber memori dan CPU, prestasi keseluruhan Chrome dan berapa banyak sumber digunakan sambungan anda.
Bagi membuka Task Manager, klik butang Menu (tiga titik) pada bahagian kanan atas Chrome dan pergi ke bahagian More Tools > Task Manager.
Tetingkap kecil Task Manager ini akan menunjukkan peratusan sumber yang digunakan tab dan sambungan mengikut sumber memori dan CPU. Pilih tab atau sambungan yang menggunakan sumber paling banyak dan tekan End Process untuk tamatkan tab atau sambungan tersebut untuk mendapatkan semula sumber memori dan CPU yang digunakan.
- Bereksperimen dengan hardware acceleration.
Chrome sebenarnya mempunyai satu ciri unik iaitu menyediakan hardware acceleration dalam pelayar penggunanya. Menurut mereka, tujuan kewujudan hardware acceleration ialah untuk meningkatkan kelajuan pelayar semasa digunakan dan membantu CPU menyediakan laman sesawang yang dilayari pengguna. Tetapi tahukah anda, ada yang berpandangan hardware acceleration sama sekali tidak membantu prestasi Chrome anda.
Debat sama ada hardware acceleration membantu atau merosakkan prestasi Chrome masih lagi berterusan. Bagi saya, ia tidak menyumbang apa-apa tetapi sekurang-kurangnya, ia membantu sistem komputer anda menjalankan Chrome dengan lebih berkesan. Malah, dengan tips ini, anda boleh juga tahu sama ada hardware acceleration wujud atau tidak dalam Chrome anda.
Caranya:
- Untuk cari setting ini, klik menu Chrome (butang tiga titik) dan pilih Settings.
- Cari bahagian Advanced Settings dan klik di situ. Advanced Settings terletak pada bahagian paling bawah.
- Pergi ke bahagian Sistem dan tekan atau padam butang pada kotak ‘guna hardware acceleration bila ada’.
- Mula balik Chrome.
Kelajuan anda bergantung kepada penggunaan hardware acceleration tapi berbaloi untuk mengetahui sama ada pelayar anda laju atau tidak bila guna atau tidak menggunakan hardware acceleration.
- Set semula Chrome.
Pilihan ini saya sifatkan sebagai pilihan nuklear sekiranya dua alternatif yang saya cadangkan sebelumnya gagal. Bila anda set semula Chrome, ia akan kembali kepada keadaan asal. Namun, itu bukan bermakna semua benda yang anda lakukan sebelum ini hilang begitu saja. Bookmarks iaitu laman sesawang yang anda telah tandakan, sejarah laman sesawang yang anda lawati dan kata laluan yang tersimpan tidak akan diset semula. Apa yang anda akan hilang bila set semula Chrome ialah enjin carian pilihan anda (sekiranya anda memilih enjin carian selain Google), laman sesawang pertama bila anda buka pelayar, tab baru (sekiranya anda telah ubahsuai tab tersebut) dan tab yang telah dipinkan pada pelayar.
Jika anda tetap nak gunakan pilihan ini setelah semua alternatif lain gagal, pergi ke Settings > Advanced Settings > Reset Settings. Tekan Reset Settings dan tekan Reset untuk sahkan set semula Chrome.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih